YA ALLAH..Kau permudahkanlah perjalanan kami pergi dan balik...Aaminnn...
Saturday, November 24, 2012
Wednesday, November 21, 2012
Tuesday, November 20, 2012
PRAY FOR GAZA
"Ya Allah...
saudara2ku di GAZA wafat...
maka ampunilah semua dosa-dosanya...
masukkan saudaraku kedalam golongan Syuhada...
serta masukkan kedalam Syurga-Mu..
Ya Rahman Ya Rahim...
berilah kesabaran pada keluarga yang ditinggalkan...
berilah kekuatan lahir dan batin..
YaRabbul Izzati..
turunkanlah bala tentara langit-Mu untuk menghancurkan Israel.. mereka dengan telah nyata-nyata mengabaikan keberadaan-Mu..
dan mereka akan menghancurkan Gaza..
turunkanlah pertolongan-Mu Ya Allah...
hancurkan Israel, seperti ketika Engkau menghancurkan tentera Abrahah..
Ya Allah...
berikanlah kemenangan kepada pasukan-pasukan Muslim Palestin, dalam menghadapi serangan Yahudi Israel...
yang nyata-nyata telah membuat kerosakan di muka bumi-Mu ini Ya Allah..
mereka melarang negara-negara Muslim memiliki senjata2 nuklier...
tapi mereka nyata-nyata mengembangkan senjata-senjata nuklier pemusnah, yang siap di luncurkan setiap saat, untuk menghancurkan umat Muslim..
Ya Allah YaIllahi...
Halangi-lah pandangan tentera jet tempur Israel...
sehingga mereka menjatuhkan bom di wilayah mereka sendiri..
hancurkan-lah pasukan darat mereka, seperti ketika Engkau memberikan kemenangan kepada Rasulullah Muhammad SAW, saat menghancurkan pasukan kafir Quraisy...
YaMuhaimin..
berikanlah kemenangan kepada para Mujahidin Palestin, seperti ketika Engkau memberikan kemenangan besar kepada pasukan Salahuddin, ketika menghancurkan bala tentera salib...
satukanlah paksi-paksi yang terpecah di Palestin, agar mereka istiqamah menghadapi Israel..
Ya Allah Yang Maha Penyayang...
saudara-saudara kami sudah berjuang, dengan segala cara menghadapi zionis Israel...
dengan sekutu Amerika yang selalu membantu mereka...
hancurkan-lah kedua bangsa ini, seperti Engkau menghancurkan kezaliman & kesombongan Firaun.
Ya Allah..
Kabulkan doa kami ini..
Allahuma Ammen
Friday, November 16, 2012
TERTULIS BUAT KITA REPRINT
ALHAMDULILLAH...Syukur ke Hadrat ALLAH SWT. Saya sungguh tidak menyangka TBK diulang cetak tidak sampai sebulan dia berada di pasaran. Dan dengan lambakan pelbagai jenis novel di pasaran, karya-karya saya masih mendapat tempat di hati pembaca. Jadi..kepada anda dan anda yang menjadi pemilik TBK ini, saya ucapkan jutaan terima kasih...Mari sama-sama doakan agar satu hari nanti ada tambahan 0 dibelakang nombor 2 itu nanti...InsyaALLAH..Aamiin.....
'Baca dan Ulas' ~ 6 hari lagi
Salam....
Masih ingat lagi dengan peraduan yang saya jalankan? Well, tempoh akhir peraduan ini sudah hampir tiba ke penghujungnya, iaitu kira-kira 6 hari atau seminggu sahaja lagi. Ketika ini saya sudah menerima beberapa penyertaan daripada pembaca. Ada yang pm saya di fb supaya tarikh akhir penghantaran ini dilanjutkan sehingga 30 hb...tetapi terus-terang saya tidak dapat berbuat demikian kerana saya akan ke Korea 24hb. Jadi tarikh yang diberikan itu cukup sesuai untuk saya memilih 5 pengulas terbaik yang menyertai. Senang saya nak bajet lelaki ke pompuan..dan senang nak cari apa di sana nanti. Hadiah juga saya sendiri samar2 lagi mahu membeli apa. Tunggu sahaja saya tiba di sana, dan mungkin saya akan dapat idea, walaupun secara dasarnya saya tahu hendak beri apa..hehhehe..InsyaALLAH harapan saya agar ALLAH mempermudahkan segalanya. Aamiin. Gud luck kepada pembaca yang menyertai peraduan..agak-agaknya siapa yang bertuah dapat cenderahati dari Korea itu ya?
