coretan 1

Salam...
Saya tidak tahu mahu menulis apa sebenarnya. Beberapa hari selepas menitikkan noktah pada mss ke 3 saya seolah-olah kehilangan perbendaharaan kata. Saya berasakan seperti patah-patah perkataan dan ayat yang saya kenal seawal usia 5 tahun sehingga ke hari ini telah dilucutkan langsung dari dalam hidup saya. mengapa saya berperasaan sedemikian? Entahlah...mungkin juga kerana halangan dan dugaan yang diterima sepanjang tempoh penulisan mss ke 3 yang menjadikan saya begini, saya sendiri tidak pasti.
Berita apakah nasib mss ke 3 masih belum diterima dan saya tidak mahu menganggu kerana saya tahu para editor mempunyai tugas yang lebih penting selagi tidak berakhirnya pesta buku antarabangsa. Walaupun ada yang sudah bertanya bila novel ke 3 akan keluar, sungguh saya tidak mempunyai jawapannya. Saya juga seperti kamu semua...menunggu dan menunggu.
Berym dengan laila di Jerman kembali menguatkan semangat saya untuk menulis semula. semalam saya berjaya menulis sebanyak 3 mukasurat sebelum adik menganggu mahu meminjam laptop. Walaupun terasa ingin menulis lagi namun berasa kasihan pada adik, saya beralah juga. namun saya sempat memberi amaran supaya jangan menganggu ketika saya sedang khusyuk mahu menulis di lain masa. Saya ini moodnya mudah terganggu. menulis juga mesti kena dengan mood, kalau diganggu ketika mood sedang memuncak bukankah masalah berat untuk saya?
Ya...untuk manuskrip ke 4...sudah bermula 3 mukasurat. Kali ini saya mahu mencuba kisah aksi-romantik yang sedikit manis dan lucu. Aduh..macam mana ni. komen sesetengah pembaca mengatakan novel2 saya ini kurang romantisnya. kurang chemistry antara hero n heroinnya, kurang itu dan suka ini. saya amat menghargai kesudian anda membaca karya saya yang tidak seberapa. Berbual dengan adik yang menjadi penyokong kuat saya semakin menambah kerunsingan dalam hati. antara 3 buah novel yang saya hasilkan, yang ke 3 inilah yang paling serius pada pndapt saya. yang paling depress mengenangkan perjalanan hidup karekter2 ciptaan saya. mss ini yang paling kurang humornya, yang paling kurang rasa manisnya. hmmm..adakah saya berjaya menyebabkan anda semua tidak mahu membaca karya kecil saya? hasilnya belum ada namun saya sudah berasa gentar memikirkan apa komen2 pembaca semua.
Berbalik pada mss ke 4...saya suka kalau saya mampu membuatkan pembaca tersenyum menatap naskah karya saya. saya suka kalau sebaik sahaja menutup buku, pembaca masih lagi terkenang2 mengenai watak2 saya yang mungkin memenuhi ciri2 gadis/jejaka idaman semua. saya suka semua orang suka karya saya.
seorang teman pernah memberitahu...kalau saya cuba menulis untuk memuaskan hati semua pihak, sampai bila2 pun saya tidak akan berjaya. Tulis apa yang saya suka dan apa yang saya selesa dan biarlah apa yang saya hasilkan itu benar-benar memuaskan hati saya sendiri.
Ya..saya akui...karya saya ini terlalu kecil kalau hendak dibandingkan dengan karya2 yang bestseller di luar sana. saya masih berudu kecil jika hendak dibandingkan dengan jerung2 yang sedang berenang di lautan dalam. Tidak mengapa...kata teman saya itu ada benarnya...saya tidak mampu membaca hati orang. saya tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk memuaskan hati setiap orang. namun apa yang saya tahu, setiap kali saya menamatkan kisah pada setiap manuskrip saya, saya tahu saya tidak akan berasa malu kerana saya telah mencuba sebaik-baiknya.

Comments

© Opah De said…
Dik... pelan-pelan la... but it's okay. Bila dah jadi bestseller nanti, tengok balik entri ni. Entri yang meng-encourage Dhiya jadi bestseller. Mesti senyum-senyum melihat keterdesakan diri untuk menjadi penulis bestseller nanti. He he he... congratulations.
laila kamilia said…
teruskan usaha
Ain Aishah said…
sokong akak..
wat apa yang akak suka n terlintas dihati. tak semua manusia punya citarasa dan kesukaan yang sama. yang penting kesungguhan akak dlm menghasilkan suatu yang bernilai dan berkualiti. jgn mdh patah semangat, insyaAllah akak pasti berjaya. chayok3!
dhiya zafira said…
Salam OD...

Saya bukannya apa...kadang2 rasa letih juga bila diri ni macam tidak dihargai. dunia ini macam-macam jenis perangai manusia yang ada. kita berserah sajalah...
dhiya zafira said…
Laila...

Ya..sama-sama kita berusaha. sesungguhnya kejayaan itu lebih manis apabila kita meraikan dengan orang tersayang
dhiya zafira said…
Ain...

terima kasih kerana begitu kuat menyokong akak. hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya...

Popular posts from this blog

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara