Salam...
Ok,.kita bersambung dengan catatan yang seterusnya. Dalam ke eksaited an saya ke korea, saya sebenarnya ngeri bila memikirkan hal hal tandas ni. Sudah terbiasa dengan penggunaan air yang banyak, bagaimana saya hendak menyesuaikan diri dengan tandas yang tak ada air langsung? Mak ai...memang mimpi ngeri bila nak difikirkan. Selalunya lepas solat mesti saya berdoa agar dimudahkan kat sana nanti..biar rasa nak terkucil kecil dan besar tu ada masa saya dalam bilik kat hotel sahaja. Macam ke Spain dulu memang saya kental betul. Even dalam kapal terbang, tak pernah guna toilet. walaupun dah naik berbelas2 kali tapi tak pernah sekali pun saya jengah tandas dia mcm mana ghupenya..hahahhaa....punyalah tahan tak nak ke tandas. Sanggupkan...jangan salah sangka ya..saya tak adalah menahan rasa tapi sememangnya tiap kali saya travel..secara automatik rasa nak ke tandas tu hilang .Tapi mengenangkan korea sedang dalam peralihan musim luruh ke sejuk, jadi saya prepare juga...takut bila sejuk2 ni kebarangkalian nak ke tandas tu memanglah kerap.
Saya siap bawak dua botol air ( bukan mineral ok) dan wet tissue usah kiralah..mmg prepare banyak2....nak jadi kata...lepas ambil luggage, saya terpaksa mengalah pada nature call. hahahahaa...ambik ko....
Yang bestnya toilet depa walaupun duduk punya tapi ada pelapik plastik yang boleh ditukar setiap kali nak digunakan. Kat mana2 memang bersih dan tak ada bau.. so..jakun kejaplah sebab depa particular sikit bab ni...so..bila dah rasa dan berupaya menangani keadaan itu, jadi selepas ini saya tidaklah bimbang lagi...sebab kebanyakkan toilet di sana adalah style bidet..so.....semakin mudah dan membahagiakan. okeh..tutup bab tandas...geli lak korang baca ek..hahahaha..nasiblah kan....
Sebaik sahaja kaki ni melangkah keluar aiport..angin sejuk menyapa. sangat2 sejuk oke...bila bercakap pun keluar wap..sekali lagi jakun dan excited..hahahhaa....sebuah bas dah siap menunggu. Dalam bas...Jamilah alu2kan kedatangn kami ni dengan lebih formal...Oleh sebab pukul 2.30 petang kami akan terbang ke jeju, makanya perjalanan kami di waktu pagi ini adalah menuju ke Gyeongbok Palace.
Rasanya ramai yang dah tahu kot yang Incheon Airport ni terletak di sebuah pulau. Jadi, untuk ke Seoul memakan masa 45 minit hingga 1 jam mengikut keadaan trafik. Jika sesak boleh jadi sampai ke 2 jam. Sebelum ini International Airport mereka terletak di Gimpo tapi start tahun 2001 tak silap..Incheon dibina dan Gimpo terus jadi tempat utk penerbangan domestik. Dan untuk ke Jeju nanti, kami semua akan naik flight di mana? Gimpo...ya..betul..pandai adik2 sekalian...
Dalam bas saya tak berapa ambil peduli sangat apa yang si Jamilah ni cakap. mata ni lebih teruja memerhati pandangan diluar. Rasa tak sangka dan tak percaya tak habis-habis. Alhamdulillah..sampai juga saya di bumi korea ini. Lebih-lebih lagi bersama suami. Al maklumlah November merupakan Hari lahir saya dan juga ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Jadi tetiba nak fefeling romantika de amor lak kan..hahahhah
|
Camwhore selangkah demi langkah |
|
Contoh-contoh rumah commoners kat sana...rasa macam bestlak duduk dalam rumah mcm ni. |
Kami sampai di Gyeongbok Palace ni dalam masa sejam..trafik pun agak lancar. Masih awal jadi orang pun tak ramai lagi. Kat sini kami masuk ke dalam National Folk Museum of Korea. Kat dalam ni kita boleh lihat sejarah dan kehidupan awal masyarakat Korea dari Dinasti raja, esp Era Joseon Dynasty...bangsawan, rakyat dan hamba. Lepas tu sesi camwhore kat bahagian luar sebelum pergi ke istana. sekali lagi bercamwhore. Si JAMILAH ni mesti bengkek..dia kan ala2 teruja nak ceritakan sejarah negara dia tapi kami semua melangkah setapak snap sana snap sini..sampai ayat dia.." let me show u first..after this i'll give u time to take photo aaa..." ( that her exactly words)..hahahha..Nak pergi kat sini jangan pergi hari selasa sebab dia memang tutup setiap hari selasa..harap maklum ya.
|
Sarah snap pic jadi senget..cis |
|
Tu cak |
|
Jamilah yg musykil pasaipa pelancong suka tangkap pic pokok oren ni...cantik pa...mana ada kat msia kan..kan ..kan... |
|
Pic ni saya suka tapi spoil dengan jari sarah belah atas kiri tu..cis... |
|
Kat sini masih ada daun-daun yang belum gugur..cantik okeh |
Lepas habis sesi kat sini kami ke EVERGREEN RESTAURANT untuk lunch sebelum kembali ke Gimpo untuk next flight to Jeju Island..hoyey....
so..lepas ni merasa makanan korea buat pertama kalinya....
No comments:
Post a Comment