Wednesday, November 14, 2012
Taiping - Batu Gajah - Tg Malim - Pahang
Salam...
Weekend lepas saya dan family ke Pahang, to be exact Jengka 3, untuk menghadiri majlis perkahwinan my cousin punya anak. Last saya ke sana pada tahun 2009 kerana sepupu masuk Hospital Temerloh kerana serangan jantung. Kami memang terlalu jarang ke pahang..mungkin jarak yang jauh dan masing-masing sukar mendapat cuti menyebabkan pahang selalu tidak berada dalam senarai destinasi kami. kakak saya yang sulung dan sarah adik saya lagi pulak...kali pertama diaorang sampai pahang pada tahun 1994, iaitu semasa aarwah abang mak saya meninggal dunia. Walaupun arwah adik saya bernikah dengan orang pahang, namun setiap kali kami ke sana untuk merisik, bertunang dan majlis kenduri, masa2 itulah mereka berdua ni ( kakak dan adik) tak dapat ikut. Selalunya ada saja aral yang melintang. sama ada periksa spm, beranak, periksa final kat U...etc etc. pendek kata mmg banyak hal lah yang memungkinkan depa tak boleh ikut. Jadi selalunya banyak muka saya ajelah yang ke sana.
Kami memulakan perjalanan petang Jumaat. Saya balik kerja pukul 3, terus balik rumah..kemas baju saya dan Mr K...dan in the same time, sarah pulak baru balik sekolah di Trong...dengan tak sempat mandi atau berehat..sarah hanya bertukar kereta. Dari kereta dia, naik terus kereta adik lelaki saya. Kami tidak boleh berlengah kerana kakak saya ada appointment dengan kontraktor yang nak renovate rumah dia. Tiga kereta kami konvoi ke Batu Gajah. tot tet tot tet tambah awning..tambah dapur. elektrik nak tanam dalam..kami selesai bila dah malam...naib baik boleh jamak so..tak ada masalah nak cari tempat solat lak...Masa ni atun, adik bongsu pompuan saya dah ada di tg malim sebab teman kakak kedua saya, metty kena jumpa supervisor PHD dia kat upm...oleh sebab abang ipar saya kena outstation kat penang, so, atun le kena jadi driver dan peneman. Metty boleh drive tapi dengan dua orang anak yg berumur 2 dan baby 5 bulan..so imagine macm mana nak drive kan...hahhaha....
Sampai tg malim...dah pukul 10..masing2 kebulur....terlentang penat..memikirkan nak drive esok ke pahang lagi rasa penat...lepas subuh bangun..metty dan sarah buat sarapan kat dapur. buat sardine roll goreng dengan telur..3 keta masing-masing dapat tiga bekalan makanan, air teh panas dan air masak. hahahah...senang..sarapan dalam keta...tak buang masa....oleh kerana saya yang paling familir dengan route kkb, batang kali dan genting..saya yang lead dulu..yg lain i folo ajelah....
Perjalanan memula ok sehinggalah saya salah exit di kuala kubu baharu. Sepatutnya untuk ke batang kali, saya harus masuk kanan namun saya terus...tiba2 aje perasan sudah berada di kaki bukit..alamat ni gaya2 kalau terus sampai ke Fraser Hill ni...jadi...terpaksa patah balik dan dalam dok ingat2 lupa, jumpa masjid di kkb yang jadi landmark saya jika nak ke BK..Alhamdulillah..jumpa...dalam dok lambat2 tu siap singgah di econsave lagi untuk beli hadiah...hahaha...bayangkan pukul 8 pagi econsave tu baru aje bukak kami dah serbu....
Perjalanan memula ok sehinggalah saya salah exit di kuala kubu baharu. Sepatutnya untuk ke batang kali, saya harus masuk kanan namun saya terus...tiba2 aje perasan sudah berada di kaki bukit..alamat ni gaya2 kalau terus sampai ke Fraser Hill ni...jadi...terpaksa patah balik dan dalam dok ingat2 lupa, jumpa masjid di kkb yang jadi landmark saya jika nak ke BK..Alhamdulillah..jumpa...dalam dok lambat2 tu siap singgah di econsave lagi untuk beli hadiah...hahaha...bayangkan pukul 8 pagi econsave tu baru aje bukak kami dah serbu....
