Sunday, January 30, 2011

Pergi tak kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa



Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata



Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya



Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim



Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi



Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Sunday, January 23, 2011

Menanti hari esok

Salam....

Hari ini sudah 23 Jan. Sudah 23 hari tahun 2011 berlalu. Dan semenjak beberapa tahun yang lalu, masa berlalu cukup pantas. Saya rasa mix feeling tentang apa yang berlaku ketika ini. Ada masanya saya harap masa akan berjalan lebih perlahan dan mungkin dapatkan dihentikan buat seketika. Tetapi adakalanya pula, saya mahu biarlah masa cepat berlalu kerana saya sendiri sudah tidak sabar mahu melihat HBR diterbitkan. Kalau masih dikekalkan terbitan pada bulan Mac ini, ada dua perkara happy yang akan berlaku kepada saya. Selain HBR, kalau tiada halangan, awal Mac nanti saya mahu berjalan2 ( actually kena terbang dulu sebelum berjalan) dengan beberapa rakan penulis...hoorey...memang tak sabar nak menanti detik itu. Dah lamanya rasanya kami tak hang out ramai2 dengan teman2 yang mempunyai minat yang sama...Sebenarnya dari tahun lepas sesi jalan2 ini telah dirancang sebenarnya...Dari Korea ke Perth ke UK..ke German..hahah..macam2 plan...antara kesemua itu, saya lebih teruja mahu ke korea. Lagipun sudah berjanji dengan teman untuk ke sana. Kawan2 lain lebih excited mahu ke Perth..hahhaha..nampaknya jodoh saya dengan Perth tak berapa nak ada. Tahun lepas mahu ke sana, namun saya dan ika menukar haluan untuk menunaikan umrah pula. Tahun ini sekali lagi Perth dicadangkan, namun saya mahu ke korea...ke UK pula..saya tidak berapa mahu sangat kerana itu negara yang tidak saya ingin sangat mahu pergi...
Last sekali hanya kak eka n family yang ke UK n Paris hujung tahun lepas. Aleeya pula sudah sampai ke Korea juga bulan 10 aritu. Perth masih tiada kata putus...Korea pula saya terpaksa tangguhkan dulu kerana adik saya mahu ikut. Asalnya mahu pergi bulan 3...saya tangguhkan ke bulan 6-9..tapi nampaknya terpaksa ditangguhkan lagi...namun insyaALLAH..saya mahu jejakkan kaki juga di korea tahun ini...kalau diizinkan ALLAH. Last2 apabila semula plan tak jadi...dan di saat AA mengadakan zero farenya...kami sepakat ke tempat ini. Tak jauh..dekat sahaja...pergi pun weekend sahaja..heheheh...ya..sungguhpun saya tidak mahu masa pantas berlalu..tetapi saya sudah tidak sabar menanti Mac menjengukkan wajahnya...

Monday, January 17, 2011

COKLAT BERBENTUK NOVEL???

Salam...

Pagi tadi saya keluar dengan emak untuk pelbagai urusan. Dan berpinar sekejap biji mata kerana terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memperbaharui cukai jalan dan insurance kereta. Sudahlah gaji minggu depan baru nak dapat..huwaaa.....dan sehingga tiba hari gaji nanti...saya kena berpuasa membeli buku..membeli cd..tapi mungkin saya tak akan puasa makan kot...hahahha.

Balik sahaja ke rumah, saya melihat sekotak bungkusan di atas sofa. Saya sudah tersengih-sengih kerana bungkusan yang saya tunggu sudah tiba. hoyey..hoyey...mahu tahu apa yang sedang saya nantikan...silalah lihat gambar di bawah ini...apamacam? hehehhe...fyi, ini bukannya buku2 saya dalam versi buku yang sebenarnya, tetapi buku saya dalam versi coklat yang dibuat istimewa oleh sahabat saya nowwa yang pernah saya ceritakan di sini.

