Thursday, June 28, 2007

ulang tahun


Salam...
Hari ni merupakan hari ulang tahun perkahwinan mak n ayah aku yang ke 37 tahun. Selama beberapa tahun ni tarikh 28 Jun ni kami akan sambut bagi meraikan mak n ayah tercinta...keluar makan bersama-sama ataupun sambut di rumah sahaja tapi tahun ni segala-galanya berubah. Semalam semasa aku mengingatkan emak pasal tarikh ni mak jawab...
" nak sambut apa lagi...ayah dah tak ada...." Aku terdiam. Memang ayah dah tiada tapi tarikh itu tetap penting. Tarikh emak n ayah disatukan. Emak tiada agi bersama ayah bukan kerana bercerai hidup tetapi bercerai mati...jadi tak salah aku rasa kalau hendak meraikan emak sekalipun hanya emak seorang.
Semalam aku bawa emak dan adik2 melawat kubur ayah. 4 julai ni genap 100 hari ayah meninggal. Kadangkala masa berlalu begitu begitu pantas...dan kekdang amat perlahan sekali. Sudah menjadi rutin kami akan melawat ayah seminggu sekali. Dalam tempoh itu hanya 2 kali sahaja emak datang menjengah. Bukan emak tidak sayang dan bukan emak tak rindu tapi kami adik beradik tahu emak tak cukup kuat untuk menatap pusara ayah.
Semalam, masa balik dari kubur emak beritahu ; " Inilah yang mak tak nak pergi. tgk kubur ayah mak rasa pilu. mak asyik teringat-ingatkan ayah." Itulah emak...36 tahun lebih dengan ayah...mustahil mak tidak sedih dengan ketiadaannya.
Kami adik beradik setiap malam mengharapkan kehadiran ayah dalam mimpi. biarpun sekejap tak mengapa. bila salah seorang dari kami bermimpi berjumpa ayah, kami semua bercerita dan tumpang seronok sekali. Iyalah...mimpi bukan boleh dipaksa-paksa dan ditentukan. Gambar boleh ditatap...tapi bila mimpi berjumpa ayah tu lain rasanya.
Apa pun aku ttap ingin mengucap SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN BUAT EMAK& AYAH.
p/s -foto ni foto lama...aku tak sanggup nak paparkan gambar terbaru arwah ayah...takut aku tak kuat....

Wednesday, June 27, 2007

Pesta Buku Lagi...



TEMUI NOVELIS KESAYANGAN ANDA DI PESTA BUKU ALAF 21 2007

ANDA tidak sabar untuk mengunjungi Pesta Buku Alaf 21 pada 28-30 Jun 2007 nanti? Sudah sediakan bajet untuk memborong buku-buku? Bagus!
Sebenarnya, ada bonus untuk anda selain pemberian diskaun sebanyak 30% bagi setiap buku yang dibeli. Apa dia?Haa... jangan lupa temui novelis-novelis kesayangan anda. Buat pertama kalinya, kami menjemput mereka untuk sama-sama memeriahkan Pesta Buku Alaf 21 yang akan datang ini. Inilah masanya untuk meminta mereka menurunkan tanda tangan dan merakamkan kenangan.
Jangan lupa tarikh tersebut bermula pukul 8.30 pagi hingga 6.00 petang.



p/s : Buku aku tak ada lagi.....hihii

Tuesday, June 26, 2007

ragam

Salam...
Dalam 2 minggu ni 2 buah komputer baru sampai di Library...siap dengan talian internet. budak2 yang datang ke library selalu tanya.. bila nak boleh guna...Aku sampai tak tau nak kata apa...iyalah...bukan aku yang incharge dalam pemasangan semua benda tu...Dlm hati. aku sendiri tak sabar...iyalah inilah salah satu caranya aku hendak menarik perhatian pengguna untuk menjadi ahli perpustakaan.
Minggu lepas, secara rasminya pc-pc ini boleh digunakan. once aku bukak untuk umum...budak-budak berebut2 nak guna...dalam hati aku terfikir...napelah budak2 ni macam ni..gaya depa mcam tak pernah tgk komputer seumur hidup depa.
Aku ingatkan bila kemudahan dah ada...berebutlah budak2 ni mencari ilmu @ maklumat yang berguna...tapi..soalan yang paling kerap ditanya; " akak game apa ada dalam pc ni? akak mana tempat nak download game?" Hahaha...berani bebudak tu tanya soalan itu pada aku...? jangan haraplah aku nak memuat turun semua benda tu untuk depa. kalau nak main game pun..main game yang memang dah ada dalam pc nih...hihihi...
Ada yang lebih canggih..bukak you tube untuk tgk citer....hmmm...Aku tak kisah sebenarnya. sebagai permulaan biarlah depa rasa seronok sedikit. Iyalah..kalau awal2 lagi aku dah halang...mahu jer kosong library aku nih..nak main game pun at least kena berfikir jugak kan....tapi aku tahu...budaya macam ni tak boleh dibiarkan....rosak budak2 tu nanti. Kalau sudah diberi kemudahan, maksimakanlah kemudahan yang diberi dengan sebaik mungkin. bukan dengan cara begini...bukan dengan terus melalaikan mereka....

