Salam
Inilah adalah deleted scene dalam SDN. Jujurnya saya rasa menyesal juga membuang scene yang saya khaskan pada bahagian epilog..Tapi...Water under the bridge now..move on ajelah ya.. :)
Epilog
I
"Hisham... ada
orang nak jumpa."
"Mak Jah...
saya tak nak jumpa sesiapa pun sekarang ni. Saya hanya nak sendirian
sahaja."
"Mak Jah dah
cakap nak, tapi dia nak minta jumpa juga. Hisham, Dzar Thalha datang dengan
keluarganya. Mendengar nama Dzar, Hisham lantas bangun dari pembaringan. Mata
yang seakan sudah mati, kembali bercahaya semula. Dia bangun mengemaskan
keadaan diri yang terabai semenjak kematian Ayah dan anaknya. Izhar. Munirah
pula terlalu sedih, membawa diri entah ke mana. Dia sendiri gagal mencari di
mana jejak isterinya itu.
"Mak Jah...
suruh dia masuk. Jemput mereka masuk nanti saya turun," balasnya teruja.
"Baik
Hisham." Mak Jah berlalu sambil mengesat air mata. Sebak dia melihat
keadaan Hisham seperti itu. Ibarat orang yang sudah jatuh lalu ditimpa tangga. Dia
tidak tahu mengapa malang benar nasih Hisham ini. Atau mungkinkah ini balasan atas
segala dosa yang telah dilakukan. Mungkinkah ini kifarah yang terpaksa
dihadapinya.
Kesemua mereka yang
berada di situ menunggu tenang. Minuman dan makanan ringan yang terhidang masih
belum dijamah. Masing-masing tidak mampu berbuat apa-apa memikirkan apa yang
akan berlaku sebentar nanti.
"Assalamualaikum!"
Mereka pantas berdiri apabila Hisham menegur tiba-tiba.
"Maaf... kalau
abang buat Idah dan anak-anak menunggu lama." Dia menumpukan perhatian
kepada Faridah sementelah hanya wanita itu sahaja yang mampu memaafkan dia
ketika ini. Sedangkan Dzar dan Diana masih belum terbuka hati mereka. Tidak
mengapa. Dia faham dan tidak mengapa. Dia tidak akan putus asa dalam menuntuk
kemaafan terhadap kedua insan ini.
"Tak apa
abang." Belas dia melihat keadaan Hisham yang seakan tidak terurus.
"Masih tak ada
berita tentang Munirah?" Hisham menggeleng. Dia sudah kehabisan daya mahu
mencari di mana Munirah menghilangkan diri. Sama ada Munirah sengaja pergi
ataupun tidak, dia mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk isterinya itu.
"Abang... Idah
datang dengan anak-anak membawa hajat." Faridah memulakan bicara apabila
melihat Dzar mengangguk ke arahnya.
"Hajat apa,
Idah?"
"Idah nak
abang lepaskan Idah. Dah terlalu lama, nasih Idah tergantung macam ini saja. Jadi...
Idah rasa, sudah sampai masanya keputusan harus diambil. Hubungan kita sudah
berakhir lama dulu. Sekarang, biarlah ia diputuskan secara rasmi."
Hampir hendak pitam
Hisham mendengar permintaan itu. Adakah ini sebenarnya tujuan kedatangan
mereka? Ya ALLAH...ujian apakah yang kau berikan buat aku yang hina ini?
"Idah dah
fikir masak-masak? Idah tak nak beri abang peluang lagi?"
"Percayalah...
dah bertahun-tahun Idah memohon petunjuk Allah, bang. Bukan Idah tak mahu beri
abang peluang, tapi Idah rasa perpisahan kita akan lebih mendatangkan manfaat
daripada kita terus bersama."
"Ya abang
faham. Abang tak boleh terus memaksa Idah bersama abang. Abang menolak hak Idah
sebagai isteri, jadi abang tidak berhak meminta peluang daripada Idah lagi.
Abang faham. Tapi sebelum kita berpisah, izinkan abang meminta maaf Idah."
Faridah mengangguk.
Air mata jujur bagaikan hujan. Dia menunggu Hisham merapatinya. Hisham
menghulurkan tangan dan dia menyambutnya.