Cantikkan coklat ni. Memang sayang je nak makan..
hehhehe





Kalau dahulu, saya menghadiahkan coklat untuk editor saya, kali ini saya pula mendapat hadiah yang amat-amat special ini. Saya sudah merasanya dah ternyata memang sedap...(ini bukan ayat puji ya..tapi memang sedap). Saya bukannya seorang pemakan dan penggemar coklat. Jadi..bila saya rasa sedap tu...bagi saya benar-benar sedaplah....Kepada sesiapa yang teringin merasa coklat buatan sendiri...yang dibuat oleh orang kita..yang dijamin halalan toyyibanya ini...silalah mencuba sendiri.
Kepada Nowwa..terima kasih kerana bersusah payah membuat coklat yang saya sendiri rasa sayang nak makan ni...hahahha..nasib baik ko post sekali dengan coklat2 kecil tu..hehehhee...

Wednesday, January 12, 2011

Doa menghilangkan dukacita




Ya ALLAH..hilangkanlah dukacita
Singkapkanlah kesedihan
Tuhan Yang mengabulkan doa
Bagi orang-orang yang didalam kesusahan
Tuhan yang memberi Rahmat di dunia dan Akhirat
dan Tuhan yang mengasihi kedua-duanya
Engkau rahmatilah dengan RahmatMU
Kau kayakan aku dengannya(Rahmat ALLAH) daripadaMU


Saya sangat suka dengan zikir ini. Suara Ustaz Amal yang mendayu-dayu dan makna zikir ini ternyata mampu menghilangkan segala gundah gulana.

NBF menjadi HBR

Salam...

Sepanjang hujung tahun lepas, saya memang bergelut dengan manuskrip. Syukur kerana ketika ini manuskrip saya sudah dinilai dan diedit oleh editor saya. Saya juga sudah membuat pembetulan yang diminta. Tidak sangka kali ini manuskrip saya tebalnya melebihi had yang ditentukan..jadi saya terpaksa memotong sedikit bahagian mana yg tidak penting dan sudah tentunya tidak akan menjejaskan perjalanan cerita. Saya sudah mula cuak..kerana selalunya saya menulis saya melihat pada kiraan perkataan yang saya gunakan. Selalunya keseluruhan manuskrip saya mempunyai lebih kurang 112 ribu patah perkataan. Walaupun HBR ini terlebih sedikit perkataannya, namun saya tidak menyangka bila di susun dalam bentuk buku, ianya menjadi lebih tebal...
Kali ini juga, pertama kali saya mengedit dengan soft copy sahaja. Selalunya editor akan print out untuk saya..namun kali ini something wrong dengan pc dia, dan saya terpaksa mengedit dengan lappy ni..Aduhai..berpinar biji mata. Saya lebih suka membaca dengan kertas...saya prefer mss yang boleh saya pegang. Tapi tak apalah..biasa-biasakan diri..ya..mana tahu selepas ini ini cara yang terpaksa saya gunakan...Semasa editor emel mss, itu saya sempat baca beberapa page saja kerana weekend utk cuti new year itu saya bersama lynn dayana ke PD. Kami sepakat untuk tidak membawa kerja masing-masing....dan hanya berehat sahaja. Di langkawi, saya penat dengan segala macam aktiviti, jadi di PD ini saya nak rileks je..hehhe..tidak hanya PD, kami turun ke Melaka semata-mata mahu makan asam pedas..hahha..gila..Walaupun pantai PD ni tak berapa nak cantik, tapi bolehlah...sebab hotel kami duduk ada pantai sendiri jadi tak crowded mcm teluk kemang..dan lebih bersih...saya sempat berendam jugak..sementara lynn main air je..hahahha...
Eh...ni nak cerita apa sebenarnya ni...heheh..sambung bab manuskrip...bila balik dari PD...memang kerja mengadap mss baliklah..saya ingat lagi kata2 editor..' akak..awien cuti start rabu sampai isnin..lepas awien naik kerja..akak bagilah..." hehehe...Awien dah naik kerja..kerja saya masih tak siap2 lagi....lewat sehari, malam jumaat jam 12. saya emel pada dia...
Pukul 12.45 dia call cakap dah edit balik apa yang saya edit..hehhehe..( hmm..harap korang semua faham proses apa yg sedang berlaku ni)..mmg pantas.. novel saya sepatutnya akan dikeluarkan pada bulan april...tetapi atas sebab-sebab tertentu, ianya diawalkan ke bulan Mac...wah..makin suka saya..lagi awal lagi bagus..tapi mmg tak boleh awal lagi dah sebab bulan jan ni slot kak Norzailina Nordin..feb pula Slot Lynn...dan saya harap2 tidak akan ada perubahan yang berlaku nanti...
Dan seperti yang saya jangka, NBF itu tidak lepas tajuknya. Berbolak balik jugaklah saya dan editor mencari tajuk yang sesuai...dan akhirnya tajuk HBR ini diputuskan...terus-terang..saya tak berapa berkenan dengan tajuknya..hehhehe...tapi apa yg berlaku sedikit sebanyak silap saya jugak..jadi saya tak nak terlalu memikirkan pasal tajuk tu...apa pun..isi kandungannya tetap sama...kan...so...pembaca sekalian..dont judge a book by it title ya..hehehhe...HBR itu tetap NBF...dan NBF itu adalah HBR...tetap kisah Sid dan Ari...so..marilah kita sama2 menanti detik itu..Ya memang sudah tidak sabar ni...

