Wednesday, December 12, 2012

Satu Catatan perjalanan ~ KOREA ( Arrival)

Salam....
Hmmmm...macam mana nak mulakan catatan perjalanan ini ya...? Kalau bermula dari awal huwaaaa...memang panjang sangat kot..hahahha...tapi kalau terus jump  cut..rasa tak best pulak kan...jadi...saya menulis ikut jari..kalau jari rajin..panjanglah...kalau jari malas..maka..lihat gambarnya sahaja ya...sila bersabar dengan karenah jari saya ya...
Okeh..perjalanan saya ke Korea adalah selama 8 hari 6 malam bersama Apple Holidays Muslim. Kali ke dua saya guna travel agensi selepas menunaikan umrah tahun 2010 lalu. Sebelum pergi, saya memang buat sedikit research sama ada mahu pergi sendiri atau ikut pakej...tapi mengenangkan tujuan saya mahu berehat-rehat mencari ilham..jadi saya buat keputusan ikut pakej..lebih senang sebab semuanya disediakan...konon bercuti mahu menghilangkan stress, nanti bertambah stress kalau trip ala2 backpackers kan.....

Metty yang jeles..la la tu jugak ajak laki p korea..


Trip kali ini disertai seramai 15 orang dewasa dan 2 kanak-kanak yang merangkumi 4 buah keluarga sahaja. Pada awalnya masa check in kami saling jeling menjeling dan pandang memandang sahaja. langsung tak bertegur sapa..maklumlah..tak kenal kan...lepas check in luggage, metty dan abang mahazir balik terus ke tg malim. nak suruh depa tunggu pun kesian kat qisya n adni yang nak tido. lagipun metty siap cakap."aku tak boleh lama2 duduk sini..jeles sebab tak dapek ikut ke korea" alahai kesiannya...lepas tu kami dinner dulu sambil menghabiskan masa kat secret recipe. Kami bertolak pada pukul 11.30 malam dengan menaiki Korean Air. Mak aiii..dua tingkat punya flight. Punyalah ramai manusia tak boleh dicakap. masa menunggu nak masuk kapal tu mmg dah ala2 dekat korea dah sebab memang kami aje yg muka coklat kat situ. sambil beratur sempat juga usha2 cari oppa hensem. Dengar majotiri bercakap dalam bahasa korea pun dah rasa sangat2 excited okeh...
Masa baru duduk so senyum lagi..lepas tu amek ko...
Bahagian dalam kapal memang besar dan luas...Seat sarah terpisah dengan kami. Dia duduk dengan bakal roomate dia kat korea nanti. manakala saya dengan enche suami dapat seat double untuk kami aje..hoyey..ada lebih ruang disebelah kiri saya.
Perjalanan selama 6 jam. Ok..tak adalah lama sangat. Tengok muka pramugari depa mmg terkedu le..cantik sangat...dalam hati dok kata..ni tak jumpa lagi muka artis ni..setakat prmugari dah lawa macam ni...saya cakap dengan sarah..kita yg pompuan tgk pun rasa kagum apatah lagi kalau lelaki yg memandang kan...tak kisah ori ke tidak  tapi mata yg sedang memandang ni sesungguhnya depa mmg cantik2 belaka.
Rasanya udang tu yang sedap aje kot...
Makanan dalam flight biasa2 saja. Sedap lagi makan masa naik qatar dan Gulf airways...sebelum take off pun pramugari datang cakap kami akan dapat muslim meals so..depa letak satu sticker kat kerusi kami menandakan makanan kami lain dari yang lain. Cuma malam tu mereka cakap makanan semua halal, so boleh makan apa saja. So...tiada keraguan di situ.
Terus terang, perjalanan pergi benar2 membuatkan saya rasa gelisah. Mungkin sebab terlalu ramai penumpang sampai saya sendri rasa panas dan lemas macam tak cukup udara nak bernafas. 6 jam bagi saya mcm 16 jam. memang seksa nak menunggu sampai ke korea. Sepanjang malam saya mampu tido 2 jam sahaja dan selebihnya saya tengok movie dan mengelisah. Pergi Spain yang berbelas-belas jam tu pun tak ada mcam ni rasanya.
Pukul 6.30 pagi waktu tempatan, Alhamdulillah kami akhirnya sampai di Incheon International Airport. Mengharungi security yang agak ketat namun mujur tak ada masalah apa-apa.
Enche suami dengan SITI JAMILAH ABDULLAH ( hahahaha)
Lepas ambil luggage, Liza yang menjadi tour leader kami memperkenalkan kami dengan tourist guide yang akan menemani kami selama 8 hari di korea ini. Miss Jennifer Shin, warga korea yang pandai berbahasa melayu..Hahaha..siap suruh kami panggil dia Siti Jamilah lagi. dan dia cakap ct nurhaliza tu adik dia.
Kami diberi masa setengah jam untuk ke toilet dan membuang dan membersih apa yang patut. Siap kena kuarkan winter jacket sebab cuaca amat sejuk...wahhhhhh..tak sabarnya....so..kemanakah destinasi pertama kami di bumi Korea?
Bersambung di lain masa ya....tunggguuuuuuuuuuuuu...

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...