Sunday, January 23, 2011

Menanti hari esok

Salam....

Hari ini sudah 23 Jan. Sudah 23 hari tahun 2011 berlalu. Dan semenjak beberapa tahun yang lalu, masa berlalu cukup pantas. Saya rasa mix feeling tentang apa yang berlaku ketika ini. Ada masanya saya harap masa akan berjalan lebih perlahan dan mungkin dapatkan dihentikan buat seketika. Tetapi adakalanya pula, saya mahu biarlah masa cepat berlalu kerana saya sendiri sudah tidak sabar mahu melihat HBR diterbitkan. Kalau masih dikekalkan terbitan pada bulan Mac ini, ada dua perkara happy yang akan berlaku kepada saya. Selain HBR, kalau tiada halangan, awal Mac nanti saya mahu berjalan2 ( actually kena terbang dulu sebelum berjalan) dengan beberapa rakan penulis...hoorey...memang tak sabar nak menanti detik itu. Dah lamanya rasanya kami tak hang out ramai2 dengan teman2 yang mempunyai minat yang sama...Sebenarnya dari tahun lepas sesi jalan2 ini telah dirancang sebenarnya...Dari Korea ke Perth ke UK..ke German..hahah..macam2 plan...antara kesemua itu, saya lebih teruja mahu ke korea. Lagipun sudah berjanji dengan teman untuk ke sana. Kawan2 lain lebih excited mahu ke Perth..hahhaha..nampaknya jodoh saya dengan Perth tak berapa nak ada. Tahun lepas mahu ke sana, namun saya dan ika menukar haluan untuk menunaikan umrah pula. Tahun ini sekali lagi Perth dicadangkan, namun saya mahu ke korea...ke UK pula..saya tidak berapa mahu sangat kerana itu negara yang tidak saya ingin sangat mahu pergi...
Last sekali hanya kak eka n family yang ke UK n Paris hujung tahun lepas. Aleeya pula sudah sampai ke Korea juga bulan 10 aritu. Perth masih tiada kata putus...Korea pula saya terpaksa tangguhkan dulu kerana adik saya mahu ikut. Asalnya mahu pergi bulan 3...saya tangguhkan ke bulan 6-9..tapi nampaknya terpaksa ditangguhkan lagi...namun insyaALLAH..saya mahu jejakkan kaki juga di korea tahun ini...kalau diizinkan ALLAH. Last2 apabila semula plan tak jadi...dan di saat AA mengadakan zero farenya...kami sepakat ke tempat ini. Tak jauh..dekat sahaja...pergi pun weekend sahaja..heheheh...ya..sungguhpun saya tidak mahu masa pantas berlalu..tetapi saya sudah tidak sabar menanti Mac menjengukkan wajahnya...

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...