Tuesday, May 10, 2011

KUIZ JIMMY & AUNI

Salam...

Minggu lepas saya telah mengadakan kuiz berkaitan watak utama manuskrip terbaharu saya di FB. Kisah ini masih panjang lagi sebenarnya sebelum ia boleh dikhatamkan. Jadi...semasa menulis, saya terfikir mungkin eloknya saya mengadakan kuiz ini..sementara pembaca menunggu saya menyiapkan..bolehlah menjawab kuiz yang ada kan...sambil menyelam minum air gitu..hehehe
Pembaca yang berminat untuk menyertai kuiz ini, haruslah membaca novel ke 4 saya iaitu JAUH KAU PERGI terlebih dahulu kerana jawapannya ada di dalam novel tersebut. Mungkin ada yang bertanya mengapa perlu begitu kan.....jadi sebagai jawapan kepada yang tidak tahu...Jimmy itu adalah abang kepada heroin JKP saya. Dan jawapan kenapa Auni membencinya memang terdapat di dalam JKP..anda cuma perlu membaca dan meneliti segala kemungkinan yang ada...hehhehe... saya pastekan semula soalanya yang dibuat oleh admin fanpage saya di sini...

"Dengan bangganya saya selaku wakil DZ (wah... camtu, kan...) nak berkata riak begini... kami nak buat kuiz... tentang Auni dan Jimmy...
soalan dia adalah...
Kenapa Auni bencikan komando? (sesiapa yang ada baca blog TBK dorang tahulah... kalau tak tahu, sila baca ni dulu 'http://jkp2.blogspot.com/2011/04/bab-10_28.html')



klu boleh didapati dari novel JKP...
apa yg anda perlu lakukan adalah:-
" baca JKP sekali lagi... (ulanglah berapa kali sampai anda jumpa scene itu dalm JKP (hehehe!!!) perlu DIINGATKAN disini yang scene itu sangat tricky, sekali baca atau baca sambil lalu jangan harap anda dapat jumpa, anda kena guna daya imaginasi anda untuk create something daripada scene yang sangat sikit itu, DIULANGI, sangat sikit dan kecil itu!!)
sertakan muka surat di mana anda jumpa jawapannya... (contoh: m/s 76, baris 24-30)
dan komen sedikit...(contoh: pada pengamatan saya, Jimmy tu mulut longkang sebab tu Auni menyampah dekat para-para tentera!! hahaha, melawak je... Jimmy tak hensem, kot!!)
baca novel ni balik untuk mencari klu... selamat mencuba!!
Ini Buku yg anda perlu BACA
Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat. Namun sesuatu berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih dari segalanya. Tetapi dia, ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Tetapi...menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia... aku sanggup hadapi segala-galanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia...aku reda. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?

Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam, untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi....namun aku tetap setia menanti...


oh, sebelum terlupa...untuk menghantar jawapan:-

sila berbuat demikian dengan menghantar email ke MESSAGE FACEBOOK Jahn Abas, Noor Shahira bt Ayob, Dhiya Zafira dan Nur Ezyan.


Hadiah?


hahaha...

mestilah ada!!!
Hadiah misteri menunggu anda...
tapi yang pentingnya adalah... anda boleh berlagak mengatakan yang Jimmy adalah milik korang kerana DZ menghadiahkan Jimmy free-free untuk anda... heheh...
tetapi hadiah misteri tu BETULLAH!! 5 hadiah misteri menanti 5 pemenang dengan jawapan yang tepat dan hujah serta komen yang paling menarik...semoga anda cuba dengan jayanya!!!
Amin!!!
selamat membaca dan menyertai kuiz ini ya!!
yang benar,
Crown Prince of Admin Jahn Abas (hahaha!! wakluuuu!!)
Your Royal Highness of Admin Noor Shahira bt Ayob (ahahahah!!)
Queen of Admin Nur Ezyan (queen tu!!)
P/S - Ada seorang pembaca yang sudah menjawab dengan tepat. Jadi masih ada 4 tempat kosong untuk dimenangi oleh anda...siapa cepat dan tepat...dia dapat..,hehehe

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback ๐Ÿ”™  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...