Sunday, January 09, 2011

Island Hopping II

Salam...

Sambung kembali ya kerana hari ini saya tiba-tiba sahaja rajin hendak menulis....Kita sambung dengan Perjalanan ke pulau Singa Besar pula. Kali ni kami tidak turun cuma melepak di dalam bot sahaja dan menunggu burung helang datang memakan kulit ayam yang dibekalkan oleh pemandu bot kami. Masa kami tiba di pulau itu,  sudah banyak bot yang sudah menunggu. Dari atas memang dapat dilihat burung helang cuma nak menarik minat dia untuk datang ke kawasan bot kami itulah yang sedikit payah. Helang itupun dah tak larat nak makan...hahaha...bila kami dok panggil helang tu, si pemandu bot tiba-tiba menyampuk. Dia kata, kalau ibu helang datang lagi best..besar yang amat...kami yang mendengar pun beria-ia tanya bila masa ibu helang datang..dan dengan selamba lelaki tu cakap...ibu helang dah tak boleh datang sebab dia dah stay kat dataran lang tu...aiseh..hidup2 kami dikenakan dia...bila kami semua pandang muka dia..dia dah tersengih2..dah...hahhaha..kelakar betul...
Boring sebab helang tak mau dekat dengan kami, kami teruskan perjalanan ke Pulau Beras Basah. Dalam perjalanan tu mmg seronok sangat melihat keindahan alam...serius..saya dapat bayangkan kalau dapat bina sebuah rumah di atas pulau yang sunyi..dan rileks..dan menulis..menulis...heheheh..nak stay kt Necker Island rasanya mustahilkan..so...berangan sekejap pon jadilah....
Dekat Pulau Beras Basah..kami bagi budak2 tu makan. Makan memg kami bawak bekal sebab diaorang pagi2 mmg tak ada selera nak makan...jadi..mmg kena tapau untuk mereka. Kat sini..merekalah raja..nak berjalan..kena kenyang..jgn bagi mereka letih..once depa buat perangai..nak jenjalan pon tak seronok rasanya...Pulau ni cantik..bersih...tapi time kami pergi tu..cuaca agak panas sikit..so...lepak2 bawah pokok ajelah...nak mandi manda mmg tak ada dalam agenda sebab utk aktiviti hari sabtu...mmg tiada acara utk mandi manda dilaut.
So...bila rasa dah puas tu...kami pulang untuk aktiviti seterusnya...Sampai je kat pantai...kt atas meja tu dah penuh gambar kami diletakkan di dalam sebuah piring kecil. Wah...pandai ya depa buat bisnes. Satu piring berharga rm10..bayangkan kami membeli 16 buah piring..tak nak beli rasa sayang pula tgk gambar sendiri..hahaha..mmg pandai buat duit depa ni...
Kami menuju ke Water world dulu. Mak dengan Sarah tak masuk..depa p shopping dekat the zone. Puncanya mak tak suka berada dalam keadaan terkurung dengan dipenuhi air..dia rasa lemas..Nasib baik sarah offer diri nak teman mak..Bagi saya water world ni lebih menyeronokkan kepada kanak2 ni..mmeg depa excited sangat tgk penguins...ikan jerung...singa laut..etc..etc..kita yang tgk mereka ni pon rasa excited sama..lagi satu tak larat nak kejar...hehehe...