Murni..kakak sulung saya |
Sarah yang tak habis2 tanya soalan " dik ah cantik tak?" |
yours truly wit Mr K dan Ana ( Isteri arwah adik) |
Atun, Ana, emak dengan Daifull, Hadiff dan Arumi
Atun dan Daiful |
Lepas Tol Temerloh...sesi membuang apa yang ada..hahahaha |
Ayat mak.." korang ni tak habis2 begambar aje..." |
Perjalanan ok sehingga memasuki negeri Pahang. Sepatutmya kami harus exit di Chenor untuk ke Jengka 3. Tapi saya sangkaan saya, saya perlu exit di temerloh dan teruskan perjalanan mengikuti jalan maran-kuatan untuk sampai ke jengka. tapi saua ikut jalan jauh rupanya. Sampai memanglah sampai..tapi bertanya jugaklahh 4 5 orang sebelum nak sampai tu...perjalanan yang jauh jadi semakin jauh...Siap lihat eksiden depan mata lagi..mujur tak mati..kalau tak mmg trauma saya..akhirnya bila dok merayau tgh cari jalan tu, jumpa kedai makan n decide nak tanya salah sorang manusia yg tgh makan di situ. Nasib kami baik bila tup2 tertanya orang kampung jengka 3 tu terus..wahhhh...Alhamdulillah..terus dia bawak kami ke rumah berkenaan. Ayooo...malunya rumah saudara sendiri pun boleh sesat...hahahahhaa.
Masa sampai tu kenduri pun ala2 nak berakhir dah...tak sempat nak camwhore dengan pengantin sebab semua dah penat sangat sebab sesat. Kitaorang biasalah sembang2 ala kadar lepas tu semuanya tumbang tido...hahahaha...
Esok lepas subuh baru cover balik...saya dan sarah masak nasi goreng....masak untuk ramai orang tu...nasib baik sedap nasik goreng kami...hahahhaa..puji diri kejap..tapi mmg sedap pun sebab Mr K rajin tolong tumbuk ikan bilis goreng bagi tambah perasa...lepas makan2 dan mandi2 kami bertolak balik semula ke TG malim...perjalanan kali ni lebih mudah lancar dan tidak memakan masa yang lama sebab kami mengikut laluan yang betul...jalan yang diredhai ALLAH..hehehehe
Singgah genting sempah untuk tapow makanan...naik genting..jalan makin perlahan..jem...tup2 dengar berita di radio ada kejadian tanah runtuh di area goh tong jaya..er..er.er..seriaunya dengar..walaupun tak ada kemalangan maut tapi dengan kejadian yang masih fresh..mesti cuak nak lalu kan..tapi oleh sebab dah terstuck kat jalan tu..apa boleh buat terpaksa bertabahlah....
Tahniah buat Anita dan Fazli.... |
Jalan yang jammed |
bersusun kereta kat depan dan belakang...masa ni siapa pakai keta auto nasib baik le... |
Antara tanah yang runtuh...banyak2 tempat..tak dapat nak bayang kalau dia runtuh sekaligus..nauzubillah... |
Pukul 3 sampai tg malim...cari kedai makan kebanyakkan tutup...berpusing2 kami cari kedai sebab masa tu kalau hidang kerbau..tu mmg habis rasanya kerbau tu..hahahhaa..last2 ijat adik saya cakap..korang balik le dulu..kitaorang p beli makan...Alhmdulillah..tu yang nak dengar tu...balik rumah lepak dan malam tu lepas maghbrib cau cin cau balik Taiping balik....Alhamdulillah..lega..semuanya selamat sampai....La ni sarah berada di kelantan...mak dan atun n daiful pun tadi bertolak ke kelantan...huwaaaaa....penatnya dengar....
Monday, November 05, 2012
REVIEW TBK dan JK
Salam....setelah sekian lama agak menyepikan diri, akhirnya adik saya ni memunculkan dirinya semula beserta review panjang lebarnya..untuk Jahn... terima kasih banyak ya..
Assalamualaikum semua,
Okay, saya telah menelaah Tertulis Buat Kita (TBK), ya… Sorry Kak Dhiya… lama sangat, kan… baru nak baca but the wait worth the while lah… JIMMY ROCKS! AS EVER!
