Monday, December 31, 2007

selamat tahun baru - 2008

Salam...
Esok tahun baru. Kita akan kembali kepada Januari semula. sekali lagi, mengharungi segala macam suka duka yang berlaku dalam hidup kita dan menunggu disember untuk sama-sama menghitung detik ketibaan tahun baru. Nikmat tahun baru telah lama lupus dalam hidup aku semenjak aku menginjak erti dewasa. Kalau dulu, aku dan adik beradik begitu teruja dengan sambutan yang akan berlangsung di Dataran Merdeka ataupun KLCC walaupun hanya mampu menonton di kaca tv sahaja. Tetapi semua itu sudah hilang serinya. berginjak ke tahun baru sama seperti hari ini bertukar kepada hari esok. cuma yang berbeza nombor dihujungnya saja. Aku bersyukur, kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Aku bersyukur kerana masih mampu membina impian sendiri. Namun Sambutan tahun baru sudah hilang ertinya. ianya sekadar pertunjukkan hiburan semata-mata sambil melihat artis pujaan terkinja-kinja di atas pentas. dan muda mudi pula turut terhenjut2 kononnya teruja menanti hari esok yang entah apa dijanjikan untuk mereka. yang tinggal, pekerja DBKL yang bertungkus lumus terpaksa membersihkan kesan kegembiraan insan-insan ini.
Apa yang aku melalut ni. Tahun baru, semua orang pasti bercakap mengenai azam. adakah aku juga mempunyai Azam? Tahun ni aku tak mahu membuat azam. Aku mahu menyambung tekad aku bertahun-tahun dulu. Aku mahu membahagiakan emak dan keluarga. aku mahu berjaya sebagai seorang penulis.
Kenangan 2007. Aku lupa apa yang berlaku. semuanya samar-samar sahaja kecuali 2 perkara. 27hb Mac tarikh ayah pergi buat selama-lamanya dan 2 minggu selepas itu Editor telefon menyatakan mss aku akan diterbitkan.
Aku harapkan tahun ini akan lebih membahagiakan untuk aku, keluarga dan teman-teman. Insyaallah.

Saturday, December 29, 2007

hidup ini satu perjudian...

salam...
Semalam aku menghabiskan masa selama beberapa jam membaca manuskrip terbaru Lynn Dayana. Manuskrip itu belum siap sepenuhnya namun Lynn sudi memberi peluang untuk aku mengintai, menilik, memberi komen karyanya itu.(hahahha...penulis kecil seperti aku ni tidak layak rasanya). Sampai pada ms 50 aku mesej pada Lynn, aku katakan padanya yang mss dia kali ini cukup hebat. cukup suspen dan aku begitu teruja untuk membaca helaian demi helaian. Tidak sampai beberapa minit lepas tu Lynn call. hahha..kalau Lynn call memang terbantut segala aktiviti pembacaan aku. sepuluh minit pertama dikuasai dengan pujian aku kpd dia. Kami sama-sama meluahkan rasa bimbang dan harapan kami.
Selera aku dengan Lynn sama. kami suka cerita thriller, action dan seangkatan dengannya. Dan impian penulis kecil seperti kami ini adalah untuk menghasilkan karya2 menerusi genre di atas. tetapi mampukah kami? Hati kecil berkata; Iya..kami mampu. kalau orang lain boleh buat, masakan kami tak boleh. semuanya bergantung pada azam, disiplin dan kesungguhan. hihih..itu disaat kami positif. Bila negatif datang menjengah, kami terdiam dan bingung. berapa ramai pembaca wanita yang boleh menerima genre seperti ini? seperti yang kita ketahui, majoriti pembaca novel di Malaysia ini adalah kaum wanita. dan majoriti pembaca wanita ini inginkan kisah cinta di dalamnya.
Lynn kata kalau aku mahu teruskan niat dengan cerita begini pastikan aku selitkan bab cinta sama. jangan terlalu serius sehinggakan pembaca boleh menutup buku. Jangan bimbang. aku tidak akan melupakan bab yang satu itu. tema yang begitu dekat dengan jiwa pembaca, jiwa penulis yang juga pembaca seperti aku juga.
Hampir sejam kami bercakap, dan kepala Lynn yang kreatif terus merencanakan novel2 yang akan datang. Aku juga turut bersemangat mendengar keterujaan Lynn. dalam sengal dan dong2 Lynn, dia masih tetap kreatif. Dan malam itu juga aku sudah mencapai keputusan. Aku tahu apa yang aku mahukan. dan aku akan berjuang memastikan keinginan itu tercapai.
Aku dan Lynn dan Laila mengambil risiko sebenarnya. Aku dengan novel ke 2 dan Lynn dengan novel ke 3nya. Laila juga dengan novel ke 3nya. apa pun jawapannya, akan kami ketahui apabila tiba waktunya nanti.
Buat Lynn dan Laila...good luck untuk kita semua. Buat Rose, Lily S, dan Kak Lily H, doa aku juga untuk kalian.

