Tuesday, April 07, 2009

Alahai mee udang..alahai pizza hut...

Salam...
Agak lama aku tidak memblogging. Entah mengapa sebaik sahaja aku meletakkan titik noktah pada mss ke 3 aku turut seakan meletakkan titik noktah pada blog aku ini. Aku bukannya sudah tidak berminat untuk menulis di blog cuma, aku mahu berehat. Aku penat mengadap komputer. Aku mahu merehatkan jari dan mata dan otak aku yang sememangnya dikerah habis-habisan semasa mahu menyiapkan mss kali ini. Namun kini, kerinduan untuk menulis di blog datang kembali. aku tidak dapat berpisah lama-lama dengan my fav lappy ni. Tak lengkap hidup kalau tak onkan lappy dalam sehari.
Malam sabtu lepas, aku dan keluarga bercadang mahu menjamah mee banjir udang di Kuala sepetang. Kami pergi dengan perut yang kosong dengan harapan dapat menjamu mee tersebut dengan penuh nikmat. Kami bertolak dalam lebih kurang pukul 9.15 malam sebaik sahaja adik bongsu balik kerja.
Semasa dalam perjalanan ke sana, traffik memang luar biasa malam tu. Sana sini polis mengawal lalu lintas sementara kereta bersusun panjang menuju destinasi masing-masing. Ya...kerana pilihanraya di Bukit Gantang nanti, kawasan Taiping memang cukup meriah pada waktu malam. gerai makanan yang dahulunya tidak pernah disinggah orang, kini sudah tersenyum pemiliknya memikirkan rezeki yang datang.
Aku dan keluarga turut sama mahu merasai kemeriahan itu namun sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di salah sebuah kedai makan tersebut, ternyata kami hampa apabila dikhabarkan mee banjir udang sudah habis. Masing-masing sudah mengeluh...perut pula sudah memainkan pelbagai irama. Rasa penat kerana terpaksa melalui kesesakan lalulintas semakin memenatkan jiwa.
Hampa kerana tidak dapat makan mee udang, kami kembali semula ke bandar Taiping mengharapkan ada kedai makan yang masih menyediakan hidangan. malam sudah hampir menunjukkan jam 10.30 malam. Oleh kerana malas nak mencari gerai makan, kami membuat keputusan untuk makan pizza hut sahaja.
Sebelum masuk ke kedai pizza hut, aku sudah bertanya pada cashier yang berada di tepi pintu sama ada mereka boleh menerima tempahan lagi. Bila dia mengangguk aku dan family pun tanpa membuang masa terus mencari tempat duduk. selain kami, ada lebih kurang 3 keluarga yang sedang menunggu hidangan.
Agaknya malam itu memang malam yang tidak kena untuk keluarga aku. staf-staf pizza hut rupanya-rupanya sudah membuat persiapan untuk menutup premis. pingan mangkuk yang bekas makanan pengunjung lain masih tidak diangkat. meja pun tidak dilap bersih. Memang mulanya agak ragu2 makan disitu memikirkan masa kami mungkin tidak sesuai namun memikirkan bukan kami sahaja yang berada di situ dan staf pizza hut sendiri mengatakan tempahan boleh dibuat jadi aku teruskan juga niat untuk makan di situ.
Tapi apa yang membuatkan aku kesal ialah sikap salah seorang staf di situ yang seolah-olah menunjuk perasaan kerana mungkin kedatangan kami menganggu 'masanya' untuk berkemas dan mungkin juga pulang awal.
Aku tidak pernah berasa tidak selesa di mana2 kedai akan seperti mana yang aku rasakan pada malam itu. staf perempuan ini menghentak2 meja dan kerusi sewaktu dia menyusun semula kerusi meja ke kedudukan asal. staf bahagian dapur juga bersembang hingga boleh didengari tetamu di depan. bunyi benda jatuh berkali2 sampai kami yang berada di situ memandang sama sendiri. Akhirnya mungkin tidak tahan dengan keadaan yang berlaku, salah seorang pengunjung bertanya ' kenapa? nak halau kami keluar ke?'. staf perempuan itu hanya tersenyum terkebil2., mungkin menyedari sikapnya yang menjengkelkan itu.
Entahlah...aku memang cukup bengang dengan apa yang berlaku. Dalam bil dicajkan service yang diberi tapi malam itu service mereka memang entah apa-apa. Sup yang diberi cuma separuh. bila pelanggan lain meminta cili sos, senang je mereka jawab dah habis. ada ke patut? Sebelum makanan sampai, kami perlu bertanya berkali-kali pada staf yang melayan hendak tak hendak saja. Entahlah...untuk sebuah perkhidmatan yang keuntungannya bergantung pada customer, ini tidak sepatutnya berlaku. Aku memang tak puas hati. Menyirap ke darah memikirkan apa yang berlaku malam itu. Mungkin aku tidak akan menjamah pizza untuk jangka masa yang lama.

7 comments:

Unknown said...

Eloknya Dhiya tulis address outlet tu. Biar tak ada orang dah pergi ke situ. Baru dia orang tahu. Sabar aje aku. Anyway, take the time you need sebab memang betul, lepas mengadap pc the way you did, you deserve a good holiday. Mwah. All the best tau.

Eka Fahara said...

Kalau pizza hut, report aje kata manager kita Cik Linda....

Ain Aishah said...

ya betul masa ain kt opis pun pn jd mcm ni jugak derang ni wat acuh tak acuh. ambil pesanan pn cm dengar xdengar aje..pastu boleh plk mrh2 customer ckp slow..bila dh ambil menu..baru cakap menu tu xleh takeaway..hmm..sabar ya kak..
akak kena rehatkan minda dan semua dr semua ni utk sekejap waktu..biarkan ilham yg dtg tu sebahagia hati akak..cewah..hehe..

dhiya zafira said...

OD...

PIZZA HUT taiping le...mana lagi. huhu...sampai ari ni rasa bengangnya...hahhahah...

OD lak macam mana dengan projek tu? ada apa2 berita ke? harap2 kejayaan yang manis2 juga buat OD

dhiya zafira said...

Salam kak eka....

Dah report dah. cepat je berita tu sampai kat cik lynn kesuma kita..hahahah

dhiya zafira said...

Ain...

iya..kalau nak diingat2kan memang sakit hati. Tapi nak buat macam mana? kalau lepas ni berlaku lagi harus akak sembur minah tu...hahhaahha...
Ain punya mss mcam mana? ada perkembangan?

Ain Aishah said...

sabar2 ya kak...hehe die ptt bersyukur dpt keje tau..
mss dlm poses dlm typing lg. tgl bbrp bab lg..kesihatan ain yg x izinkn nk menulis..kdg2 bila demam mcm ni lgi bertambah idea,kan?
all da best kat akak.
mcm nk tambhkn lg buku akak..hehe tengok entry akak yg kt ats tu mcm best aje..tu belum baca lg dh jatuh cinta..kalo baca mesti cair punyer lah..

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...