Wednesday, April 25, 2007

PESTA BUKU - JADUAL NOVELIS ALAF21

JADUAL KEHADIRAN PENULIS BUKU UMUM DAN AGAMA
27 April 2007Cikgu Nor Bi Abd Rahman - Simple EnglishHazira Hamsah % Heidi Kiong – Yoga di pejabat
28 April 2007Cikgu Nor Bi Abd Rahman - Simple English
29 April 2007Professor Dr Sidek Baba - Seteguh Tekad
2 Mei 2007Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Membela Agamaan Ustaz Mazlee Malik – Konflik Palastin & IsraelEn Muhammad Taakub Yunus - Ramadhan dan Aidilfitri
4 Mei 27Hazira Hamsah % Heidi Kiong – Yoga di pejabat
* Kepada peminat novel di seluruh tanah air, apa kata kita menyerbu para novelis sekaligus memeriahkan suasana di pesta buku nanti. Ayuh....kita bertemu di sana!!!

Saturday, April 21, 2007

Tayang kembali













Salam,

Aku agak seronok seminggu dua ni kerana Astro ada menayangkan kembali cerita kartun kesukaan aku. Masa tengok gazzet dia memang aku dah tak sabar-sabar nak tengok. Rindu betul pada watak kesukaan aku iaitu Optimus Prime. Aku ingat lagi masa tengok movie dia dulu, Prime mati, punyalah aku frust. Tapi tak kisahlah asal dapat tengok Prime bersama Autobotsnya melawan Megatron dengan Decepticonnya. Walaupun sekarang ni Transformers dah semakin moden, semakin canggih bentuknya tapi aku tetap suka siri yang 1st generation ni. Apa2 pun kepada yang meminati siri ini...selamat menonton.


Sini aku sertakan sekali info tentang Transformers & Optimus Prime...

Thursday, April 19, 2007

Rumah Baru

Assalamualaikum,
Apamacam? Aku sudah menukar cat baru. Saja hendak berubah. Kalau asyik benda yang sama dan serupa saja memang agak membosankan. Untuk menukar semua ni bukanlah payah sangat tetapi terlalu remeh. Ada masanya aku terkial-kial juga nak memahami tetapi alhamdulillah, setiap apa yang ada di blog lama aku dapat dikekalkan dan bertambah dengan beberapa logo baru. hihihih copy n paste sebenarnya....Apa-apa pun semoga anda terus setia mengunjungi blog ini...(ceh...konon jelah)

Wednesday, April 18, 2007

Berita Gembira

Assalamualaikum....
Masih ingat dengan n3 aku yang sedang menunggu panggilan dari seseorang? Hmmm...sebenarnya setelah menunggu sekian lama, semalam pada jam 3.40 petang panggilan yang dinanti berkunjung tiba. Aku sedang tidur masa itu kerana kurang sihat. Jadi bila berita itu disampaikan, aku masih tidak mampu memberikan reaksi yang sewajarnya. Aku berterusan mamai. Macam susah nak percaya. Sampaikan insan yang menelefon terpaksa bertanya adakah aku suka dengan berita tersebut? Suka? Tentulah aku suka. Siapa yang tidak suka apabila impiannya bakal menjadi kenyataan. Siapa yang tidak gembira apabila setelah lama menanti, akhirnya akan tiba juga didestinasi. Cuma, aku sedikit terkilan. Aku tidak mampu berkongsi kegembiraan dengan insan yang paling banyak mendorong aku mencapai impian ini. Aku terkilan kerana kegembiraan ini berputik setelah ayah tiada.

Friday, April 13, 2007

I carry your heart with me - E.E Cummings


I carry your heart with me (I carry it in my heart)
I am never without it (anywhere I go you go, my dear;
and whatever is done by only me is your doing, my darling)
I fear no fate (for you are my fate, my sweet)
I want no world (for beautiful you are my world, my true)
and it's you are whatever a moon has always meant
and whatever a sun will always sing is you
here is the deepest secret nobody knows
here is the root of the root and the bud of the bud
and the sky of the sky of a tree called life;
which grows higher than the soul can hope or mind can hide
and this is the wonder that's keeping the stars apart
I carry your heart (I carry it in my heart)
nota- Aku mula menyukai puisi ini bila aku mendengar Cameron Diaz membacakan puisi ini di majlis perkahwinan kakaknya dalam Filem In Her Shoes. Memahami maknanya dan gaya si Cammy membaca benar-benar menyentuh hati aku. Dan aku ingin berkongsi pada sesiapa yang menyukai karya E.E Cummings ini.

