Tuesday, April 09, 2013

Korea Day 3 n 4

Salam...


Bersambung dari sini...


Selepas makan, kami balik ke HOTEL yang terletak di Alpensia Ski Resort. Tempat ini akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan Olimpik musim sejuk tahun 2018 nanti.  Kami stay di holiday Inn hotel. So...berbangga jugaklah dapat stay kat sini walaupun satu malam. Liza tour leader kami siap cakap harga bilik kami over rm1k per night tau..Hotel ni mmg nampak sunyi sebab dia hanya akan penuh masa musim sejuk sahaja. Sampai di sini, kami dah excited sebab nampak 6 lanes ski slopes kan...dan di jalan2 pun sudah ada yang dilitupi salji. Our 1st experience dengan salji. 
Malam itu cuaca mmg sejuk. Dalam bas pun walaupun dipasang heater tahap max pon kami terpaksa berbungkus. kaki tangan mmg rasa sejuk beku punya. 
Masuk bilik...watchaa.................... bestnya. walaupun simple tapi cantik dan yang penting saya suka tilam dan bantalnya yang sangat selesa dan empukkkkkkkkkk...tido rasa tak mau bangun dah...kuikuikui. Even sembang2 antara kami semua, siap ada yang merungut kenapa stay kat sini semalam aje..hahahahah..
bestkan tengok tilam dia..kami berdua dapat bilik besar macam ni mmg heaven

Malam tu, lepas letak bag dan bersedap2an atas tilam kejap..kami turun ke bawah nak main salji. tak giler ke ko malam2 nak main. 
Bila turun je, bukan kami aje..family yang lain pon dah siap ada jalan2 kat bawah. kat sini yang bestnya, walaupun hotel ni tak ramai tapi convenience store depa tetap buka dan ada. Infact mana2 hotel depa mesti ada CS yang berdekatan. mmg convenience sekali kan. 
Kami berjalan2 pun tak lama sebab sarah tak tahan sejuk dan sekali lagi dia demam..hahahah..asik demam je makcik tu. 
Balik bilek terus zzzzzzzzzzzz...bangun pagi2 sarapan dan p lari main salji lagi. 

sewel tak main salji pukul 7 pagi?

tepat pukul 8 kami keluar untuk ke wind village untuk sesi membuat cheese dan sheep feeding. Wind Village ni ada dua musim saja. 6 Bulan summer dan 6 bulan winter...so no wonder tempat ni sejuk dan salji pun turun awal. 
di WIND VILLAGE yang sejuk yang amats

feeding sheep yang kebulur

kedua tempat ni bersebelahan aje..so kami p bagi sheep makan dulu. masa ni hujan salji turun...sekali lagi macam jakun kan...
sheep tu semuanya kebulur tahap tak ingat. berebut2 makanan bila kami suakan makanan. siap sampai terjatuh2 bekas makanan kami sebab punyalah depa berebut. hmmmm..makan tak baca bismillah..macam itulah....



lepas bagi kambing biri2 yang kebulur tu makan, kami p belajar buat cheese pula. kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. ada sorang ahjumma yang akan ajar macam mana nak buat. seronok je belajar buat cheese ni...guna susu lembu dan dicampurkan dengan bahan apa ntah yang boleh membuatkan dia jadi pejal2 lembut ala2 marshmallow tu. lepas siap kami dibekalkan dengan chips dan jem. jem tu diletakan sebab cheese yang kami buat ni tak ditambah apa2 perasa. so tanpa jem tu dia akan jadi tawar.

kacau susu lembu

our grup sedang buat cheese

Cheese yang dah siap..cantik tak? hehehhe..enche suami turunkan kata2 amanat

 Lepas habis, kami meninggalkan wind village dan bertolak ke everland untuk main2...
Namun dalam perjalanan hujan turun dengan lebat menyebabkan jadual terpaksa dipinda. kami akan belajar membuat kimchi dan hanbok wearing dulu. dan Everland akan pergi pagi2 esok. 
Tempat buat kimchi dan memakai pakaian korea ini pun satu tempat juga tapi berbeza tingkat. semasa kami datang memang penuh kawasan tu dengan bas2 pelancong. Mujur bilik untuk kami belajar sudah dibook siap2 jadi tak ada masalah untuk menunggu ke apa ke memandangkan jadual terpaksa diubah. 
Kami mendapat seorang guru yang pemalu untuk mengajar. dia nervous tgk kami last2 lari kuar bilik dan terpaksa digantikan dengan cikgu lain..hahahaha....
tak susahpun belajar buat kimchi ni sebab cili dia dah diberi siap2 cuma kita perlu lumurkan di atas lobak yang diberikan. selepas itu kita akan ikat dengan gaya yang diperlukan dan masukkan ke dalam plastik. 
kimchi yag sudah terikat tu enche suami punya..kemas aje dia punya..sarah punya berkecai..hahahaha

Kimchi ini tidak akan dibuang, tetapi akan diberikan kepada penduduk miskin ataupun korea utara tak silap. Sebelum mula, kami dihidangkan dengan susu secawan. dan saya apa lagi minumlah dengan selamba. tup2 si jamilah beritahu, cara minum jangan direct depan orang. kita kena pusingkan badan sikit dan minum..hahahaha...itu cara yang polite sikit..kuikuikui....
lepas tu naik ke tingkat 3 utk pakai hanbok. satu grup baru habis so kami tak perlu menunggu lama. masing2 memilih pakaian yang berkenan di mata. Saya dan sarah dapat pakaian orang bangsawan dan enche suami dapat pakaian maharaja..dan lepas tu posing le......
maharaja dan maharani..kuikuikui


lepas posing, kami balik ke seoul untuk pergi woogiin Playdoci utk main indoor. 

before that lunch dulu. Pertama kali dalam 4 hari, dapat makan western. aduhai nikmatnya walaupun makan simple as spaggetti bolognese dan filet fish aje...
Woojiin ni dalam mall ya..kami semua dibekalkan dengan pakaian. main dalam dua jam dan balik untuk jalan2 dekat EHWA street. 
enche suami di hadapan ehwa university...dan ehwa street.

ehwa street ni kira mcam lady street le. dan kat sini ada ehwa university. kiranya graduan ehwa ni memang laku giler sebab depa dah di ajar etika-etika menjadi perempuan sejati..hahahah..macam tulah lebih kurang....kami jalan2 cari apa yang berkenan. so aktiviti bebas kat sini. dalam 3 jam jugak dan balik untuk dinner. 
Kami dinner dekat Taj restaurant. dapat makan indian cuisine..wallah....apa saja kan sebab dah quite boring dengan korean dish kan...
lepas dinner check in lat Ambassador Hotel yang akan jadi tempat kami stay sehinggalah balik msia nanti....

2 comments:

khalilah hassan said...

As Salam. Sy nak tny tentang alpensia ski resort. Boleh ke email sy norkhalilah@gmail.com

Thanks 😊

dhiya zafira said...

wkumsalam..

nak tanya mengenai apa ya... kalau saya boleh bantu..saya bantu...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...