Lepas Underwater...kami meneruskan perjalanan untuk naik cable car pula...perjalanannya agak jauh sikit dari kebanyakkan tempat yg dah kami pergi..nasib baik tak sesat...masa kami sampai dah pukul 4.30. Asar dah masuk. Kesemua kami belum solat lagi. Pengunjung yang beratur begitu panjang. Kami berdolak dalik sama ada hendak pergi esok hari ataupun beratur sama. Sebelum ni kami dapat open ticket tapi once dia dah cop tarikh tak boleh tukar lagi...dan silap saya p cop terus...so..kami dah risau sebab takut tak sempat solat. Kami lepaskan yang lelaki pergi solat dulu sementara yg perempuan beratur..tgh beratur tu...diaorang panggil naik atas...jadi terpaksa panggil balik mereka utk naik ke atas...kami ingat cepatlah prosesnya..dan sempat turun utnuk solat..tapi siapa sangka ditingkat atas rupanya line lagi panjang...dengan panas..dengan lenguh..budak2 dah start buat perangai...masing2 nak didukung..semuanya dah tak larat berjalan...adik lelaki saya dah tak sedap hati...dia kata kalau tak solat inilah akibatnya semua jadi tak kena..heheh..mana nak sangkakan..kalau tahu awal2..kami buat jamak taqdim dulu..
Masa beratur tu pula kami beratur di belakang family yang kerek pula tu...Dia punya takut kami nak potong line dia..tolonglah..siapalah nak potong line dia..lagipun siapa yg nak naik cable dengan dia kan..sampai bila berjalan siap depang tangan takut kami ke depan...aduhai..perangai manusia ni kan...
Emak sudah start pening kepala
Hadiff buat show kat situ..dia menangis punya kuat sampai semua orang dengar suara dia la...tiba2..ada seorang perempuan suruh mak dan budak2 tunggu di depan..kira tak payah beratur..lah..boleh rupanya...kalau tahu..awal2 dah suruh emak dan budak2 parking kat situ dulu...
Bila tiba giliran..heheh...waktu dah lewat sangat..nak dekat pukul 6 dah..jadi kami decide tak payah turun di setiap tingkat..just naik dan terus turun bawah balik...bila naik tu..er...er..er...tingginya..serius tinggi..dan rasa sedikit gayat..saya sebenarnya ok je..tapi bila fikirkan diri yang tak solat lagi terdetik juga hati..kalau tiba2 kabel ni putus...kami semua mati tanpa solat..aduhai....permandangan mmg cantik...tgk laut..bot..nampak kuda sedang berlari..saya cuba think positive je..haahha... call emak..tanya ok ke dia...mak saya dah tak boleh cakap..dia dah hampir nak pitam..kesan beratur panjang...dengan panas dan bertambah dengan perasaan gayat...lepas turun..saya tgk adik2 saya yg lain dah mengipas emak...bimbang jugak tgk keadaan emak macam tu..kami bagi dia bertenang...dan Alhamdulillah, mak makin ok...Sepanjang perjalanan balik, saya basahkan kepala emak...sampai je kat homestay..sejukkan badan mak...dan solat...
 Pengajaran kepada semua..apa2 pun dulukan solat...apa yang berlaku tu mungkin peringatan kepada kami semua...jangan dahulukan perkara lain daripada solat...

Island Hopping I

Salam

Aduhai..Januari sudah sembilan hari berlalu..blog saya tetap macam itu jugak. Banyak cerita sebenarnya yang nak diceritakan tapi kena ikut aturanlah ya..lagipun sambungan n3 ke Langkawi dulu pun baru habis...aduhai cerita dah basi kan..tapi tak apalah..saya mahu bercerita juga.

