Thursday, April 17, 2014

NEW MANUSCRIPT - HRS


Taiping, Perak

            “ Kalau dia ada dengan kau, baik kau lepaskan dia sekarang. Aku sumpah Rais, kalau aku dapat kau...”
            “ Dia bukan hak kau lagi. Kau sendiri tahukan,” Rahang Kief bergetap mendengar jawapan di seberang sana. Segala telahannya benar-benar berlaku. Emma bukan sengaja melarikan diri daripadanya. Emma diculik oleh lelaki laknat itu.
            “Rais...” Dia dengan suara yang dalam. Cuba menahan amarah yang membuak-buak di dalam dada.
            “Aku bagi kau masa 4 jam untuk kau lepaskan Emma. Empat jam tepat. Kalau kau lewat even satu saat pun aku tak akan bertanggungjawab atas apa yang aku akan lakukan pada kau. Kau tak akan tahu apa yang menyerang kau sampai kau rasa menyesal kau dilahirkan. Empat jam Rais.” cetusnya sebelum mencampakkan gagang telefon itu ke dinding. Jimmy dan Eddie hanya berpandangan tanpa suara. Sesunguhnya mereka faham mengapa Kief begitu. 
Jimmy merenung wajah Kief yang kusut. Mana tidaknya insan kesayangannya hilang tanpa berita. Termasuk hari ini sudah hampir 12 jam Emma menghilangkan diri atau lebih tepat diculik oleh manusia bernama Rais itu. Sejam yang lalu mereka berdua sudah mendengar cerita daripada Kief dan tepat jam tiga, mereka semua akan memulakan pergerakan untuk mencari Emma.
Jimmy juga sudah menghubungi konteknya di setiap sempadan negara takut-takut Emma cuba dibawa lari keluar negara. Walaupun Kief sudah memberi masa selama empat jam untuk Emma dipulangkan tetapi mereka tidak akan menunggu selama itu untuk bertindak. Kedudukan Rais telahpun berjaya dikesan oleh mereka. Malah dia dan Eddie telah membuat tinjauan rapat ke kawasan terbabit dan kembali untuk melaporkan perkara itu kepada Kief.
“Jangan risau Kief. Emma tak apa-apa. Rais tak akan lakukan apa-apa pada Emma. Dia pun tahu dia tak berani nak berkasar dengan Emma,” Eddie memujuk abangnya yang hanya tua beberapa bulan daripadanya.
“Aku tak takut dia apakan Emma, Eddie. Aku tahu dia tak sebodoh tu. Aku cuma takut dia rampas Emma daripada aku. Dia ada hak. Dia ada hak untuk dapatkan Emma. Macam mana kalau lepas ni Emma...” Kata-katanya terhenti tiba-tiba. Jimmy melarikan pandangan. Tidak sanggup melihat atau mendengar Kief yang sedang berusaha keras menahan air matanya.
Ah...lelaki seperti Kief juga tahu mengalirkan air mata apabila insan kesayangan dimamah derita. Jimmy merenung wajah Emma yang ditunjukkan kepadanya. Tiba-tiba hatinya terasa pedih. Dia dapat rasakan apa yang sedang dilalui Kief ketika ini. Kalaulah Afi yang hilang begitu, dia tahu dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat menemui Afi kembali. Apa sahaja.
“Emma sayangkan kau Kief. Dia tak akan buat begitu pada kau,” pujuk Eddie cuba menenangkan jiwa abangnya. Mendengarkan itu Kief hanya ketawa kecil.
“Lisa pun sayangkan aku Ed. Tapi pernah kau fikir dia sanggup buat aku macam tu?” Eddie diam seketika untuk beristighfar. Fikiran Kief kacau bilau sehingga dia tidak sedar apa yang dicakapkannya. Dia cuba berdiplomasi walaupun ketika ini dia tahu abangnya itu tidak mahu mendengar tentang betul ataupun salah.
            “Lisa dah tak ada untuk pertahankan diri dia sendiri, Kief. Kau pernah sayangkan dia. Patutkah kau ragui dia macam ni sekali?” Kief hanya menggeleng.
            “Aku sendiri dah tak tahu nak fikir apa. Aku tak boleh hilang Emma, Ed. Aku boleh mati kalau aku hilang dia,” balas Kief bersungguh-sungguh. Di saat dan ketika ini dia di dalam keadaan yang terdesak amat.
            “Tak ada siapa akan hilang siapa.” Akhirnya Jimmy menyampuk percakapan dua beradik itu. Tidak boleh jadi jika mereka berdua berterusan begini. Salah seorang daripada mereka perlu rasional untuk memulakan tindakan dan membuat keputusan. Memandangkan Kief dan Eddie berada di dalam kondisi yang tidak stabil, lebih mudah dia mengambil alih operasi menyelamat ini. Operasi yang dilakukan tanpa pengetahuan daripada sesiapa melainkan mereka yang berkenaan sahaja.
            “Yang penting sekarang, kita dapatkan Emma dulu. Lepas tu kita boleh risau apa yang perlu kita risau. Buat masa sekarang, selamatkan Emma jadi keutamaan kita. It’s already fifteen hundred. Kita kena bertolak sekarang.” Tambahnya lagi. Dia bangun dan terus keluar membawa segala kelengkapan. Dia tidak menunggu sama ada Kief ataupun Eddie menuruti langkahnya. 
“Jimmy?” Kief memanggil namanya. Langkah Jimmy terhenti dan dia berpaling perlahan. 
Thanks...for being here...” ujar Kief lagi. Jimmy hanya mengangguk. Sememangnya dia memilih untuk berada di sini.




