Thursday, June 26, 2008

PESTA BUKU ALAF21

Alaf 21 kembali mengajak anda semua untuk bersama-sama memeriahkan Pesta Buku Alaf pada 27 hingga 29 haribulan Jun, 2008 ini ( Jumaat hingga Ahad). Bermula pada jam 8.30 pagi hingga 6 petang. Diskaun sebanyak 30% akan diberikan. Datang jangan tak datang!

Insyaallah aku akan berada di sana dari jam 11 hingga 3 petang.

Sunday, June 22, 2008

SOALAN KUIZ RINDU BELUM BERHENTI

.Salam...
Seperti yang aku janjikan, ini dia senarai soalan-soalan KUIZ yang perlu anda jawab. Kesemuanya ada 8 soalan memandangkan tahun ini tahun 2008. hahahaha, boleh gitu. Selamat menjawab kepada anda semua. chayok-chayok.
SOALAN:
1. Apakah nama tempat peranginan yang diusahakan oleh Adni Zuhayra?
2. Kenapakah Izz merahsiakan kepulangannya daripada pengetahuan keluarga dan Adni?
3. Berapa lamakah hukuman sebenar yang dijatuhkan ke atas Izz?
4. Apakah hubungan sebenar antara Pot dan Murni?
5. Berapa lamakah tempoh pertunangan Adni dan Khairy?
6. Sebab apakah yang membuatkan Izz merasakan Pot mempunyai komplot bersama Murni?
7. Apakah yang menyebabkan identiti sebenar Zack terbongkar?
8. " Saya menyukai RINDU BELUM BERHENTI kerana.............( lengkapkan ayat ini)
PERHATIAN!!!
Tarikh tutup adalah pada 31 Julai 2008.
Sila hantar jawapan anda ke email saya dhiya_zafira@yahoo.com
Hadiah yang menarik dari SPAIN akan menanti jika anda memenanginya...
TUNGGU APA LAGI????

Friday, June 20, 2008

Don't Cry Joni

Salam...

Semalam bersembang sakan dengan geng Kicap lalu terkeluar mengenai lagu Don't Cry Joni nyanyian Conway Tweety. Untuk makluman kepada sesiapa yang belum membaca RINDU BELUM BERHENTI, ada satu scene di mana hero ( Zack) mendengar cd yang mengandungi lagu ini.

Aku sama sekali tidak menyangka pengaruh lagu ini begitu kuat pada jiwa2 geng kicap. Malah ada yang sanggup membeli RBB kerana excited lagu ini terkandung dalamnya. hahahahha. sudah menjadi trademark aku untuk meletakkan beberapa lagu di dalam novel.

Aku memilih lagu ini kerana jalan ceritanya ada sedikit kena mengena dengan novel terbaru aku ini. dan ia juga merupakan lagu aku kegemaran aku sungguhpun aku belum lahir lagi semasa lagu ini dicipta.

Jadi buat anda yang menggemari lagu ini terutamanya kaypo, qimi, dyea,mekna n the rest of kicap gang, enjoy the song.

Woman- Jimmy please say you'll wait for me
I'll grow up someday you'll see
Saving all my kisses just for you
Signed with love forever true.
Man - Joni was the girl who lived next door
I've known her I guess ten years or more.
Joni wrote me a note one day.
And this is what she had to say.
Woman-Jimmy please say you'll wait for me
I'll grow up someday you'll see
Saving all my kisses just for you
Signed with love forever true.
Man- Slowly I read her note once more
Then I went over to the house next door
Her tear-drops fell like rain that day
When I told Joni what I had to say.
Man- Joni, Joni please don't cry
You'll forget me by and by
You're just fifteen and I'm twenty two,
And Joni I just can't wait for you.
Man - Soon I left our little home town,
Got me a job and tried to settle down
But these words kept haunting my memory,
The words that Joni said to me.
Woman- Jimmy please say you'll wait for me
I'll grow up some day you'll see
Saving all my kisses just for you
Signed with love forever true.
Man - I packed my clothes and I caught a plane
And I had to see Joni. I had to explain,
How my heart was filled with her memory
And ask my Joni if she marry me
I ran all the way to the house next door
But things weren't like they were before
My tear drops fell like rain that day
When I heard what Joni had to say.
Woman- Jimmy, Jimmy please don't cry
You'll forget me by and by.
It's been five years since you've been gone
Jimmy, I married your best friend John