Dengan rasminya saya hendak mengumumkan di sini saya akan cuba mengorat
seorang awek dengan cara Jimmy tersebut… hahaha! Boleh pulak!… But I prefer not to do oldies, jangan risau, bukan KPOP either… Anuar Zain maybe… boleh?
Hahaha…
Okay, let’s get to the review.
TERTULIS BUAT KITA
Hmm, what to say ekk…
Jimmy ROCKS… Auni, probably the most female character yang ada variety pernah DZ nukilkan… I
like her (Auni!), she got lots of things going on… so, it adds up to
what the story is all about, how the story would go and what happened
when she get her nerves on… but, that was it lah, when a character is
portrayed up to her full potential, she gradually becomes dull in a way yang macam boleh buat orang fikir, is that her full potential?… but, in TBK, her potential would got as freak as that lah, sanggup bunuh suami sendiri… COOL!, jarang sungguh berlaku dalam novel-novel melayu, memang nampak tak logik but, don’t complain, it’s fiction… and a writer’s imagination is not to be blamed, okay!
Okay, sambung… about Auni again… in the beginning we can see how, ermmm… biasa she
is… just a girl who works at a home stay, which happens to be her
family business… then, you can see how AWESOME she REALLY is when she
kick those as**ole’s butt of the boat, how cute she actually is when she
acts all scared of a cockroach… how lovable she is when she was giving
the bihun goreng Singapore to Jimmy… how clumsy she is when she jumped
into the water although Jimmy has yet to count until 3… how jealous
she’d became to Afi not knowing who Afi really is… how in love she is
when she realizes her feeling towards Jimmy , like that one she was
trying to save Jimmy Oppa at the sea, sanggup tu rempit jetski sepam mencari Oppa dia, tak ke cinta maut tu… (Jimmy-Hyung, you rock!)…
But things get really disturbing when she knew what Jimmy did… you
can see how frustrated she is to know what really happened to Jeffri…
how out of place she had became just because she couldn’t accept
Jeffri’s death… how torn she be to choose loving the ‘2 Abangs’…how
furious she be when she said she knows, how hypocrite she is to trick
Jimmy for believing she’d forgave him, and I’m sure about this one… HOW
UNBELIEVABLY DREADFUL SHE CAN EVEN THINK TO END JIMMY’S LIFE… her own
husband… (I must admit, this is DZ’s ultimate absurdity she has ever
commit, yet… thumbs up… Kak! Noona’s AWESOME too…)… if it’s unbelievable
enough to think that Auni can picture her hubby dead… just think of how
spitefully villainous she can be to pull that trigger straight to
Jimmy’s buff chest? Acting out of despair? I guess that was the only
justification she can really have, kan? After that, you can also see how
ragged she became when she regained her conscience back but what was
that for, she already ‘killed’ him… there’s a lot of transition of how
this character changes from one part to another, and that was nicely
arranged. Though at some part I do think that Auni’s change of heart was
too fast but it doesn’t really jeopardy the whole story telling… I
don’t think people would really detected and noted about that, so… what
they don’t know won’t hurt them, tak gitu kak? kan…
Okay, moving on… Jimmy is still No. 1 to me… this will yet to
change… (Izz Karami don’t sulk, you know you’re of without equal, Jimmy
is right a step behind you, if Jimmy No. 1, you’d be ORIGIN! Okay,
bro!)… back to my Hyung…, it would be not enough for reader to only read
TBK to know Jimmy, if you hadn’t read Jauh Kau Pergi (JKP), please get a
copy of that novel, that one is AWESOME… too.
What was with all those English talking? huhh…
Okay, watak dan perwatakan Jimmy dikembangkan dengan baik
sekali… sebagai hero. (Alah, macamlah dalam JKP dia bukan hero!), saya
dapat rasakan yang DZ lebih menyukai Jimmy berbanding Rif… entah kenapa
tetapi Jimmy selalu nampak lebih terkesan sedikit berbanding Rif
walaupun dalam JKP. Betulkan saya kalau saya silap, kak… ya? (tak payah
bagi jawapan Akak tak beza-bezakan hero-hero Akak… dah macam drama TV1
kang, “mak tak pernah bezakan anak-anak mak!” gituuuu!!!). Okaylah serius sikit, Jimmy… pada saya seorang yang sangat perkasa dan heroic, epically pictured, kak… AWESOME LAGI! Machismo has been taken to another level, again… but
pada sayalah, walaupun Jimmy pernah menjalani sebuah kehidupan yang
cukup menakutkan tetapi dia tidak seperti Izz, Rif, Jad mahupun Sid.