Friday, June 22, 2007

cover novel

salam...
Semalam buat pertama kalinya aku menatap cover novel aku....fuh...seronok giler...emosi aku bercampur aduk bila melihat nama aku(walaupun nama pena)terpapar pada kulit muka novel tu...bangga juga ada...iyalah...bertahun aku menunggu...baru dapat tengok hasilnya...apa-apa pun cover ini memang cantik...hihihi...buku aku...mesti aku kata cantik kan...tapi...memang cantik...tak caya nanti korang tengok....
Aku boleh jer kalau nak paparkan kat cni tapi tunggulah...tak suprise nanti...lagipun editor kata kalau announce awal2 nanti orang cari kat kedai tak de payah depa nak menjawab...so....bersabarlah ya...kepada siapa yang sudi nak membeli/membaca karya pertama aku ni.
Semalam Lynn call aku dari Kuching...dia tanya dah habis senyum ke belum? hihihi...begitu jugalah soalan yang aku tanya masa dia melihat novelnya diterbitkan...yang pastinya...perasaan yang kami rasai sama....hmmm...itu baru satu. belum boleh lagi kalau nak dibandingkan dengan penulis2 yang sudah terkenal..tapi mungkin perasaannya lain sebab inilah yang pertama...kedudukannnya lebih istimewa....hihihii
Ada kalanya menggenggam bintang di sunyi malam lebih mudah dari mengenggam sebuah hati.

Thursday, June 21, 2007

tukar lagi...

salam....
Haha...aku tukar layout blog aku lagi...kali ini aku cukup puas hati....paparan dia penuh satu screen...sebelum ni nampak ciput jer...ntahlah...kot2 aku yang tak reti guna...pun ada kemungkinan jugaklah....Tapi...kali ni barulah bijik mata aku cerah sikit.....

Wednesday, June 20, 2007

Kawad lagi...

Salam,
Hari Isnin lepas, aku ke library Ipoh sebab ada latihan kawad. Minggu pertama dengar khabar staf kena turun, aku buat tak endah sebab tak ada hitam putih...dengar dari mulut ke mulut ni aku memang malas nak dengar...hihih lebih2 lagi kalau nak ke Ipoh tanpa sebab. Lagi satu aku sebenarnya malas nak kawad. 3 tahun aku sertai pasukan kawad jabatan. ada menang. ada kalah. Aku ingat bila dah tukar tmpat kerja, tak payahlah aku dok sibuk berlatih lg bila tiba bulan jun..tapi tup...tup kena jugak....
So, Aku n member2 dari n Taiping share 1 kereta...kami dah berjanji cuba buat alasan nak tarik diri dari kawad. salah satunya sebab jarak n kos perjalanan. takut tak boleh claim...
sampai je kat library, kami dah kecut sebab orang lain dah start latihan kawad...bertambah pulak bila tgk muka pengarah library turun padang sama...aiseh...ni yg rasa nak menyorok nih...
Aku n member terus masuk barisan...jurulatih kami tentera berpangkat sarjan...so...bayangkanlah gayanya mereka mengajar kami...dibuatnya kami ni macam askar jugak....fuh...
tengah dok berkawad, askar tu tanya siapa nak offer diri keluar kawad sebab dah terlebih orang pulak...member2 aku automatik angkat tangan dan terus je keluar..ada kata sakit..ada kata penat...konon...mcm2 alasan yang depa buat. aku teragak2. nak bagi alasan sakit jugak nampak sangat pembohong...tapi bila tgk aku seorang dr kroni Taiping tak keluar terus aku kata kaki aku selalu cramp...tapi sedihnya...permintaan aku ditolak...dia suruh aku try dulu...so nak tak nak terpaksalah aku terpacak dalam barisan.
Dalam pada itu, aku rasa lega juga sebab semua yg tarik diri tu kena jumpa n bagi alasan pada pengarah. last2 semua kena masuk barisan balik...pengarah tak dengar apa-apa alasan. Jadi pemilihan dibuat kepada siapa yang pandai berkawad sahaja...
Awalnya mereka meminta siapa yang ada pengalam kawad keluar...kerana manusia2 ini akan secara automatik akan terpilih. Aku...? hhihihi..jangan harap aku nak mengaku.
So...kira setengah hari jugaklah kena berlatih untuk memilih siapa yang layak...akhirnya dari 6 orang budak Taiping, hanya seorang je yang terkeluar. itupun sebab kawad dia tak cantik...hihihii
Dalam pada tu...aku lega jugak sebab minyak dapat claim...cuti pun dapat claim sebab library kat perak tutupnya isnin. iyalah...masa interview siap berjanji sanggup buat apa sahaja tapi bila jabatan menuntut komitmen tak kan tak nak kasik kan?
hmmmm....masa berpisah dengan member ofis lama dulu..aku siap kata padan dgn muka depa sebab kena kawad tahun depan...tup...tup aku pun kena sama...huaaaa....huaa....huaaaa..