Thursday, June 19, 2008

KUIZ RINDU BELUM BERHENTI

Salam...
Kepada semua pembaca dan yang bakal membaca novel RINDU BELUM BERHENTI, di sini saya umumkan kuiz RBB. penyertaan TERBUKA kepada semua pembaca. soala-soalan akan diberikan kemudian. hehehehe. ini sebagai desakan yang lembut/sopan untuk anda segera mendapatkan RBB di pasaran.
Hadiah yang menarik Insyaallah akan menanti 3 pemenang yang bertuah. Apa hadiahnya dan bila tarikh tutupnya akan diumumkan kemudian.
Jadi...moh kite...dapatkan cepat RBB di pasaran.

Sunday, June 15, 2008

BLURP RBB


Dia ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yang terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi perlarian. Dia keseorangan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat merbahaya namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya.
Zack, lelaki berdosa yang mahu meninggalkan kisah silamnya yang gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri untuk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yang menjemputnya pulang.
Jenayah terhadap Adni, jenayah yang terancang. Penuh momen yang menggetarkan jiwa. Senjata yang dicipta manusia, apakah tujuan disebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi?
Antara Zack dan Adni, laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka. Bila manusia berselubungkan hati dengan dendam, berpaksikan kesumat, mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yang datang? Mampukah Adni menemui cintanya semula?

Adni - Kudamba Bahagia bersamamu. Selagi RINDU BELUM BERHENTI, aku akan tetap menantimu. Aku akan tetap menanti kerana Kau Tercipta Untukku.

q&a


TEMU RAMAH BERSAMA DHIYA ZAFIRA

1. Tahniah di atas kelahiran RINDU BELUM BERHENTI (RBB). Boleh ceritakan bagaimana Dhiya mendapat idea dan berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan keseluruhan manuskrip?
RBB adalah kisah seorang lelaki yang insaf atas kesilapan masa lalunya yang kotor dan hitam. RBB juga kisah seorang wanita yang tiba-tiba menjadi pelarian atas jenayah yang dirancang ke atasnya. Takdir menemukan mereka berdua dan tanpa sedar ada sejarah / rahsia yang tersembunyi di antara mereka. Idea? Kebanyakannya hasil daripada menungan saya yang tidak henti-henti. Apabila sudah mendapat plot secara kasar, barulah saya buat research serba sedikit. RBB lahir bersama KDB. Semasa menghantar manuskrip pertama, hampir 65% RBB telah siap. Cuma terhenti seketika semasa arwah ayah sakit. Saya tidak mengira masa berapa bulan atau tahun saya menulis, yang pasti seperti target saya, setahun mesti sebuah buku.
2. Membaca `Tinta Penulis' dalam RINDU BELUM BERHENTI, Dhiya ada mengatakan ini merupakan percubaan pertama saudari mencuba genre action-romantis. Berbeza sangatkah berbanding karya yang pertama?
Saya tidak mengubah genre secara total. Saya masih mengekalkan unsur cinta di dalam novel saya. Ini merupakan percubaan pertama dan juga cabaran buat saya untuk melihat sama ada saya mampu untuk menulis cerita-cerita aksi sebegini. Secara jujurnya, saya lebih menggemari cerita-cerita yang berunsurkan action romance ataupun action thriller ini daripada kisah cinta semata-mata. Sejak dari zaman persekolahan, saya lebih terdedah dengan cerita-cerita begini. Jadi, saya cuba menulis cerita yang saya suka dan mengharapkan pembaca juga suka apa yang saya garapkan.