Thursday, April 12, 2007

Hayatilah...


Jika kita kehilangan cinta, kasih sayang mahupun insan yang paling bermakna dalam hidup ini, yakinlah pasti ada alasan yang sebaliknya. Alasan yang kadang sukar untuk dimengertikan. Namun, percayalah bahawa ketika DIA mengambil sesuatu, telah DIA mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Wednesday, April 11, 2007

salam...


Kesusahan yang dihadapi dalam hidup, laksana musim dingin. Basah dan lembab, tidak disukai oleh setiap yang bernyawa. Tetapi, sesudah musim sejuk, tumbuh pula bunga-bunga yang harum dan buah yang subur.

Tuesday, April 03, 2007

Aku masih bersabar...

Assalamualaikum,
Hari ini aku masuk kerja balik setelah hampir seminggu bercuti. Hari pertama memang sibuk. tugas yang terbengkalai terpaksa disiapkan secepat mungkin. Aku amat mengalu-alukan kesibukan itu. Sekurang-kurangnya kesibukkan aku akan menyebabkan aku kurang termenung sana sini kerana bila mula termenung aku akan menjadi sedih. Hari ini hari ke 8. Masih terlalu baru. Memang patut aku masih bersedih. Memang patut aku tiada mood untuk melakukan apa sahaja.Tetapi aku tahu, aku tidak perlu mengikut perasaan. Walau betapa sedih yang aku rasa, aku harus tabah. Aku harus sabar dengan dugaan Tuhan. Semua teman menasihatkan perkara yang sama. Malah aku dan keluarga sering kali mengulangi ayat yang sama. Tabah dan sabar. Allah tidak akan menduga kalau DIA tidak yakin aku dan keluarga mampu menanggungnya.
Rumah aku semakin sunyi. Kakak dah balik ke Tg. Malim. Adik dah balik ke KL dan Penang. Kakak sulung dah kembali ke Alor setar. Sekarang tinggal aku, emak dan adik bongsu. Mujur juga adik kedua bongsuku sedang study week sekarang. Dia hanya perlu balik ke USM untuk exam minggu depan. Rumah aku semakin sepi. Mujur juga dengan kehadiran 2 orang anak saudaraku yang masing2 berumur 10 bulan dan setahun 5 bulan mengubah keadaan itu. Dengan melayani cucu-cucunya, kesunyian dan kesedihan emak terubat juga. sekurang-kurangnya emak tidak terlalu sangat melayani perasaannya yang kacau. Walaupun aku tahu, sesibuk mana pun emak dengan cucunya, ingatan terhadap ayah tetap utuh. tetap teguh dan jitu seperti teguhnya berdiri Taj Mahal hadiah Shah Jehan untuk Mumtaznya. Emak tidak mampu memberikan ayah hadiah sehebat dan segah itu, tetapi kasih sayang emak pada ayah tetap tidak ternilai. Cinta dan kasih sayang emak tetap tidak kalah. Saat ini, ketika jemari aku menari di atas keyboard, emak sedang ketawa melayani cucunya bermain belon sabun. Memang emak sedang tersenyum. Memang emak nampak bahagia, tetapi derita hatinya tiada siapa yang dapat meneka.
ps : buat lynda, doa aku untuk engkau.

