Wednesday, January 12, 2011

NBF menjadi HBR

Salam...

Sepanjang hujung tahun lepas, saya memang bergelut dengan manuskrip. Syukur kerana ketika ini manuskrip saya sudah dinilai dan diedit oleh editor saya. Saya juga sudah membuat pembetulan yang diminta. Tidak sangka kali ini manuskrip saya tebalnya melebihi had yang ditentukan..jadi saya terpaksa memotong sedikit bahagian mana yg tidak penting dan sudah tentunya tidak akan menjejaskan perjalanan cerita. Saya sudah mula cuak..kerana selalunya saya menulis saya melihat pada kiraan perkataan yang saya gunakan. Selalunya keseluruhan manuskrip saya mempunyai lebih kurang 112 ribu patah perkataan. Walaupun HBR ini terlebih sedikit perkataannya, namun saya tidak menyangka bila di susun dalam bentuk buku, ianya menjadi lebih tebal...
Kali ini juga, pertama kali saya mengedit dengan soft copy sahaja. Selalunya editor akan print out untuk saya..namun kali ini something wrong dengan pc dia, dan saya terpaksa mengedit dengan lappy ni..Aduhai..berpinar biji mata. Saya lebih suka membaca dengan kertas...saya prefer mss yang boleh saya pegang. Tapi tak apalah..biasa-biasakan diri..ya..mana tahu selepas ini ini cara yang terpaksa saya gunakan...Semasa editor emel mss, itu saya sempat baca beberapa page saja kerana weekend utk cuti new year itu saya bersama lynn dayana ke PD. Kami sepakat untuk tidak membawa kerja masing-masing....dan hanya berehat sahaja. Di langkawi, saya penat dengan segala macam aktiviti, jadi di PD ini saya nak rileks je..hehhe..tidak hanya PD, kami turun ke Melaka semata-mata mahu makan asam pedas..hahha..gila..Walaupun pantai PD ni tak berapa nak cantik, tapi bolehlah...sebab hotel kami duduk ada pantai sendiri jadi tak crowded mcm teluk kemang..dan lebih bersih...saya sempat berendam jugak..sementara lynn main air je..hahahha...
Eh...ni nak cerita apa sebenarnya ni...heheh..sambung bab manuskrip...bila balik dari PD...memang kerja mengadap mss baliklah..saya ingat lagi kata2 editor..' akak..awien cuti start rabu sampai isnin..lepas awien naik kerja..akak bagilah..." hehehe...Awien dah naik kerja..kerja saya masih tak siap2 lagi....lewat sehari, malam jumaat jam 12. saya emel pada dia...
Pukul 12.45 dia call cakap dah edit balik apa yang saya edit..hehhehe..( hmm..harap korang semua faham proses apa yg sedang berlaku ni)..mmg pantas.. novel saya sepatutnya akan dikeluarkan pada bulan april...tetapi atas sebab-sebab tertentu, ianya diawalkan ke bulan Mac...wah..makin suka saya..lagi awal lagi bagus..tapi mmg tak boleh awal lagi dah sebab bulan jan ni slot kak Norzailina Nordin..feb pula Slot Lynn...dan saya harap2 tidak akan ada perubahan yang berlaku nanti...
Dan seperti yang saya jangka, NBF itu tidak lepas tajuknya. Berbolak balik jugaklah saya dan editor mencari tajuk yang sesuai...dan akhirnya tajuk HBR ini diputuskan...terus-terang..saya tak berapa berkenan dengan tajuknya..hehhehe...tapi apa yg berlaku sedikit sebanyak silap saya jugak..jadi saya tak nak terlalu memikirkan pasal tajuk tu...apa pun..isi kandungannya tetap sama...kan...so...pembaca sekalian..dont judge a book by it title ya..hehehhe...HBR itu tetap NBF...dan NBF itu adalah HBR...tetap kisah Sid dan Ari...so..marilah kita sama2 menanti detik itu..Ya memang sudah tidak sabar ni...

14 comments:

dieya said...

ohhh tak sabar nak baca HBR a.k.a. NBF!
by the way, HBR tu stands for....?

p.s. sebenarnya lagi tak sabar nak baca kisah jimmy ;-) bila agaknya ye?

asnieda hariani said...

aduhhh...tak boleh nak pk lagi apa maksud HBR itu T_T

Mohamadjahn said...

i hope bulan tiga would be in a swift...hurmm...

Anonymous said...

What does HBR stands for? Ke, we all have to wait till March to find out? -evilbunny-

Anonymous said...

Owh, just vistited the sneak peek section! I'm such a duh! Nvm my previous question then :D I'm thinking that it'll be Hati something Rindu, heheheh -evilbunny-

dhiya zafira said...

Dieya....
Hati Ber...Rindu..hehehe...sila isi tempat kosong..heheheh..ramai yag teka tak betul ni...cerita jimmy tu..diminta bersabar ya..hik hik hik...lambat lagi nak siap..huwaa...

p/s - wah seronoknya dapat pergi South Africa n South America jugak...

dhiya zafira said...

As...

memang...orang akan tertanya2 apa tajuk sebenarnya...depan dengan hujung senang nak agak...tengah tu yg lain sikit..hahahhaha

dhiya zafira said...

Jahn...

harap2 macam tu jugaklah...

dhiya zafira said...

Evilbunny...ur rite...Hati....B...Rindu...kena cari apa yg B tu..hehhehe

Anonymous said...

Oh oh! I think I know! Ahem, could it be Hati Bermula Rindu? I'm right, aren't I, heheheh? :D Dapat prize ke kalau teka betul? ~evilbunny~

dhiya zafira said...

Evil...Silap tu..hehehe

Lina Azhar said...

salam kak dhiya,novel baru akak tajuknya apa ya?Saya teka tajuknya, hati berbisik rindu?saya teka je...

dhiya zafira said...

Azlina...

salah tu..yag depan dan akhir saya yang betul...berbisik tu salah..heheh..cuba lagi ya...

asnieda hariani said...

yang tengah tu BERBISIK kot.hehehe..belasah je.padahal dah tak sabar nak tunggu novel akak nie kuar.nak tunggu bulan MAC mcm bercinta je pulak.kehkehkeh

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...