Jimmy nampak relaks. Akak intended to do that ke? Jimmy hanya
ada kesan parut di belakang badannya sahaja untuk menunjukkan dia
betul-betul pernah terseksa. Apabila Auni berkeras-keras mahu tahu
tentang parut itu, Jimmy just bagitahu macam benda itu seperti
takde apa-apa sangat… tak macam Izz dan Rif kalau mereka berahsia… kalau
Izz kita tahu dia macam mana, Adni tak paham bahasa sikit, dia maki
terus dalam Rindu Belum Berhenti (RBB), kalau Rif pulak, sampai sudahlah
Afi tak tahu pasal Nadia kalau dia tak pergi ke dapur malam itu, itu
pun Rif takde nak berkongsi dengan dia pun… last-lastnya, Jimmy jugak yang bagitahu apa yang sebenarnya jadi kepada Rif dengan Nadia tu… but, it’s okay, tidak mencacat celakan cerita pun, itu menunjukkan Jimmy lebih firm,
dan berhati waja… lagipun dia bunuh Jeffri pun sebelum dia tahu siapa
Jeffri sebenarnya, sebab tu lah dia tak rasa bersalah, kan… lepas Auni
tunjuk gambar itu je dia jadi nanar macam itu, 2 bulan je, tak lama… tak
macam Izz dengan Rif, bertahun-tahun…
But don’t get me wrong, Kak Dhiya… just because I am Jimmy’s No. 1
fan doesn’t mean there’s no weakness… hehehe, time to be cruel…
Kak… saya disturbed gilalah dengan kesalahan ejaan ni… macam lagi banyak daripada biasa je ni… apa citer? Akak letih ke? Proofreading department tak keje ke? Amboi kau! hehe…
Action kurang la, kak… sikit sangat… tak macam biasa gak… next one sila tambah lagi, buleh? It’s Jimmy, kak… he should’ve got more machismo moment… takde lah kecewa tapi… not enough je… hehehe, complain banyak pulak, kan…
Rasanya itu jelah apa yang saya tak puas hati kot. Other things worth mentioned:-
- Bukannya Afi sahaja yang buat Rif confuse siapa ‘abang’ dekat sini, Jimmy ke Rif?… Auni pun sama… Jimmy ke Jeffri?
- Rif tu memang semulajadi seorang yang ‘fizikal’ ke, kak? Ke saya yang dah pengaruhi akak? Tahulah tentera… Hahahaha!!!
- Macam dapat rasa yang akak akan kembangkan watak Eddie Sufian aje, kan… kalau bukan in his own full novel mesti dia ada dalam next novel sebagai second hero, kan… sesiapa ada feeling ni gak?
- Tagline “Aku bukan orang pertama yang kau benci, tapi percayalah… kau orang pertama yang kucintai”, ni Jimmy ke Auni cakap ni… macam both applicable… kan?
- Walaupun tidak ada scene ‘hot-hot’ tapi hint ‘hot-hot’ itu ada, people fantasize juga, kak… good job, gituuuu, kan! macam honey moon kat pulau tak bernama tu dan Rif yang a couple times jugaklah berperangai macam kuda kelaparan tu… hahaha!
- Saya cukup suka dengan bromance antara Jimmy, Rif and the three stooges tu… teringat zaman-zaman student dulu…
- Yang scene loceng bawah katil tu EPIC! Nanti abang saya kahwin sumpah nak buat camtu!! ni pengalaman sebenar ke apa ni, kak? ngehehehe!!!
- Salah satu scene yang saya terkesan adalah konfrontasi Afi dan Auni dekat hospital itu… emotionally effective, kak. Nice!
- KOMANDO HAIYAN RIFQI AKHIRNYA MENYANYI… tetapi saya agak-agak sure yang suara dia lebih kepada lagu gerak khas je, kan… btw, what song was that? Puitis sungguh…
- Siapa sebenarnya Shah? Macam mana dia kenal dengan those commandos? Akak just left it blank there… Akak just kata dia kenal Jimmy sahaja… ke ada yang saya terlepas pandang?
But, overall… naskah ini adalah cukup berbaloi untuk dijadikan koleksi
kepada peminat-peminat novel genre Action Romance a.k.a JIWANG BRUTAL.