Thursday, June 14, 2007

frust....

Salam....
Niat di hati sekurang-kurangnya mahu menulis n3 setiap hari atau paling tidak pun 2 hari sekali nampaknya terlalu payah untuk menjadi kenyataan. Bila ada masa, idea pula ketandusan. Bila idea melimpah-limbah, internet pula buat hal. Sejak seminggu ini, hujan lebat turun di bumi Taiping. Bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Taiping ni memang sentiasa hujan. Tapi bila hujan disertai dengan guruh n petir, aku awal2 lagi surrender. Takuuutttttt..
Semalam Lynn Dayana call aku cerita mengenai pelancaran Novel Nostalgia. Hmmm...aku memang tak dapat pergi walaupun Abang long sudah mesej aku awal2 lagi. Rasa kecewa dan jeles silih berganti. Aku teringin sangat nak bertentang mata dengan SN Shahnon Ahmad, Khadijah Hashim, Azizi Hj Abdullah..n the rest of the gang tapi tak kesampaian....apa boleh buat.
Kepada sesiapa yg sudi bertanyakan bila buku aku nak keluar....hihhii...aku tak boleh hendak memberi jwapan yang tepat tetapi mungkin awal bulan @ pertengahn bulan 7. Itupun kalau tak masalah yang timbul...ishhh...seperti kata Opah de...aku memang dok dup dap...dup dap....takuuuuuuutttt...

Sunday, June 10, 2007

sakit....

