Selamat meyambut hari lahir ke 2 untuk Aisy Raiyan Arumi pada esok hari 1 Mei 2008. Semoga besar nanti menjadi anak yang baik. Hormat pada orang yang lebih tua, berjaya dalam hidup, menjadi anak yang soleh dan walau apapun yang berlaku pada hari yang mendatang ingatlah pada ALLAH SWT dan jangan lupa pada ibu bapa.
Wednesday, April 30, 2008
HAPPY 2ND BIRTHDAY
Selamat meyambut hari lahir ke 2 untuk Aisy Raiyan Arumi pada esok hari 1 Mei 2008. Semoga besar nanti menjadi anak yang baik. Hormat pada orang yang lebih tua, berjaya dalam hidup, menjadi anak yang soleh dan walau apapun yang berlaku pada hari yang mendatang ingatlah pada ALLAH SWT dan jangan lupa pada ibu bapa.
berita baik
Salam...
Aku mendapat panggilan dari editor aku semalam yang membuatkan aku tersenyum sehingga sekarang. Syukur Alhamdulillah, hasrat aku untuk melihat novel kedua diterbitkan pada tahun ini tercapai juga akhirnya. Aku harus menjadikan perkhabaran gembira ini sebagai semangat untuk aku meneruskan projek aku yang seringkali terbengkalai. Fuh! tak sabarnya aku nak berkongsi dengan korang semua novel ke dua ni. Tajuknya...hmmmm aku bagi hint ajelah...hahahah..." RBB". Kalau mahu meneka silakan. bagi yang dah tahu seperti Lynn, syyyyyyy....
Tuesday, April 29, 2008
kembali semula
SALAM...
Fuh! lama rasanya aku tidak memblogging. Sejak diserang demam selesama minggu lepas, mood aku terus shut down. terasa malas untuk buat apa-apa. Padahal sakit aku bukannya lama pun tapi itulah masalahnya, apabila segala tindakan dan keputusan bergantung pada emosi. Hari ini juga bermakna telah sebulan lebih manusrip tidak langsung aku sentuh. Kadang2 terfikir apa yang jadi apda diri aku ni. menulis pun malas. nak kata tak ada idea, bukan. malah untuk next projek pun aku dah ada jalan ceritanya tapi bila buka je laptop yang pastinya 5 minit kemudian aku akan shutdown balik.
kalau tak pun, teruskan dengan demam aku dengan cerita drama jepun. Hahaha. itulah masalahnya kot. demam yang sampai sekarang tak kebah2 lagi. Semalam aku balik kampung melawat tok. OTW balik aku ajak mak singgah kat Summit bukit mertajam sebab nak cari cd. seingat aku masa aku praktikal di MPSP beberapa tahun yang lalu, aku tahu ada satu kedai cd yang best kat sana. bak kata nak citer apa dia ada. bila keluar aku menjinjing beg plastik yang berisi cerita Hana youri dango 1 & 2, my boss, my hero. 3 dvd yang berjumlah seratus lebih. seperti biasa aku kalau merancang bajet memang tak pernah berjaya. mesti lebih punya. Apa2...tak sabar aku nak menonton cite ni. dan manuskrip pula.....hmmmmm...pasti akan siap.......hehehehe.
p/s- Terima kasih pd semua yang mendoakan kesihatan aku. terharunya.
Sunday, April 20, 2008
tak sihat
Wednesday, April 16, 2008
Friday, April 11, 2008
KUIZ LAGI
Salam...
Kepada semua peminat Novelis Terkemuka / selebriti chef, NORZAILINA NORDIN, inilah masa anda untuk menunjukkan kesetiaan anda dengan menjawab 10 soalan yang diambil daripada novel terbaru beliau iaitu MENANTI KASIH. Bagi yang belum mendapatkan novel ini, anda AMATlah digalakkan untuk membelinya. Cepat-cepat baca dan menjawab soalan sebelum tarikh tutupnya 31 Mei 2008
Soalan-soalan:
1. Namakan taman perumahan tempat tinggal nenek Farhana.
2. Siapakah nama datuk Farhana?
3. Apakah minuman kegemaran datuk Farhana bila ke kedai Haji Kasawari?
4. Apakah kaitan Kailan dengan Uncle J?
5. Siapakah Elee?
6. Di manakah pertemuan pertama Farhana dengan Giovanni?
7. Siapakah yang meminjamkan BMWnya kepada Kamel?
8. Namakan jenis kereta yang dinaiki oleh penculik Ahmad Ridzafi.
9. Apakah hubungan Datuk Syahbudin dengan bapa Widya?
10. Apakah watak Mat Gebu di dalam novel ini?
Hadiah2 berupa Voucher Membeli-belah (Parkson/Jaya Jusco)
Hadiah Pertama : RM150
Hadiah Kedua : RM100
Hadiah Ketiga : RM50
Wednesday, April 09, 2008
kegilaan baru
Salam...