Friday, December 28, 2007

help....

Salam...

Selesai menghantar manuskrip ke 2 aku bercuti sekejap dari mengarang. Bukan berhenti sepenuhnya cuma aku perlu kembali segarkan fikiran supaya rentak penulisan novel pertama dan kedua aku tidak terpengaruh ke dalam novel ke 3. Dalam kepala aku telah tercanai beberapa idea namun aku masih tidak tahu keputusan apa yang perlu diambil. Satu idea berkisar kekeluargaan bercampur dengan action - romance(cewah) dan idea seterusnya masih dengan tema CINTA.

Secara jujurnya aku lebih suka cerita yang menyelitkan unsur2 aksi dan suspen. Kalau lihat pada koleksi buku aku pun lebih kepada genre sebegini. namun sebagai penulis aku sendiri buntu sama ada perlu mengikut minat pembaca ataupun minat aku sendiri. Aku takut kalau aku setia dengan minat, beberapa kerat sahaja yang membacanya. Dan kalau aku teruskan pada permintaan ramai pembaca yang lebih mengemari kisah cinta, aku takut risiko lain pula. Cerita klise, tiru buku lain, tak ada idea baru...balik2 cinta...cinta. argh....takut aku kalau pembaca menggelarkan aku sebegini.

Aku lihat pada blog rakan Penulis yang kreatif, John Norafizan melalui soal selidik yang dijalankan, seramai 62 orang memilih cerita bertemakan cinta dan kekeluargaan dan hanya 3 orang sahaja memilih tema aksi(thriller dan polis)...dan 3 orang itu termasuk aku...bimbang? tentu sekali kalau aku mahu teruskan dengan genre ini.

Apa pun aku perlu menanti komen daripada editor aku terlebih dahulu. sama ada novel action romance aku ini diterima ataupun tidak. pergh....kacau dan payah sekali. walaupun aksi namun aku tetap selitkan unsur-unsur percintaan yang bisa mengetarkan jiwa...hahhahaha( perasan je aku nih).

sebelum tu, dalam menunggu aku menghabiskan masa dengan membaca buku-buku di bawah ini...hahahhaah heaven.....

Thursday, December 27, 2007

sekitar majlis Nia Azalea



Aku, Laila, kak eka bersama kakaknya dan kakak aku di kenduri Nia Azalea. Aku memang lama nak jumpa dengan si Laila, so bila ada peluang terus aku setkan plan. Dah alang2 semua ada kat AS, apalagi. Sayangnya Laila sekejap saja di kenduri, sibuk nak balik ke KL. Nasib baik ada Kak Eka yang begitu peramah. hihihi..macam dah kenal lama w/pun baru kali kedua kami berjumpa. Aku dengan Kak Eka menunggu dalam bilik pengantin Nia. Ialah nak juga tengok rupa lelaki yang menjadi pilihan hati bakal Dr. kita tu. Gamaknya tetamu lain mesti heran napelah aku n the geng tak reti2 nak balik. Al maklumlah pengantin lelakinya datang nak dekat pukul 3, so begitu lama jugalah kami menunggu. Bila pengantin lelaki dah datang, kami bertambah terkejut bila penyanyi Nora ada bersama dalam rombongan tersebut. apalagi, bila orang lain tangkap gambar pengantin, kami dok sibuk bergambar dengan Nora...hahhaha..dia nampak lebih cantik secara real dari gambarnya. Apapun tahniah untuk Nia dan Faiz. Semoga kebahagian sentiasa mengiringi hidup kalian...

