Satu catatan perjalanan Korea - Hari pertama II

ok bersambung, masih di hari pertama. selepas habis melawat di gyeongbuk palace, kami naik bas dah menuju ke restaurant untuk lunch. singgah di Evergreen restoren yang dipunyai oleh seorang wanita korea dengan suaminya dr pakistan. Onni tu dah convert ke islam......Alhamdulillah...
Yeah...ada perkataan Halal dan sememangnya kedai makan muslim
Untuk pengetahuan, warga asing tidak boleh berniaga atau mempunyai premis.  sebab tu bila dah kahwin dengan warga korea, enche paki ni baru boleh bukak kedai. Ini bukan saya kata ya..tapi si Jamilah yang cakap. Kalau Jamilah tipu..maknanya saya pun tertipu jugak..hahahha...
Restoren ni di tingkat 1. Tak adalah besar sangat..kira-kira cukup dalam 25 orang aje satu2 masa.  Masa kami sampai hidangan bulgogi dah ada atas meja cuma belum dimasak sebab tunggu kami datang dulu. Seperti biasa makanan tambahan seperti kimchi, tauhu, cili potong dan telur yang dipotong halus2 ni dan juga telur yang berbentuk pancake memang sentiasa di atas meja. 
KImchi original from korea apa ya rasanya? hahahahha....bolehlah. Saya tak suka sangat. salah satu sebabnya ialah, saya ni memang kureng sikit dengan sayur esp kobis, radish, timun dan seangkatan dengannya. Tapi sebenarnya kimchi ni banyak jenis. Even sotong pun orang buat kinchi dan sedap. Saya adalah beli bawak balik sotong kimchi tu sebab kalau beli yang lain pun saya gerenti tekak-tekak keluarga saya mesti tak boleh terima punya..hahahhaa...
Dan sedapkah bulgoginya? Fuh....marvelous..memang sedap gila baban. esp bila tengok dia mengelegak atas stove tu kan. memang sedap...even kuah dia pun sedap...memang makan bertambah la....hahhaha...oleh kerana ni kedai campuran pakistan dan korea..kami makan dalam pinggan biasa dan sudu pun sudi biasa....ayo..bila nak merasa pakai sujeo depa ni..sudu dan chopstick yang panjang2 tu kan....
Setiap kedai makan di korea, air adalah percuma. Tapi air masak ajelah ek...Kat sini tak adalah menu nak jus oren, tembikai ke carrot susu ke..memang tak ada okeh...yang ada air masak percuma dan kopi percuma..sesetengah kedai charge kopi panas dalam krw 100 atau 300 won. Tapi kedai yang kami pergi memanjang dapat free...Kopi dia memang best ok..rasa nak je bawak balik mesin kopi tu....
Makanan tambahan yang sentiasa ada cuma kandungan yang berubah2

Sabar...sabar...tunggu masak dulu

Ok..ok..dah nak dekat masak tu...

Mr K, sarah dengan family Dr juwita

Ok..itu hidangan waktu lunch...dan di bawah ini hidangan dinner kami. Waktu ni kami dah sampai jeju. Oleh sebab tengah cerita bab makan..jadi saya teruskan dengan benda makan dululah ya....Malam ni kami makan sup cendawan...hoyey..hoyey..akhirnya dapat makan dalam gaya korean yang sebenarnya. Nasi dalam mangkuk kecil sudu dan chopstick yang panjang...wahhhh...memang bahagia aje rasa dapat pegang benda alah tu...makan dengan lahap sekali ok sebab masa tu hujan turun lebat di jeju dan sememangnya kami memang tengah lapar..so sempat snap 2 pic aje sebelum masing-masing khusyuk makan. 
Walaupun sup cendawan..tapi rasanya memang sedap..ada tambahan ikan bakar, pancake sotong, mee yang amat sedap dan pelbagai pilihan kimchi. Walaupun makan hanya mangkuk kecil tu, tapi memang kenyang sebab makanan semua ala2 berkhasiat kan. 
Beberapa jenis cendawan yang dimasukkan ke dalam tu...



Lepas makan..balik hotel. Jujurnya memang dah penat pun. tak sabar nak mandi dan terlentang atas tilam. Maklumlah dah lebih 24 jam tak mandi, walaupun cuaca sejuk tapi tetap rasa tak selesa dan nak mandi jugak...hahahhaha....Kami menginap di Jeju Oriental Hotel selama 2 malam. 
Cis..boleh pulak bagi katil asing2 ek..hahha


Ok...sambung lagi kemudian....

Comments

a.mimi said…
Teruja baca pglmn you ni. Mana gmbr yg lain, nk tgk. Makanan halal tu yg pling menarik,
you ambik agency ni dari m'sia ke atau you contek org sane ? Berape ye cost yg patut ade ?
dhiya zafira said…
salam....

Gambar saya letak secara peringkat selari dengan n3 baharu nanti....saya pergi dengan apple muslim holidays....Agensi ni mmg msia punya....makan mereka mmg bawak tempat halal...area ittaewon dan kalau mkn kat restoren korea pun depa cari tempat yg tak ada daging dan peralatan masak pun asing....total cost rm 5070 8 hari 6 malam termasuk ke jeju naik flight jugak....

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

mutiara kata sasterawan negara