Sunday, April 01, 2007

Al Fatihah

Assalamualaikum,
Aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang memberikan ucapan takziah serta kata semangat. Maaf juga kerana baru kini aku berkesempatan membalas segala mesej yang diterima. Aku tahu kalian semua pasti mengerti.
Malam ini, sudah 6 hari ayah meninggalkan aku, mak dan adik beradik. sehingga kini, aku masih tidak mampu mencoret apa-apa, malah otak seakan membeku. tidak mampu berfikir kecuali merenung jauh memutarkan kembali saat-saat manis bersama ayah. Mengenangkan ramai yang bertanya dan meninggalkan pesan maka aku gagahi juga walaupun jiwa dan hati masih diruntun pilu. Sehingga sekarang aku tidak mampu memanggil ayah dengan gelaran arwah. sungguh. Aku tidak sanggup. 28 tahun aku hidup bersama ayah. Dan aku sama sekali tidak menyangka 27 Mac 2007 menoktahkan segala-galanya. Dalam sekelip mata aku kehilangan insan yang paling aku sayangi. Dalam sekelip mata ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Walaupun telah diberitahu kemungkinan untuk ayah sembuh amat tipis, tapi aku dan keluarga masih menaruh harapan. masih mahu berusaha kerana ajal terletak di tangan Tuhan. Aku tak sanggup memikirkan ayah pergi tanpa kami berbuat apa-apa.
Sudah tersurat, umur ayah setakat ini sahaja. Setakat 56 tahun. Ayah masih terlalu muda kalau hendak dibandingkan dengan teman-temannya yang lain. tetapi janji ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Tinggallah kami sendirian meratapi pemergian ayah. sehingga sekarang aku masih tidak mampu menangis dengan sebenar-benar tangisan lagi. segalanya terkumpul, terperuk, terhimpun di ceruk hati aku. Aku tidak mampu untuk meluahkan kesedihan ini. Aku mahu kekal sebagai anaknya kuat dan tabah. aku tidak mampu menangis dengan mudah seperti kakak dan adik-adik aku. Aku lebih suka menangis di dalam hati. aku tak pandai meluahkan kesedihan yang bersarang dalam jiwa ini.
Walaupun redha dengan pemergian ini, tetapi kadang kala aku masih sukar menerima kenyataan. Masih sukar mempercayai bahawa ayah tidak akan kembali lagi. Alangkah bagusnya kalau ayah masih ada di hospital. sekurang-kurangnya esok aku masih dapat melihatnya lagi. sekurang-kurangnya aku dapat memicit lengan, kakinya lagi bila ayah mengaduh lenguh. setidak-tidaknya aku masih mampu menyuap nasi atau minuman ke mulut ayah. Ah...banyak yang mahu aku lakukan, tetapi sekarang aku tidak berpeluang untuk membuat semua itu lagi.
Ayah memainkan peranan penting dalam hidup aku. dalam hidup adik beradik dan mak aku. Kehilangan ayah menyebabkan hati kami terasa kosong. kekosongan yang tidak mungkin akan ada penggantinya. Memang dunia ini masih sama. masih tidak berubah. Dunia ini tidak akan berhenti kerana aku kehilangan seorang ayah tetapi hidup aku tidak akan sama seperti dulu lagi. Hidup aku kini sudah hilang serinya.
Sekarang aku hanya ada emak. Emak yang tabah. emak yang kuat semangat. Emak yang kental jiwanya. 36 tahun emak bersama ayah, tentu saja emak yang lebih merasai segala-galanya. Bagaimana aku hendak mengubat kesedihan emak? bagaimana aku hendak menghiburkan hati emak sedangkan aku tahu tiada apa yang dapat menyembuhkan kesedihan yang aku alami ini ketika ini.
Pepatah menyatakan " masa akan mengubat semua kelukaan". Memang ada benarnya. Aku tidak tahu berapa lama yang akan aku ambil untuk pulih dari semua ini. sebulan. 6 bulan. setahun. 3 tahun ataupun selama-lamanya. Aku tidak tahu.Tetapi yang pasti, jiwa aku seakan mahu pecah apabila teringatkan ayah. Dada aku sesak memikirkan aku tidak dapat melihat wajah ayah lagi. Aku masih terjaga tengah malam mengharapkan kedatangan roh ayah. Aku masih mengharapkannya walaupun kini ayah berada di alam lain.
Aku bukan tidak mahu terima kenyataan. tidak. Aku redha dengan pemergiannya. Malah aku lega kerana ayah tidak perlu menanggung sakitnya lagi. Aku bersyukur ayah pergi dalam keadaan elok. ayah tidak menderita sehingga nafas terakhirnya. Jenazah ayah seperti orang yang sedang lena tidur sahaja. Hanya itulah yang mengubat hati aku sekarang ini. Aku tahu ayah pergi ke tempat yang lebih baik mengadap PENCIPTANYA.
Buat AYAH,
Aku doakan ayah ditempatkan di kalangan hambaNYA yang soleh. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa ayah samaada kecil ataupun besar. Semoga Allah mudahkan urusan ayah di sana. Semoga ayah tenang di dalam perjalanan yang abadi. Moga Allah terima doa kami untuknya. Ayah jangan bimbang. kami tak akan lupakan ayah. kami tetap sayangkan ayah. Kami akan sentiasa berdoa untuk ayah. kami akan sentiasa menjaga maruah ayah. Dan Insyaallah, moga kita semua dapat bersama kelak. Amin.
Al fatihah...