Wednesday, April 16, 2014

SDN - DELETED SCENE ( SPOILER ALERT)

Salam

Inilah adalah deleted scene dalam SDN. Jujurnya saya rasa menyesal juga membuang scene yang saya khaskan pada bahagian epilog..Tapi...Water under the bridge now..move on ajelah ya.. :)


Epilog I

"Hisham... ada orang nak jumpa."
"Mak Jah... saya tak nak jumpa sesiapa pun sekarang ni. Saya hanya nak sendirian sahaja."
"Mak Jah dah cakap nak, tapi dia nak minta jumpa juga. Hisham, Dzar Thalha datang dengan keluarganya. Mendengar nama Dzar, Hisham lantas bangun dari pembaringan. Mata yang seakan sudah mati, kembali bercahaya semula. Dia bangun mengemaskan keadaan diri yang terabai semenjak kematian Ayah dan anaknya. Izhar. Munirah pula terlalu sedih, membawa diri entah ke mana. Dia sendiri gagal mencari di mana jejak isterinya itu.
"Mak Jah... suruh dia masuk. Jemput mereka masuk nanti saya turun," balasnya teruja.
"Baik Hisham." Mak Jah berlalu sambil mengesat air mata. Sebak dia melihat keadaan Hisham seperti itu. Ibarat orang yang sudah jatuh lalu ditimpa tangga. Dia tidak tahu mengapa malang benar nasih Hisham ini. Atau mungkinkah ini balasan atas segala dosa yang telah dilakukan. Mungkinkah ini kifarah yang terpaksa dihadapinya. 
Kesemua mereka yang berada di situ menunggu tenang. Minuman dan makanan ringan yang terhidang masih belum dijamah. Masing-masing tidak mampu berbuat apa-apa memikirkan apa yang akan berlaku sebentar nanti.
"Assalamualaikum!" Mereka pantas berdiri apabila Hisham menegur tiba-tiba.
"Maaf... kalau abang buat Idah dan anak-anak menunggu lama." Dia menumpukan perhatian kepada Faridah sementelah hanya wanita itu sahaja yang mampu memaafkan dia ketika ini. Sedangkan Dzar dan Diana masih belum terbuka hati mereka. Tidak mengapa. Dia faham dan tidak mengapa. Dia tidak akan putus asa dalam menuntuk kemaafan terhadap kedua insan ini.
"Tak apa abang." Belas dia melihat keadaan Hisham yang seakan tidak terurus.
"Masih tak ada berita tentang Munirah?" Hisham menggeleng. Dia sudah kehabisan daya mahu mencari di mana Munirah menghilangkan diri. Sama ada Munirah sengaja pergi ataupun tidak, dia mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk isterinya itu.
"Abang... Idah datang dengan anak-anak membawa hajat." Faridah memulakan bicara apabila melihat Dzar mengangguk ke arahnya.
"Hajat apa, Idah?"
"Idah nak abang lepaskan Idah. Dah terlalu lama, nasih Idah tergantung macam ini saja. Jadi... Idah rasa, sudah sampai masanya keputusan harus diambil. Hubungan kita sudah berakhir lama dulu. Sekarang, biarlah ia diputuskan secara rasmi."
Hampir hendak pitam Hisham mendengar permintaan itu. Adakah ini sebenarnya tujuan kedatangan mereka? Ya ALLAH...ujian apakah yang kau berikan buat aku yang hina ini?
"Idah dah fikir masak-masak? Idah tak nak beri abang peluang lagi?"
"Percayalah... dah bertahun-tahun Idah memohon petunjuk Allah, bang. Bukan Idah tak mahu beri abang peluang, tapi Idah rasa perpisahan kita akan lebih mendatangkan manfaat daripada kita terus bersama."
"Ya abang faham. Abang tak boleh terus memaksa Idah bersama abang. Abang menolak hak Idah sebagai isteri, jadi abang tidak berhak meminta peluang daripada Idah lagi. Abang faham. Tapi sebelum kita berpisah, izinkan abang meminta maaf Idah."
Faridah mengangguk. Air mata jujur bagaikan hujan. Dia menunggu Hisham merapatinya. Hisham menghulurkan tangan dan dia menyambutnya.
“Abang minta ampun Idah. Abang minta ampun atas segala dosa abang pada Idah.” Hisham menangis teresak-esak.
“Idah ampunkan abang. Idah reda dengan apa yang berlaku. Maafkan Idah juga selama Idah bergelar isteri abang.”