Aku kembali kepada kegilaan menonton drama jepun semula. Setelah aku berpaling arah kepada drama Korea, aku kini mula merujuk kembali dengan drama jepun. Semuanya gara-gara adik aku yang membawa 2 siri cerita GOKUSEN ( I&II) semasa pulang bercuti minggu lepas. Mula masa dia cakap yang dia ada simpanan drama tu aku tidak memberi reaksi. Entahlah mood aku memang malas minggu tu. menulis apatah lagi. Sebab utama aku malas tengok cerita bersiri ni salah satunya adalah bersiri2lah aku terpaksa menonton. kalau2 kena cerita yang best lagilah tak boleh tinggal.
1st episod aku sudah mula ketagih. setiap ke2 siri tu ada dalam 25 siri dan aku habiskan dalam masa 2 hari setengah. hahaha...setiap malam kadang2 sampai pukul 2 aku berjaga dok pulun tengok. ceritanya memang best. hahaha kelakar pulak mengenangkan kenakalan bebudak sekolah dan kepeningan cikgunya nak menyelesaikan masalah pelajar yang dikatakan tidak mempunyai harapan oleh cikgu2 yang lain.
Kalau korang peminat cerita GTO(Great teacher Onizuka) lakonan Takeshi Sorimachi dan Nanako Matsushima, inilah cerita yang korang harus tengok. bezanya dengan GTO, kali ini cikgunya perempuan. siri ini asalnya dalam bentuk manga dan anime. mungkin kerana sambutan yang begitu menggalakkan maka ianya didramakan.
Siri pertama menampilkan penyanyi Jun Matsumoto sebagai Sawada, Shin. kiranya dia ketua kumpulan pelajar nakal dekat sekolah. dalam siri ke 2 pula menampilan 2 orang anggota kumpulan pop terkenal Jepun KAT-TUN sebagai pelajar iaitu Kamenashi, Kazuya dan Akanishi, Jin. Malah salah satu lagu mereka berjudul Kizuna(Bond) menjadi salah satu lagu dalam siri Gokusen 2.
Gokusen 3 dengar khabarnya akan mula ditayangkan bulan ini di jepun. Apa2 pun aku memang tidak sabar untuk mendapatkan siri yang seterusnya.Kalau korang berpeluang, cuba dapatkan drama ini.
Gokusen 3 dengar khabarnya akan mula ditayangkan bulan ini di jepun. Apa2 pun aku memang tidak sabar untuk mendapatkan siri yang seterusnya.Kalau korang berpeluang, cuba dapatkan drama ini.
p/s...Shin-chan, Ryu chan, n Hayato chan....aishiteru...heheheheeh...
- KAT-TUN menyanyikan lagu Kazuna. the 1st 2 singers are kazuya n Jin. njoy the song
Tuesday, April 08, 2008
Thursday, April 03, 2008
The Reason I go on
When I'm feeling down
The mention of your name
It lifts my spirit up.
It makes me carry on,
When I don't have the strength
Your faith can heal me.
Like the sun that shines
You gave me light to see.
Catch me cause I'm falling,
I'm so lost, inside your love.
Can't you hear me calling
To your heart, Cause your the one reason I go on.
Could I find the words
to tell you how I feel
With one look from your eyes.
I know what heaven's worth
So whats in everything
To hold and touch you.
Your the air I breathe,
The reason my heart beats.
Catch me cause i'm falling,
I'm so lost, inside your love.
Oo can't you hear me calling,
To your heart,
cause your the one reason I go on.
The reason I go on, yeah.
Baby I'm just dreaming
but my hope it keeps me strong.