(chewah nasihat orang, kau baca lambat…)
But, overall… naskah ini adalah cukup berbaloi untuk dijadikan koleksi
kepada peminat-peminat novel genre Action Romance a.k.a JIWANG BRUTAL.
(chewah nasihat orang, kau baca lambat…)
BURU BAYANGAN LUKA
Rasanya tak adil kalau saya tak sertakan sekali review tentang short story karya DZ ini sekali, kan… after all, Adha Hijazi is a macho himself too… and the heroin is still the A’s…
So, how to start… the story I consider as the best in the Anthology… Jiwa Kacau. The other stories are quite interesting also,
seperti Dendam Bunga Dahlia karya Lynn Dayana dan Menari Dalam Duka
karya Attokz Dikulgai. Attokz pada saya punya ilmu yang bukan sedikit
sehinggakan boleh menulis sesuatu yang cukup informatif seperti itu,
semacam membuat satu pembongkaran sahaja lagaknya. Surely, he did his homework first before starting to write cuma endingnya sahaja
yang pada saya kurang memberansangkan. Karya sebagus Menari Dalam Duka
sepatutnya dipanjangkan menjadi sebuah novel penuh, Arzam Domino punya
potensi yang cukup besar kalau dia berada di dalam sebuah novel sendiri.
Lynn Dayana pula pada saya, seorang penulis prolifik yang cukup baik,
gaya bahasa yang konsisten dan penceritaan yang tidak meleret-leret
walaupun terdapat ramai watak pada sebuah naskah yang pendek… focusedlah kalau hendak diterangkan bagaimana. Juga cerita yang tidak berakhir dengan satu jaw drop
yang bukannya disebabkan oleh kagum. Maknanya ending dia okaylah… tak
seperti sesebuah karya itu, yang sukar difahami pengakhirannya atau
cerita berakhir dengan pengakhiran yang cukup rapuh (bahasa kesatnya,
hampeh).
Ini nak citer apa sebenarnya ni?
Okay-okay… nak briefing sikit aje tadi… okay let’s get down people…
Adha Hijazi, teman sekerja Ziyad Sidqi, protagonis Hati Bergetar Rindu
(HBR). Dia seorang lelaki normal pertama yang dicipta oleh DZ… At least
dia nampak normal lah, tidak ada masa silam yang menyakitkan… cuma
present yang sedikit buat sakit otak sahaja semenjak takdir menjodohkan
pertemuan dengan Azalea Soraya, gadis kaya yang ada problem sikit.
Entah mengapa apabila saya membaca BBL, saya jadi automatik teringatkan
RBB tersangat-sangat… ehh… BBL, RBB… Buru Bayangan Luka Rindu Belum
Berhenti… hahaha…
Premis cerita triller yang boleh dikatakan agak berkesan juga… kesan triller itu ada dan pada suatu-suatu bahagian ia memang intriguing. Sampai kita jadi DIPASTIKAN yang jahat dan ada niat jahat itu orang lain, dan at some point DZ twist balik benda itu jadi 180 degree… then, twist semula sampai lengkap satu putaran bulat yang membuatkan orang pening sekejap. Nice work, kak…
Pernah sekali saya chat dengan DZ di FB, katanya ada sedikit kesalahan dalam BBL… but she must have done a very good work lah kerana saya tidak nampak di mana, I thought it was PERFECT! Dia
ada kata juga sengaja nak sedapkan hati dia atau betul-betul… saya
katalah betul-betul… sebab memang betul. As a reader, saya rasa saya
tidak salah mengatakan yang karyanya adalah yang terbaik di dalam itu.
Kerana apa?
Kerana pertama… prolognya membawa pembaca untuk mengenalpasti cerita ini
berkisar tentang apa dengan mudah. Tidak langsung susah difahami kerana
sesiapa yang mengikuti penulisan DZ pasti faham, yang DZ tidak
menggunakan bahasa yang menyusahkan. Some of our writers punya bahasa yang agak berbunga-bunga dan bersemak-samun.
Dan keduanya, harus diingat, it’s a thriller so, make it like one.
DZ bukanlah penulis triller no. 1 di Malaysia. Saya tahu dan faham
kenyataan itu. Saya sendiri mengikuti penulisan Ramlee Awang Murshid,
brader tu legend… tetapi bagi seorang penulis wanita, DZ pada
saya cukup berani kerana bermain dengan gaya yang seperti ini.