3. Antara karakter Alia & Taufik dalam KUDAMBA BAHAGIA (KDB) dengan Adni & Zack dalam RINDU BELUM BERHENTI, yang manakah lebih menjadi kesukaan dan yang manakah lebih sukar?
Untuk memilih antara dua pasangan ini, sememangnya sukar kerana saya amat mengemari mereka. Saya sukakan kelembutan Alia dan kesetiaan Taufik. Saya sukakan hubungan mereka walaupun menerima dugaan yang bukan sedikit. Adni pula, saya sukakan ketegasannya. Dia tidak pernah kenal erti putus asa. Tidak pernah mengalah untuk memperjuangkan cinta. Adni tahu apa yang dimahukan dan dia berusaha untuk mendapatkannya. Zack, inilah watak yang agak payah untuk dipotraitkan. Saya kena menyelami ke lubuk hati seorang lelaki yang tersepit di antara rasa dosanya pada masa silam dengan keinginannya untuk hidup bahagia bersama Adni. Walaupun payah, tapi saya sukakan Zack dan berharap agar pembaca juga sukakan watak ini.
4. Kami yakin peminat yang telah berpuas hati dengan KUDAMBA BAHAGIA akan merasakan perasaan yang sama dalam RINDU BELUM BERHENTI. Komen sikit.
Saya percaya genre apa yang kita tulis sekalipun, kalau garapannya bagus, wataknya meyakinkan, plotnya menarik, cerita itu tetap akan bagus. Itu kenyataan. Saya bercakap secara umum, bukan tertumpu pada karya saya sahaja. Secara peribadi, kemahiran penulisan saya semakin berkembang dalam RBB. Saya juga yakin RBB lebih baik daripada karya saya sebelumnya. Pembaca tidak usah takut. Kalau pembaca mencari cinta, RBB juga ada cinta. Kalau mahu air mata, RBB juga bisa mengalirkan air mata anda. Nasihat saya, bacalah dahulu dan nilaikan kemudian. Perlu diingat juga, saya masih dalam proses pembelajaran..

5. Pastinya ada kenangan manis dan tidak kurang yang pahit sepanjang Dhiya bergelar novelis. Jika tidak menjadi keberatan, kongsi-kongsilah dengan kami.
Menjadi seorang penulis adalah impian saya sejak dari alam persekolahan lagi. Apabila sudah berjaya, maka apa sahaja yang berlaku selepas itu adalah manis-manis sahaja. Cuma, apa yang membuatkan saya ralat/kesal adalah kerana arwah ayah saya tidak berpeluang untuk melihat hasil kerja saya. Hanya tiga minggu ayah pergi dan saya mendapat tahu bahawa karya saya akan diterbitkan. Arwahlah yang beria-ia memupuk minat dan semangat saya untuk terus menulis. Kini, walaupun ayah telah tiada, namun semangatnya tetap bersama saya, abadi selama-lamanya.
6. Harapan Dhiya terhadap RBB tentunya yang indah-indah belaka. Ya, kan?
Sudah semestinya! Saya mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk RBB. Saya berdoa agar RBB boleh diterima pembaca, kerana tanpa pembaca siapalah saya. Saya juga berharap siapa yang menyukai KDB akan menyukai RBB. Seperti yang saya katakan tadi, baca dahulu dan nilailah kemudian. Semoga anda semua berpuas hati.
7. Target Dhiya?
Insya-ALLAH... selagi ada kudrat, saya akan terus menulis. Saya mensasarkan sebuah novel setahun. Dan buat masa ini, saya berjaya mencapai target saya itu. KDB terbit pada 2007 dan RBB pula pada tahun ini. Kalau tiada aral, mungkin KTU (judul sebenar biarlah rahsia dulu, ya...) akan terbit pula tahun 2009. Insya-ALLAH. Semua ini tidak akan berjaya tanpa sokongan anda semua. Terima kasih kerana masih menyokong saya.
( SUMBER: ALAF 21)

Friday, June 13, 2008

RINDU BELUM BERHENTI




Salam...

Akhirnya novel kedua aku terbit juga. korang semua boleh mendapatkannya di pasaran. apalagi...moh kita serbu kedai buku beli buku RINDU BELUM BERHENTI NI. hehehehehehe. kalau sesiapa yang nak tahu citer ni tentang apa, bolehlah melawat website alaf 21, ada sedikit fragmen tentang buku ini.

