Monday, December 17, 2012

Satu catatan perjalanan Korea ~ hari pertama III

Masih lagi hari pertama...

Pukul 1.00 pm kami sudah berada di gimpo airport untuk ke Jeju island yang akan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Waktu ni hajat hati ingin mencari winter jacket juga sebab memang bawak satu ajekan...nanti tak adalah bergambar asik2 baju yang sama aje..hahahha..sebab kalau nak diikutkan waktu untuk shopping sudah masuk 3 hari terakhir. So..kalau membeli rasa macam ala2 rugi aje...sementara tunggu nak boarding..pergilah usha2 kedai kat airport tu..tapi baru masuk beberapa langkah terus keluar balik..hahahah..mahal nak mampus...terus pasrah aje..tak apalah kan...lain kali sahaja..hahaha...
Waktu ni si Jamilah memang tak arrangekan tempat solat kami lagi..so..solat kena pandai2 cari tempat. Dia ada cakap di bahagian dalam ( lepas masuk boarding ) ada ruang nak sembahyang. So kami yang memang tengah tak ada benda nak buat terus masuklah nak solat. 
Cari punya cari tak jumpa. Tanya salah seorang pegawai airport tu ada tak bilik utk solat..dia geleng..cakap tak faham. Saya cari lagi tapi yang jumpa bilik untuk menyusu baby...lupa lak nak snap pic..lawa bilik tu..siap sofa ada katil untuk baby..bilik pun warna warni aje..kami cadang nak guna bilik tu aje utk solat. cara lain kena solat dekat tmpt open la...tapi dah ada bilik tu..lebih baik guna kan? 
So kami tanya another officer kat sana blh tak guna bilik tu kejap...saya tak sure sama ada dia paham atau tak tapi dia angguk cakap yes 3 kali so..saya anggap dia fham ajelah ya...mula ingat nak solat sorang2 takut tgh solat ada yg nak guna bilik tu..tapi memikirkan ruang pun cukup dan lebih pantas, jadi kami kunci bilik tu dan solatlah dengan amannya. Alhamdulillah....tanggungjawab yang satu tu dah tertunai. Elok aje kami lipat2 telekung, ada sorang ahjumma ni masuk nak basuh botol baby...muka dia pun terkejut..aigoooo..apa yang 3 manusia ni buat dlam bilik ni..saya senyum je...
Selesai semua, kami join family yang lain yang sudah menunggu. diaorang solat kat tempat open. dan lepas tu off we go to jeju. 
sampai jeju, cuaca makin sejuk...infact jamilah dah memberi amaran jeju lebih sejuk walaupun suhu jeju tidak akan mencecah -ve darjah celcius tapi dia sejuk sebab angin yang kuat. 
Masa sampai hujan turun dengan lebatnya. perjalanan kami diteruskan ke Mysterious Road. Kat sini memang pelik bin ajaib sebab bila sampai kat jalan ini..bas atau mana2 kenderaan boleh bergerak sendiri walaupun enjin dimatikan. Mind you..jalan yang digunakan bukan menuruni bukit ya..tapi mendaki. Apabila kita berada di dalam bas..kita akan terasa bas seperti menuruni bukit tapi sebenarnya bas sedang mendaki tanpa menggunakan enjin. Jamilah kta ini ilusi...hahahah...lepas tu kami diajak turun untuk menyaksikan sendiri keadaan itu. Walaupun hujan tapi saya tak nak lepaskan peluang. kami melihat giliran bas dan kenderaan lain pula berjalan di laluan itu. Salah seorang remaja di situ siap buat demo lagi. dia meletak botol mineral di atas jalan. dan ternyata botol itu bergerak mendaki bukit. pic ada dalm phone hubby..malas lak nak transfer...

kenderaan yang menunggu untuk melalui laluan ini

Di sini tak lama..sekejap aje. Kami terus ke Yongduam dragon's head rock. Kat sini diceritakan mitos bahawa ada sebuah batu yang menyerupai kepala dragon yang telah disumpah oleh dewa apa ntah...tak ingat. Badan dragon tu tertanam di laut sementara hanya bahagian kepalanya sahaja yang timbul. 
ada rupa kepala naga tak? hehehhe

Yang ni sampai berbungkus ni sebab sejuk sangat ok...

Kat sini pun tak berapa lama sebab hujan makin lebat dan hari sudah semakin gelap walaupun jam baru pukul 4.30 mcm tu...kat sini pukul 5.30 dah macam waktu isyak ok..memang pun isyak kat sana 6.30 dah masuk...huish..kalau puasa time2 ni mmg best kan?  
kat sini jamilah bagi masa sampai pukul 6. so..sapa yang habis awal boleh terus ke kedai makan ( dia tunjukkan sebelum tu) untuk dinner. Saya, hubby dan sarah terus ke souvenir shop nak bajet2 harga kan.Nasib baik jamilah pesan..kalau nak beli hanya beli barang yang berkaitan jeju sahaja sebab yang lain mahal. boleh beli di seoul. Beli yg jeju pun sebab kat tempat lain memang tak ada...so...kami survey2 dulu..sebab esok masih ada masa lagi di jeju...

Hoyey..tamat hari pertama...amboi hari pertama sampai 3 n3..malampau betul..nasib lah korang ya..kalau rajin..bacalah...Nanti masuk hari ke dua...ke mana? ke tempat penggambaran cerita JEWEL IN THE PALACE...yeah..my fav drama tu...

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...