Pengalaman mematangkannya dalam menulis genre Action Romance dan kini dia cuba ke arah lebih sedikit thrillernya… tetapi sesiapa yang membaca pasti akan sedar unsur-unsur Action Romance
a.k.a JIWANG BRUTAL itu jelas terpampang di situ, kan? Sekali tengok
pun dah boleh tahu yang Adha memang ada hati dekat Lea. Apatah lagi
apabila Sid pula makin mencucuh-cucuh perasaan itu kepada Adha. Pernah
juga sekali saya berbual dengannya di FB, katanya nak buat tak ada
cintan-cintun… tetapi DZ nyata gagal kerana… that’s her style… ACTION ROMANCE, JIWANG BRUTAL! If you’re eating, swallow it whole… saya pun tak faham analogi saya… So, in the end saya simpulakan genre BBR adalah ROMANTIC THRILLER. Boleh?
Ketiganya, perkara yang paling basis dalam story telling,
penceritaan yang kena pada tempatnya, klimaksnya pada saya berkesan
walaupun agak biasa tetapi sekurang-kurangnya tidak anti-klimaks macam
satu-satu karya itu. Dalam BBR, pada awal pembacaan saya sudah detect
yang penjahat sebenar adalah Azira. Kan tadi saya ada kata yang BBR
mengingatkan saya kepada RBB, jadi saya dengan automatik membayangkan
Azira itu sama sahaja dengan Murni. Seseorang yang berlagak baik tetapi
menyembunyikan niat penuh tembelang di belakang. TETAPI, seperti yang
saya kata juga DZ twist cerita dengan MENAMPAKKAN Dr. Badrul
seakan-akan ada niat jahat. Dan sejujurnya saya juga mencurigai Puan Sri
Zuraidah apabila tahu dia bukan ibu kandung Azalea. Itu yang saya
maksudkan dengan twist semula menjadi 360 darjah. DZ tahu,
walaupun orang boleh mengagak siapa antagonisnya, dia tetap harus
menimbulkan unsur suspen dalam ceritanya. Dan nyata, penulisannya
menjadi. Sekurang-kurangnya saya dapat merasainya. Dan saya yakin juga
ramai turut mengakuinya.
Keempat, ending yang dramatik. I don’t want to spoil the surprise kepada yang belum membaca, so
dapatkan naskah Jiwa Kacau anda sekarang. Dan epilog yang sememangnya
menjadi pilihan setiap pembaca setia karya-karya DZ, harus ada happy ending… bukan… pada saya endingnya adalah romantik dan sentimental. Walaupun takdelah jiwang mana tetapi the thought is there… sesiapa yang membaca akan membayangkan suatu permulaan yang baru buat kedua-dua watak…
Dan alangkah baiknya jika Adha dan Azalea dipotraykan semula dalam satu naskah lain, say… selepas Kifli Arami? Sebagai cameo pun tak apa… mesti pembaca nak tahu apa yang terjadi kepada mereka, kan…
Saya tidak ulas terlalu banyak tentang kedua-dua Adha dan Azalea kerana…
Adha seorang lelaki normal… tidak ada konflik dalam diri melainkan
kehadiran Lea yang membuatkanya jadi tak senang duduk. Manakala Lea juga
tidaklah mempunyai konflik yang terlalu membawa pandemik sangat.
Lagipun, dia sudah semakin sembuh dan ada keinginan untuk sembuh tidak
seperti the A’s yang lain sedari Alia sehinggalah Auni yang punya masa silam yang bernanah.
Pun begitu… BBR adalah naskah yang tidak mengecewakan langsung. Masih
boleh dinikmati semasa minum petang. dan menyambung dengan peneman
sebelum tidur.
Sekian, terima kasih!
Wassalam…
Subscribe to:
Posts (Atom)
OFFER HATI BERGETAR RINDU
OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss) termasuk pos throwback 🔙 novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...
-
Mutiara kata merupakan “ kata-kata yang terbaik, disusun dalam ayat yang terbaik, untuk melahirkan pemikiran yang terbaik. Dengan kata yang ...
-
# throwback 🔙 yang seterusnya ✌🏻 Kali ini tentang novel # jauhkaupergi Terbit Julai 2010. Saya masih ingat lagi masa ni saya dah...