Wednesday, January 31, 2007

minah rempit....aku?

Tadi semasa aku keluar beli makanan untuk lunch, sekumpulan budak sekolah tengah melintas jalan. Rasanya sekumpulan tak sesuai, tetapi lebih kepada segerombolan, seangkatan, kerana jumlahnya memang ramai. Aku pun tak tahu apa yang mereka buat ditepi jalan tu.
Nak kata, cikgu nak beri tunjuk ajar melintas jalan, rasanya bukan kot. salah satu sebabnya, anak2 murid tu ada yg lebih tinggi dari cikgu depa sendiri. lagipun semua tu bebudak sekolah menengah. kalau tak reti nak melintas jalan sendiri, hmmm tak tahu nak kata apa dah...
Aku pulak, bila dah merapati bebudak tu, maka aku pun perlahankan motor. mana tahu terlanggar anak orang, susah pulak. tgh aku dok slow motion tu terdengar bebudak tu kata " kak buat wheely kak....akak buat aksi superman kak. kami nak tengok.."
haha..apa kejadahnya (meniru kata2 wan din) aku nak buat wheely dan aksi superman. diaorang tak nampak ke aku ni begitu anggun berbaju kurung? muka aku ni ada iras muka2 minah rempit ker? ish...ada ka patut. nasib baik aku tak buat aksi wolverine. kalau tak ada la anak bujang orang tercalar sana sini...
Bercakap mengenai wolverine, nanti aku nak tulis n3 tentang lelaki mutan kesukaan aku ini.hihihiihi......

4 comments:

Unknown said...

Uiiiyoooo... camana orang boleh terkeliru cucu opah de ngan minah rempit nih... huhu..sabo je aku. Dibuatnya cucunda betoi-betoi buat wheely ngan superman apa ke benda namanya tu, mau pengsan bebudak tu... ahakz...sabo sabo.

karl Firdaus said...

Salam Violet,

Boleh tanya rempit tu apa maknanya ... adakah ianya sama dengan bahasa omputih remp it ??
Maaf kerana bertanya ........

Suka wolverine heh.... hmmmm ...

dhiya zafira said...

OPah...tu la. nasib baik saya tak tunjuk skill. kalau tak ada harapan bermalam kat hospital....hihiih


Karl,
rempit tu istilah yang diberikan kepada mamat2 dan minah2 yg suko benar berlumba motor secara haram. depa ni bolehlah juga digelar samseng jalan raya....

kenapa hmmmmmmmmmm? ada sesuatu yg saya perlu tahu? hahaa...

dhiya zafira said...
This comment has been removed by the author.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...