Friday, July 11, 2008

gigi oh gigi



Salam...


Semalam lepas balik kerja, aku macam lipas kudung memandu menuju ke klinik pergigian. Dahlah dengan trafficnya, hujan lebat lagi. Aku hanya masa ada dalam setengah jam sebelum klinik itu tutup. Kalau tak sempat aku kena datang pulak lepas maghrib nanti. oh tidak! aku Aku malas nak meyimpan gigi yang sakit ni lama-lama. Doktor yang merawat aku tu degil. Hari Isnin lepas aku dah jumpa dia nak cabut tapi dia kata jangan lagi. Gusi aku hanya bengkak. memang gigi akan bergoyang. Esok2 baiklah, kata doktor yang dalam sepuluh patah dia bercakap hanya separuh saja yang aku dengar. bukan apa, cara dia bercakap mcm orang bercinta pulak. dengan perlahan dan berbisiknya. aku sendiri naik rimas ( hehehe..almaklumlah...aku ni kan brutal).

Last2 dia bagi aku painkiller n antibiotik. Aku pun percayalah cakap dia. iyalah..nak buang gigi pun sayang jugakkan. bukannya boleh tumbuh balik.

Tapi semalam w/pun antibiotik n painkiller tu dah abis aku kerjakan, gigi aku tetap sakit. Aku apa lagi, mmang dah bertekad nak cabut je. ( kerana gigi yang sama dah 5 kali aku jumpa dia tau...hehheeh)

Mak aku call tanya nanti boleh tak aku memandu dalam sakit2 gigi ni. aku kata dengan mak, ala mak...cabut ni tak sakit langsung. dia akan bius. ( aku bercakap berdasarkan 2 pengalaman aku sebelum ni -tapi dengan doktor lain). Mak aku langsung tak percaya sebab setahu dia, cabut gigi ni memang sakit. aku memang tak kisah dah. setakat sakit kena inject ubat bius tu aku boleh tahan lagi.

Tapi....memang betul kata mak aku. mengenangkan tragedi semalam aku dah fobia dengan klinik tu. Ya ALLAH...sakit ya amat. sebab gusi aku memang bengkak jadi ubat bius tu tak berapa nak jalan walaupun sampai 2 kali doktor tu tambah dose dia.
doktor tu siap pesan dengan aku proses tu akan sakit sikit sebab gusi dah bengkak.
sikit apa???. BANYAK sakitnya. aku atas kerusi tu dah start nak bukak langkah nak bersilat dah. Tapi assistant dia punyalah kejap pegang kepala aku. huhuhuhuhu...sakit.
Last yang aku dengar bunyi 'prakkkk'(ntahlah mcm mana bunyi sebenarnya). n aku macam mamai sekejap. Aku dah memang tak larat nak bawak keta dah. Tapi dah aku sorang terpaksalah aku meredah jugak. Nasib baik sampai umah dengan selamat walaupun aku bawak keta macam orang mabuk. heheheheh...
p/s -moral of the story....kalau tak nak jumpa doktor gigi, jagalah gigi anda dengan baik....huhuhuhuhuhu...isk...isk...isk...

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...