Tuesday, December 18, 2007

minah2 muka seposen


salam...
Inilah satu-satunya gambar yang aku sempat ambil masa taklimat penulis alaf Khamis lalu. Majoriti penulis2 semua datang. Yang sempat masuk dalam gambar si Lynn, Rose(renungan manja kononnya), kak Lily dan aku. hujung sekali yang sipi2 nampak tu penulis baru hezzy Azra(buku dia insyaallah hujung bulan ni keluar). Lily Suriani datang lambat so...melepas. Laila kat Bali...apa pun seronok berjumpa kawan2 yg dah lama tak bersua muka.

lega.....

SALAM...
Saya kembali setelah lama bertapa di hadapan laptop mengejar target sendiri. Alhamdulillah aku berjaya menyiapkannya. Khamis lepas ada perjumpaan dengan penulis2 alaf di Taman seni Islam di Shah Alam dan aku pun ambil peluang yang ada menyerahkan manuskrip tersebut pada editor aku. Aku pun tak pasti mss aku kali ini ok ke tidak...bagi aku ok ler...hahahaha..apa pun ia perlu dinilai dulu dan kalau tiada masalah insyaallah akan diterbitkan. Bila? Aku sendiri tiada jawapaannya. Semua penulis sekarang memang sibuk dengan mss masing-masing. semuanya hendak mengejar pesta buku tahun depan. Peluang aku? Entah...kalau ada tu adalah. kalau tak ada...aku bersyukur juga sebab aku mampu menyiapkannya mengikut target yang aku tentukan. sekarang ni aku boleh menarik nafas lega dan meneruskan projek untuk novel ke 3.
Mengikut kata en. Nord, pastikan setiap novel yang diterbitkan, hasil dan penerimaan pembaca bertambah baik dan bukannya semakin menurun. Dengan persaingan yang semakin sengit ni, pembaca boleh sahaja memilih siapa penulis yang dia mahu. Kalau novel kita tidak sebaik yang diharapkan, mungkin pembaca tidak mahu membaca novel kita lagi. Memang betul kata en. nord. Hendak memuaskan hati semua pihak dan hati sendiri memang payah. apa yang perlu, kita lakukan dengan sebaik mungkin. aku akan melakukannya sebaik mungkin. Insyaallah.

Thursday, December 06, 2007

SELAMAT HARI LAHIR MAK ( 7 DISEMBER 1950)


Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu
Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Esok aku akan meeting sepanjang hari, jadi tak akan ada masa nak online, jadi aku nak wish siap-siap untuk mak tersayang.


Selamat hari jadi mak, semoga Allah sentiasa memayungi RahmatNYA ke atas mak dan semoga mak bahagia. Walaupun ayah sudah tiada, moga mak masih mampu bahagia di samping kami semua..amin.

bertapa...

salam...
Maaf semua. Tiada n3 baru untuk anda. aku tengah bertapa untuk menyelesaikan kerja aku yang tak pernah habis-habis ni. sebagai hiburan, sila tonton dan dengar antara lagu yang paling best dan antara yang aku paling suka. kalau korang sedar aku pernah buat n3 tentang penyanyi latin yang bernama David Bisbal ni kan...so...dengarkanlah lagu yang bertajuk esta aucensia ni. n semoga terhibur...aku akan kembali dengan n3 baru..next week maybe...adios...