“Abang minta ampun
Idah. Abang minta ampun atas segala dosa abang pada Idah.” Hisham menangis
teresak-esak.
“Idah ampunkan
abang. Idah reda dengan apa yang berlaku. Maafkan Idah juga selama Idah
bergelar isteri abang.”
Diana yang
memerhati, menangis sambil memeluk abangnya erat. Tidak sampai hati pula
melihat ayah mereka dalam keadaan itu. Dzar mengusap belakang tubuh untuk
menenangkannya. Tapi dia melihat juga Dzar sedaya upaya menahan tangis.
Hisham
mengesat air mata. Kabur pandangan sewaktu menjamah tiga wajah insan yang
paling dikecewakannya selama ini. Dia menghela nafas panjang.
“Dengan
lafaz Bismillahirahmannirrahim... Aku Mohammad Hisham bin Hassan, dengan
bersaksikan anak-anakku, Dzar Thalha dan Diana .... dengan ini menceraikan
isteri aku, Faridah binti Sulaiman dengan talak satu.”
Sebaik
sahaja talak dijatuhkan, Hisham mengongoi seperti anak kecil. Faridah turut
sama mengalirkan air mata. Dia memandang wajah Hisham dengan hati yang cukup
lapang. Buat pertama kali, bebannya terasa begitu ringan.
“Terima
kasih abang. Terima kasih kerana tunaikan permintaan Idah,” bisiknya dengan
penuh keharuan. Hisham memejam mata. Tidak sanggup lagi dia melihat wajah
mereka. Dia bangun untuk beredar namun suara Dzar mematikan langkahnya.
“Abah!”
Ya ALLAH... silap dengarkah dia? Adakah Dzar memanggilnya abah? Dia mahu percaya
namun dia tidak berani berpaling. Takut-takut jika semua ini hanya mimpi
sahaja.
“Abah!”
Itu... suara itu kedengaran lagi. Dia tidak salah dengar. Memang benar Dzar
memanggilnya begitu. Setelah sekian lama, akhirnya dia mendengar juga panggilan
itu daripada mulut Dzar. Perlahan dia berpaling semula. Dzar dilihat sudah
menghampirinya. Hatinya sebak melihat wajah itu juga dipenuhi air mata. Adakah
Dzar berasa sedih? Bukankah ini yang dimahukan semenjak sekian lama?
“Abah...
hubungan mak dengan abah, mungkin sudah berakhir. Tapi hubungan antara kita,
sampai kiamat pun tak akan terputus, abah. Abah mungkin hilang mak sebagai
isteri, tapi abah masih ada abang. Abah masih ada Dian. Walau apa pun yang berlaku,
kami tetap anak-anak abah.”
“Dzar...?
Abang... Dian..betulkah apa yang abang dengar ni?” soalnya dengan nada tidak
percaya. Ya ALLAH... Tolong jangan biarkan mereka ini berbohong. Aku sudah
tidak sanggup menghadapinya lagi. Dzar mengangguk. Dia mengesat air mata yang
mula mengaburi pandangan.
“Abang
minta maaf sebab layan abah dengan buruk. Abang tak patut terus menyalahkan
abah atas kesilapan masa lalu. Abang bersyukur sangat bila lihat abah
benar-benar berubah. Maafkan abang, abah. Maafkan abang,” ucapnya bertalu-talu.
Hisham hanya menggeleng. Dia terus menarik Dzar ke dalam pelukan. Dia memegang
wajah Dzar dengan kedua belah tangannya. Kedua mereka hanya mengangguk dalam
bicara tanpa kata. Hisham memandang ke arah Diana yang sedang menangis dalam
pelukan Faridah. Dia mendepangkan kedua belah tangan dan dalam sesaat, Dian
melayang ke dalam pelukannya.
“Dian...
anak abah,” Hisham sebak. Dia sudah tidak mampu bersuara lagi. Hari ini dalam
sejarah. Dia kehilangan isteri, namun dia mendapat kasih sayang dua orang
anaknya semula. Syukur Alhamdulillah.
1 comment:
And the end. Class dismiss... :)
Post a Comment