Tuesday, August 18, 2009

Konvo Sarah





Salam....


Hari sabtu lepas aku ke USM menghadiri konvokesyen adik aku, Sarah. Sidang dia diaadakan pada waktu pagi. Oleh kerana penularan wabak H1N1 ni masih rancak lagi, kami semua membuat keputusan bahawa aku dan kakak aku sahaja yang akan masuk ke dewan, sementara emak dan adik2 yang lain akan menunggu di rumah adik aku yang jaraknya tidak sampai 5 minit dari USM. Mak dan adik yang lain hanya akan datang ketika selesai majlis sahaja. Apa boleh buat. Kalau kerajaan macam nak tak hendak je membendung penularan wabak ini, kita sendirilah yang kena mengambil langkah berjaga-jaga.
Aku tabik USM dalam menjalankan pesta konvo ini. Setiap keluarga yang masuk ke dewan akan diambil suhu badannya terlebih dahulu. Sekiranya tidak demam kita akan dilekatkan sticker bulat kecil berwarna hijau bagi menandakan kita sihat. sekiranya tidak...tempat duduk akan diasingkan daripada orang yang sihat. Setiap individu juga akan dibekalkan dengan 'doorgift' yang mengandungi mask, tisu basah, dan tisu. ( Ketika ini aku memang sudah sedia memakai mask yang aku bawa sendiri).
Bila ke majlis konvo sebegini, aku kembali teringatkan ketika aku menghadiri konvokesyen aku sendiri. Waktu itu hanya emak dan kakak aku sahaja yang menemani aku. Merekalah yang masuk ke dewan dan mereka jugalah hanya keluarga aku yang ada pada hari itu. Masa itu arwah ayah masih berada di hospital kerana buat pertama kalinya kanser ayah dikesan. Sedih memang sedih sebab tak ada ahli keluarga lain yang boleh berkongsi kegembiraan dengan kita. Tapi aku faham dan aku sedikitpun tidak pernah menyalahkan takdir kerana nasib aku tidak seperti orang lain. dan aku yakin ada insan lain yang mungkin lebih kurang bernasib baik dari aku.
Masa kakak aku konvo degree, itulah kali pertama dan terakhir ayah aku hadirinya. Even masa konvo master kakak, hanya aku dan emak sahaja yang masuk. 2 adik yang lain menunggu di luar. Dan untuk sarah...itu jugak yang berlaku. Masa arwah ayah masih ada, aku dan kakak bersembang dengan ayah di luar rumah. Ayah tenang saja duduk di atas buaian. Macam-macam yang kami sembangkan dan tiba-tiba masuk ke hal Sarah. ayah kata, untuk konvo sarah nanti mungkin ayah tak sempat kot. Aku terdiam. Kakak aku merungut kenapa ayah cakap macam tu. Maing-masing dalam penafian bahawa itu semua tidak akan berlaku. Tapi mungkin ayah sudah dapat membayangkan perkara itu. Bagai benar apa yang dikata...ayah sememangnya tidak sempat dan berpeluang menghadiri konvokesyen Sarah.

p/s - Buat Sarah, Tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian. Selamat menempuhi alam pekerjaan. Semoga menjadi pendidik yang cekal dan gemilang.

2 comments:

Bie'z said...

Tahniah buat Sarah.Lps ni selamat menempuhi alam pekerjaan.

NuR said...

tahniah..kisah kite lebey kurang same..cuma bezanya arwah ayah meninggal 2ari sebelum kite konvo...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...