Assalamualaikum,
Minggu lepas rasanya aku menyepi terus dari alam maya. laptopku langsung tidak menyala apatah lagi untuk mencoret sesuatu di blog sendiri. Kata orang kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Dan kata orang juga berhati-hatilah ketika kita menginginkan sesuatu kerana mungkin apa yang kita inginkan itu sebenarnya membawa musibah kepada diri kita sendiri. Seperti n3 aku sebelum ini yang menceritakan keseronokan aku kerana anak-anak buahku tiada di rumah. Aku bukannya mengharapkan ketiadaan mereka. Bukannya aku tidak sayangkan mereka. Aku sayang. Teramat-amat sayang. Cuma kadang-kala, dan aku tahu ada di antara kalian yang mungkin bersependapat dengan aku, yang dibalik segala keriuhan dan kebisingan itu kita memerlukan kesunyian dan ketenangan. Kita memerlukan masa untuk diri sendiri. Satu masa di mana apa yang ada dalam fikiran kita ialah diri kita sendiri. Bukan lama, sekejap pun cukuplah. Itulah yang aku harapkan ketika anak-anak saudaraku pergi ke rumah kakakku.
Baliknya entah silap apa salah seorang anak saudara aku muntah-muntah. Mulanya ingat sebab kekenyangan tetapi apabila sudah sampai 7 8 kali, kami mula risau. Selalunya anak saudara aku tu aktif tapi sedihnya melihat dia terbaring kelemahan. Kasihan betul melihat dia ketika itu. Malam itu pukul 2 pagi aku bawak mak dan dia ke wad kecemasan. Pukul 4, kena masuk wad. Aku tak suka pergi hospital sebenarnya. lebih-lebih ke wad kecemasan. pelbagai memori kembali menerjah fikiran malam itu. Kalau boleh aku tak mahu melihat pun bangunan Hospital tetapi....
Apa yang aku tak puas hati bila pihak Hospital melayan kes kecemasan macam kes pesakit luar. Walaupun dalam bilik kecemasan tu hanya ada dua orang termasuk anak saudara aku, doktornya macam malas nak buat kerja, duduk sahaja d kerusinya. Apa yang dibuatnya pun aku tak tahu. Sampai aku kena tanya berkali-kali. Masa ayah dulu pun, kejadian yang sama berlaku.
Bayangkan sampai 2 jam kami kena menunggu untuk nak admitkan daiful kat wad.
Nasib baik doktor yang bertugas tu ok...layan kami dengan baik. Cuma, yang peritnya bila melihat daiful kena cucuk untuk masukkan air. Sampai kena bengkung sebab dia melawan sebab takut. Aku pegang kaki, seorang nurse pegang tangannya dan keluarlah speaker yang begitu kuat sekali.
Pukul 5.30 am baru aku balik, sebab hanya seorang sahaja yang boleh tunggu. Lagipun wad kanak2 ni lebih strict kawalan dan peraturannya.
Esoknya anak kakak aku pula muntah2 dan cirit-birit. Kakak aku tak nak bawak ke hospital kerana dia pernah mengalami kejadian yang sama dulu. Jadi seorang di hospital dan seorang di rumah. Memang carpet asyik basah saja dengan muntah Izz tapi akak aku ni degil sikit. Kejadian yang sama berlaku pada anak adik aku pula. muntah dan cirit2. aku call mak cakap apa yang berlaku. Mak cakap kalau muntah sekali lagi bawak pi Hospital. So, dalam pukul 12.30 malam aku bawak Aisy dan Izz pergi. Aku paksa kakak aku bawak anak dia sebab semua anak kena kes yang sama.
Akhirnya, 3 orang cucu mak aku kena admit dalam wad dan bilik yang sama. Wah meriah pulak rasanya sampai satu family berkhemah di Hospital.
Oleh sebab adik aku tak balik lagi, so adik bongsu akulah yang kena menjadi penjaga malam itu. So, seorang ambil satu baby. Bila di rumah hanya aku dan adik sahaja. aku tak boleh tunggu sebab kerja. Adik aku pula tak berapa sihat.
Esoknya pukul 6 pagi mak call suruh adik datang ganti sebab mak pulak kena cirit-birit. Dah sah family aku kena keracunan makanan, tapi masih tak pasti apa yang kami makan. kerana tidak semua orang kena. Doktor pun terkejut sampai terpaksa buat soal selidik.
Aku bawak mak ke ER Tapi doktor tak nak admit mak ke wad sebab dia kata mak tak teruk. Lagipun katil penuh. Aku argue kata ni dah jadi kes besar pasal satu family terlibat. Doktor suruh aku bagi mak minum air garam banyak2 untuk ganti balik air dalam badan. Aku kata bukan aku tak nak bagi tapi bile keadaan mak yang longlai itu, dia memang tidak mampu nak berbuat apa-apa pun. aku kata at least admit mak aku sekejap untuk masukkan air. Doktor tu setuju. So, giliran mak aku pula. Bila dah masuk air, keadaan mak aku bertambah baik. jadi petang tu aku bawak mak aku balik. Hanya kami bertiga. Aku, mak dan anak saudara perempuan aku. Dalam pada itu kami dok risau siapa pula yg kena kali ini.
Aku kata pada mak, sunyi betul budak2 tu tak ada. Dulu bila budak2 tu buat perangai rasa geram dan seronok bila depa tak ada tapi bila ini yang berlaku aku rasa kesal pula. Saat itu aku rasa aku lebih rela mendengar suara diaorang menjerit dan menangis daripada terlantar kelemahan di wad sana.
Syukur Alhamdulillah hari jumaat lepas mereka semua boleh keluar. Adik aku yang sakit telinganya aku bawa ke Taiping Medical center. Aku n mak sepakat kata mahal pun mahallah asalkan cepat baik. Yang penting malas nak berdepan dengan karenah birokrasi pihak hospital.
Sekarang ni ketika aku menaip, aku baru sampai dari Bukit Mertajam. Melawat tok yang tidak sihat. Dalam seminggu ni memang banyak betul dugaan yang kami terima. Tapi tak mengapalah, asalkan semuanya masih sihat, aku tak akan merungut lagi.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...