Tuesday, May 26, 2009

MERDEKA!!!

Salam....
Semalam aku merdeka!!! Setelah hampir 2 minggu aku bertungkus lumus menyudahkan satu tugas yang cukup berat. Yang cukup payah bagi aku kerana ianya tiba dalam keadaan serentak dan membuatkan aku sakit kepala, sakit jantung, dan terasa seperti ada batu yang sedang menghempap kepala aku. hehehe..mcam suspen aje ya?
Ya sebenarnya, aku bercuti sekejap dari dunia blog ini kerana mahu memberi tumpuan kepada manuskrip aku yang sudah siap diedit oleh editor. Jadi sepanjang minggu aku bertungkus lumus menyiapkan segala pembetulan yang diminta. Dalam pada aku tengah pening kepala men-edit kembali mss itu, aku turut sama dilanda perasaan gemuruh kerana aku akan menghadapi temuduga DPLI. Ya..aku tidak suka ditemuduga. Aku cepat berasa gemuruh. Aku mudah panik. Jadi semasa membuat persediaan untuk ditemuduga, aku juga membuat pembetulan untuk mss. Aduh...mujur tidak banyak yang perlu aku betulkan. dan mujur ada cikgu Laila yang bertugas sebagai seorang guru itu. Sekurang-kurangnya, darah gemuruh aku ini tidak terlalu mencanak naik.terima kasih ya Laila.
21 hb aku mengepos laju mss yang siap diedit. Semalam aku selesai menjalani temuduga. Ya...aku bahagia kerana temuduga kali ini agak mudah. Syukur Alhamdulillah. Aku merdeka.
Dan kini, aku sedang menunggu hasil kedua-duanya. Bilakah novel ke 3 aku akan keluar? Adakah aku akan berjaya untuk membuat DPLI? Berusaha sudah, belajar sudah dan sekarang aku hanya TAWAKAL. mudah-mudahan ALLAH membuka jalan untukku. Amin.

7 comments:

Lynn Dayana said...

Yeah its 31st August! Ops bukan...hehehe, tahniah! Hidup Dhiya Zafira!

Lynn Dayana said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

go go dhiya zafira! chaiyok2!


lalala... malu saya~

ShalbySalbina said...

Minat ke jadi Cg? Aku yang dah jadi Cg. ni rasa nak pencen awal je...Nanti kalau dah jadi cg. tentu masa untuk menulis terhad...Fikirkanlah banyak kali..otak asyik berserabut dengan budak-budak yang tak nak belajar. Entah2 mss tak tau kemana nanti...

dhiya zafira said...

Lynn...

Ya untuk sementara waktu, aku merdeka..yihaaaa...sebelum tugasan lain mengambil alih..hehhe

dhiya zafira said...

olin..

hhehheh...khamsamhamida..hehehhe

dhiya zafira said...

kak shalby...

mulanya memang tak minat tapi sejak2 awal tahun ni timbul pulak minat tu..hhehehhe...insyaallah, minat yang satu ni akan diteruskan selagi diizinkan ALLAH

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...