Hari ke 2, pagi-pagi kami dah keluar rumah untuk aktiviti pagi yang saya amat-amat teruja sekali iaitu Island Hopping. Pada mulanya, Island Hopping ini tidak termasuk dalam agenda kerana kureng bajet...dan masa tak tahu nak slotkan di mana kerana sekurang-kurangnya 3 jam diperlukan untuk aktiviti ini. Saya bercadang mahu pergi seorang atau dengan sarah kerana saya fikir mungkin ramai yang tidak mahu naik bos kerana takut mabuk laut. Tapi..entah macam mana...kalu dapat deal kereta sewa yang lebih murah...sekaligus menyebabkan perbelanjaan kami berlebih. Lantas..saya terus masukkan aktiviti ini (dengan bantuan anak tuan rumah homestay yang kami tinggal ini, dia yang menguruskan segala-galanya. Belikan tiket untuk naik cable car..beli tiket untuk masuk underwater world dan tempah bot utk Island hopping ini.
Pukul 9, kami tiba di pantai. Kami sewa sebuah bot..cukup-cukup untuk kami seramai 16 orang ni.

Saya sudah tidak henti-henti hendak tersenyum. Rasanya ramai yang tahu saya sudah kemaruk mahu melihat laut..mahu mendengar bunyi ombak. Dan Island Hopping ini benar-benar membuatkan saya rasa..Ya ALLAH...seronoknya. Kena pula dengan cuaca yang baik..kami singgah di Pulau Dayang Bunting dahulu. Diberi masa selama sejam untuk ke Tasik DB. Saya tidak pernah ke sini..infact antara ramai2 itu, hanya abang ipar saya dan emak saya saja yang pernah menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi ini.
Untuk ke Tasik DB ini, kita kena memanjat sedikit rupanya. Saya mula risaukan emak. Biasalah..apa-apa aktiviti yang kami lakukan, kami akan memastikan emak tidak perlu memanjat, atau berjalan jauh. Kerana emak mudah penat. Bila penat..takut efek kepada jantungnya itu. Budak2 pula sudah excited. Mereka memanjat lebih dulu ke hadapan. Dalam pagi2 yang hening itu akan terdengarkan suara saya..dah yg lain2 menjerit pada budak2 supaya perlahankan langkah. Last2..saya yang terpaksa mengejar sementara yang lain menunggu emak dibawah. Saya dan Sarah terpaksa mengawal 5 budak yang hyperaktif. Ya ALLAH...mmg tak boleh berlakon ayu langsung kalau dengan budak2 ni. Mana diaorang dapat tenaga pun saya tak tahu. Selepas memanjat..kena menurun pula..tangganya agak curam dan tak sekata. Emak sudah tertinggal jauh dibelakang. Saya tiba dahulu di tasik. Alahai..boleh mandi rupanya...Ruginya tak bawak pakaian salin...tapi tak mengapa...tak dapat basahkan badan, saya rendamkan kaki sahaja....
Beberapa minit kemudian..emak saya sampai dengan adik saya. Kami lepak2 sekejap..bergambar...dan berendam kaki di dalam kolam yang penuh dengan ikan. Salah satunya ada ikan Keli. Bila lihat orang rendamkan kaki..kami pun rendamkan sama, walaupun emak dah berpesan...ikan keli tu tak menyengat ke. Kami kata tak kot..saya rendamkan je kaki dan rasa geli je bila ikan menyentuh kaki. Bila dah cukup masa kami pun bersiap2 mahu beredar. Nun di tepi dinding kedai yg berdekatan dengan kolam..ada amaran..boleh rendamkan kaki namun ikan keli itu memang berbisa. Aduhai...Sarah dah berleter. Nasib baik tak kena gigit. heheheh..
Perjalanan balik pon memenatkan jugak utk kami yang sihat ni. apatahlagi emak. Masa tu orang lebih ramai sudah tiba menjadikan kawasan tangga tu agak sempit. Bot kami sudah menunggu. Dan kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Pulai Singa Besar( kalau tak silap) untuk aktiviti eagle feeding.

bersambung ya...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...