Oh, catch me cause i'm falling,
I'm so lost, inside your love
Oo can't you hear me calling,
To your heart,
cause your the one reason I go on.
p/s - lagu baru yang juga menjadi favourite aku. Nyanyian Celine Dion dari album terbarunya Taking Chances. Menurut sumber2 yang aku perolehi, lagu ini hanya terdapat di dalam certain2 version sahaja. cthnya lagu ini terdapat dalam japanese version n sewaktu dengannya. tidak terdapat dalam versi cd biasa. hmmm...entahlah. aku pernah cari senarai lagu ni dalam latest album dia dan memang tiada tersenarai. hehehe...sesiapa yang ada lagu ni bolehlah bagi kt aku ya... ni aku ada dapat dari youtube. bukan vc tapi bolehlah kalau nak dengar lagu dia mcm mana. enjoy
Tuesday, April 01, 2008
macam-macam kisah
Kisah 1
Semalam aku mengikut lawatan ke Uitm Seri Iskandar Perak. lawatan cik Kiah yang kesemuanya terlibat dalam projek Meningkat Mutu Kerja (KMK) di perbadanan awam perpustakaan negeri Perak. kedatangan kami disambut oleh polis pengiring dan kesemua top management institusi berkenaan menunggu untuk menyambut kedatangan kami. dalam hati, aku tidak berasa hairan bagaimana U ni boleh memenangi pertandingan Kmk/kik ataupun anugerah kualiti kerana layanan yang diberikan memang 1st class. dalam hidup aku, inilah pertama kali aku melihat golongan atasan dan cerdik pandai yang begitu humble sekali.
Kisah 2.
Semalam otw balik dari Ipoh, brek kereta aku tak makan. Mujurlah sudah sampai ke Taiping bila aku mengadu pada member masalah aku. dalam hati aku memang dah panik mengenangkan bagaimana lajunya aku memecut tadi. bayangkanlah kalau aku hendak membrek ketika itu???.140mph??? Mujurlah ada sorang staff lelaki yang menumpang kereta tahu nak settlekan problem tu. dengan penuh seksa, panik dan berhati2 aku sampai di bengkel. ketika itulah aku sedar aku lupa turunkan handbreak masa berhenti turunkan member di bukit gantang. Ya Allah, berapa jauh aku memandu dengan keadaan begitu. turun dari kereta tayar dah bau hangit. masing2 rahsiakan kebodohan dan kealpaan aku pada mekanik tu. hihihihih..balik umah jenuh aku kena tadah telinga dengar leteran family. apa boleh buat. memang salah sendiri.
Kisah 3.
Aku, kakak n adik2 pergi ke Tesco hujung minggu lalu. seperti biasa, waktu weekend memang sudah nak dapat parking. hari tu pulak entah dari mananya datang rakyat taiping yang tak pernah aku nampak sebelum ni. begitu ramai sampai kereta main parking ikut suka. dalam dok survey tempat kosong, aku nampak ada sorang minah ni nak kuarkan kereta. so, aku dengan gembiranya beri signal tanda aku nak masuk tempat dia. tengah2 aku dok menunggu tu, entah dari mana malaun sorang ni datang. dari jauh lagi aku dah nampak gaya dia nak merampas tempat aku. aku dah bagi isyarat aku nak masuk tapi sememangnya dia ni jenis manusia tak reti bahasa dan tak berbudi bahasa, jadi dengan selamba je dia dia masuk. Aku dah mcm nak naik hantu. aku hon2 bertalu melepaskan geram tapi makhluk asing ni buat dek je. dengan tak memandang ke arah aku dia terus turun keta dengan family dia yang memang gayanya macam keluarga tak berapa muslimah ni. aku bukan prejudis tapi tgk muka sekor2 tu memanglah jenis muka orang suka cari pasal. kalau ikutkan hati nak je aku calarkan keta dia.hihihihi. tapi, sabar aku masih kuat. dunia ni bulat. kalau ko berada di atas, satu hari ko di bawah pula. what goes around come around kan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
OFFER HATI BERGETAR RINDU
OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss) termasuk pos throwback 🔙 novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...
-
Mutiara kata merupakan “ kata-kata yang terbaik, disusun dalam ayat yang terbaik, untuk melahirkan pemikiran yang terbaik. Dengan kata yang ...
-
# throwback 🔙 yang seterusnya ✌🏻 Kali ini tentang novel # jauhkaupergi Terbit Julai 2010. Saya masih ingat lagi masa ni saya dah...