Thursday, June 05, 2008

2ND NOVEL

Salam...
Menurut kata editor, buku ke 2 aku dah ada di kilang. Kalau tiada aral, kemungkinan besar akan berada di pasaran bulan ini. Harapan aku kepada semua yang pernah membaca Ku Damba Bahagia, akan terus menyokong aku dengan novel ke dua ini.

cuti sekolah

Salam...
Sekarang ni musim cuti sekolah. minggu lepas aku bersama keluarga pergi ke Bukit Merah lake Town Resort. Hahaha...malu aku nak cakapkan, walaupun jaraknya BM ni hanya setengah jam dari rumah aku, tidak pernah sekali pun aku sampai ke sana. begitu juga dengan keluarga aku yang lain. yang pernah sampai cuma adik bongsu. itupun dia pergi dengan kawan setelah janji aku untuk bawak dia tak tertunai setelah berapa lama. heheheheh.
Kali ini kami pergi tanpa berfikir panjang. pagi tu aku pergi klinik gigi dulu ( penyakit yang selalu datang dekat aku) sementara kakak memasak bekal untuk kami. mee gorang dengan sandwich, memandangkan kami ramai dan pastinya harga makanan kat BM mencanak naik. tapi malangnya makanan tak boleh bawak masuk dalam water park. kena letak kt kaunter. nak makan kena keluar. tapi nasib baik boleh masuk balik.heheheheh..pandai depa nak untuk suh beli makanan depa.
seperti biasa uniform aku kalau bermandi manda ni trak suit dengan t shirt n tudung. hahahah...aku naik suma jenis boomerang ke, giant wave pool ke apa ke. tak ada halangan bagi aku. yang frustnya ada sorang mamat melayu islam ni dengan makwe melayu islam dia yg seksi dengan sambil meraba-raba bahagian atas dada makwenya mengutuk aku n adik beradik sebab mandi pakai tudung. nasib baik aku tak dengar. bila nak balik baru kakak aku yang ala ala sopan tu cakap. huh...kalau aku tau memang aku bahasakan mamat yang tak sedar diri tu. apasal lak ko tak puas hati? minta duit ko ke? pinjam tudung awek ko ke? kiranya oklah mandi dengan baju seksi dengan seluar pendek berwarna putih tu? hangin aku satu badan. hahahha
Tapi tak kisahlah. bertudung bukannya alasan aku tidak boleh enjoy dalm hidupkan? Pandai2lah bawak diri.

minyak oh minyak

Salam...
Rasanya dah terlalu lama aku menyepi dan blog aku ni pun penuh dengan sawang dan debu. mungkin tiada berita yang perlu diwar-warkan. dan mungkin juga aku sudah kehilangan mood untuk mencoret barang sepatah dua. hmmmmm...
Mood aku yang tak elok beberapa hari lepas semakin menjunam melihat kadar baru harga minyak sekarang ni. semalam berjam2 aku tersekat dalam ratusan kereta yang turut sama berlumba-lumba mengisi penuh tangki minyak masing2. Permandangan yang tak pernah aku lihat di Taiping sebelum ini. mujurlah pemandu2 kat sini bersopan jugak denga tidak memotong giliran jadi walaupun lama, masing2 tetap bersabar. Aku kalau tidak kerana weekend ni aku akan ke Alor Setar, rasanya aku malas nak mengisi minyak. Malas nak menghadapi suasana jam yang sememangnya cukup payah nak lihat di Taiping kecuali jam di trafiic light.
Sekarang ni p kerja pun tutup air cond. selagi tak hujan, memang kena berjimat. dengan harga berasnya, dengan tariff elektrik yang barunya dan harga barang yang bakal menjulang tinggi tak lama lagi, aku hanya mampu mengeluh dan menepuk dahi. Nampaknya naik gaji pun mcam tu jugak malah lebih teruk lagi. Atau Adakah aku yang tidak bersyukur?

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...