Thursday, November 20, 2008

Apa ada pada nama?

Salam...
Aku ada terbaca di dalam sebuah forum yang membincang mengenai penggunaan nama boombastik di dalam novel. Aku juga seorang pembaca. Sebelum menjadi penulis, aku terlebih dahulu membaca beratus atau mungkin beribu buah novel. Dan sebagai pembaca aku turut sama sependapat dengan pembaca-pembaca ini yang kelihatannya sedikit terganggu dengan penggunaan nama watak yang begitu canggih manggih dan moden. Aku juga berasa 'jelek', 'mengarut' , 'meluat' (sekadar meminjam istilah2 yg digunakan mereka) apabila membaca nama watak terutamanya hero dan heroin begitu boombastik. Nama yang begitu panjang dengan ejaan yang entah apa-apa dan ditambah lagi dengan gelaran ( sekiranya ada spt tengku, puteri, etc) menyebabkan penumpuan terhadap buku juga semakin berkurangan.
Tetapi sebagai penulis, mungkin mereka juga mempunyai alasan untuk menggunakan sesuatu nama itu. Aku tidak menyalahkan mereka seratus peratus. setiap apa yang berlaku pasti mempunyai alasan n sebab yang tertentu. Begitu juga dengan pemilihan nama seperti ini.
Secara peribadi, aku juga sukakan nama-nama yang sebutannya indah-indah. Yang mampu menggambarkan karekter yang dilukiskan. Aku cuba memilih nama yang cantik tetapi tidak keterlaluan untuk watak aku. Aku sukakan nama berangkai. mungkin kerana dilahirkan dengan nama yang agak pendek dengan 3 suku kata menyebabkan aku menyenangi nama-nama yang lebih panjang...( hahahahah)
Dalam Kudamba Bahagia, aku menggunakan Alia dan Adnan Taufik. Kebanyakkan nama yang aku guna, aku ambil dari orang2 yang aku kenali. Kecuali Alia, kerana aku tak dapat fikirkan nama lain untuk menggambarkan karekter Alia yang lembut, seperti namanya.
Adnan Taufik pula nama abang senior yang aku kenal masa di sekolah asrama di Sarawak. bezanya ejaan nama AT itu lain. cuma sebutan sahaja yg sama. Aku semenjak dari sekolah, dah aim nama abang ni. Akhirnya nama Adnan Taufik muncul juga. Azhar Ahmad yang menjadi peguam Alia merupakan nama abang ipar aku. manakala Sarah Nabilah pula nama anak saudara kawan aku.
Dalam RINDU BELUM BERHENTI pula wataknya Adni Zuhayra diambil sempena nama anak saudara aku Nurin Zuhayra dan Izz Karami pula nama adik Nurin iaitu Izz Zayyad Haqeemi.( aku yg beri nama ni pada dia).
Hadiff kawan baik si Adni juga nama anak saudara aku juga. Hadiff Najmi.( aku jugak yg beri nama ni).
Sebab itulah bila keluarga membaca novel aku semuanya komen " Tak ada nama lain ke yang hang nak guna? Semua nama anak beranak hang nak guna." hmmmm....apa salahnya kan? Bagi aku nama2 tu semuanya indah dan yang pentingnya berangkai. Dan aku tidak rasa nama watak yang aku gunakan ini terlalu boombastik. Biasa2 saja cuma indah kedengarannya. tak gitu?

4 comments:

Anonymous said...

suka nama yg anda beri pada novel anda. =]]
simple aje. =]]

dhiya zafira said...

Salam Zana...

Suka ya? terima kasih. harap2 suka juga dengan penceritaannya ya...hehheheh:)

[Fadilah Diyana] said...

nama dhiya zafira ni hanya nama pena jer kan???so mcmner plak akak dapat nama ni ye????

dhiya zafira said...

Salam fad...

ya nama dhiya zafira ni hanya nama pena sahaja.

dhiya tu diambil dari nama betul akak Mardhiyah. dan zafira itu cadangkan kak lynn dayana utk sedapkan nama. heheheheh

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...