Diana yang memerhati, menangis sambil memeluk abangnya erat. Tidak sampai hati pula melihat ayah mereka dalam keadaan itu. Dzar mengusap belakang tubuh untuk menenangkannya. Tapi dia melihat juga Dzar sedaya upaya menahan tangis.
            Hisham mengesat air mata. Kabur pandangan sewaktu menjamah tiga wajah insan yang paling dikecewakannya selama ini. Dia menghela nafas panjang.
            “Dengan lafaz Bismillahirahmannirrahim... Aku Mohammad Hisham bin Hassan, dengan bersaksikan anak-anakku, Dzar Thalha dan Diana .... dengan ini menceraikan isteri aku, Faridah binti Sulaiman dengan talak satu.”
Sebaik sahaja talak dijatuhkan, Hisham mengongoi seperti anak kecil. Faridah turut sama mengalirkan air mata. Dia memandang wajah Hisham dengan hati yang cukup lapang. Buat pertama kali, bebannya terasa begitu ringan.
“Terima kasih abang. Terima kasih kerana tunaikan permintaan Idah,” bisiknya dengan penuh keharuan. Hisham memejam mata. Tidak sanggup lagi dia melihat wajah mereka. Dia bangun untuk beredar namun suara Dzar mematikan langkahnya.
“Abah!” Ya ALLAH... silap dengarkah dia? Adakah Dzar memanggilnya abah? Dia mahu percaya namun dia tidak berani berpaling. Takut-takut jika semua ini hanya mimpi sahaja.
“Abah!” Itu... suara itu kedengaran lagi. Dia tidak salah dengar. Memang benar Dzar memanggilnya begitu. Setelah sekian lama, akhirnya dia mendengar juga panggilan itu daripada mulut Dzar. Perlahan dia berpaling semula. Dzar dilihat sudah menghampirinya. Hatinya sebak melihat wajah itu juga dipenuhi air mata. Adakah Dzar berasa sedih? Bukankah ini yang dimahukan semenjak sekian lama?
“Abah... hubungan mak dengan abah, mungkin sudah berakhir. Tapi hubungan antara kita, sampai kiamat pun tak akan terputus, abah. Abah mungkin hilang mak sebagai isteri, tapi abah masih ada abang. Abah masih ada Dian. Walau apa pun yang berlaku, kami tetap anak-anak abah.”
“Dzar...? Abang... Dian..betulkah apa yang abang dengar ni?” soalnya dengan nada tidak percaya. Ya ALLAH... Tolong jangan biarkan mereka ini berbohong. Aku sudah tidak sanggup menghadapinya lagi. Dzar mengangguk. Dia mengesat air mata yang mula mengaburi pandangan.
“Abang minta maaf sebab layan abah dengan buruk. Abang tak patut terus menyalahkan abah atas kesilapan masa lalu. Abang bersyukur sangat bila lihat abah benar-benar berubah. Maafkan abang, abah. Maafkan abang,” ucapnya bertalu-talu. Hisham hanya menggeleng. Dia terus menarik Dzar ke dalam pelukan. Dia memegang wajah Dzar dengan kedua belah tangannya. Kedua mereka hanya mengangguk dalam bicara tanpa kata. Hisham memandang ke arah Diana yang sedang menangis dalam pelukan Faridah. Dia mendepangkan kedua belah tangan dan dalam sesaat, Dian melayang ke dalam pelukannya.

“Dian... anak abah,” Hisham sebak. Dia sudah tidak mampu bersuara lagi. Hari ini dalam sejarah. Dia kehilangan isteri, namun dia mendapat kasih sayang dua orang anaknya semula. Syukur Alhamdulillah. 

Wednesday, April 09, 2014

Ulasan SDN - Que Razali



Link asal di sini

Alhamdulillah. Habis bca dalam masa sehari. Seperti biasa, aura Dhiya Zafira tak pernah hilang walau setahun tak keluarkan novel. Dan, seperti biasa saya tak teragak2 bagi novel beliau kali ini 5 bintang. Kisah Ara dan Dzar yg sungguh syahdu. Plot penceritaan yang disusun baik membuatkan kisah ini benar-benar hidup. Dan, sentuhan thriller DZ x pernah hilang. I love it! Kita sangka dia pembunuh tu, di akhirnya, lain pula yg muncul! Apa2 pun, suka dengan kemunculan Sid dan Izz. Ini bukan kisah cinta biasa! Tapi, sebuah naskah yg punya teladan tersendiri! Selamilah... Buat DZ, saya menantikan karya seterusnya...


Terima kasih Que... :)

Monday, April 07, 2014

ALHAMDULILLAH...SYUKRAN YA ALLAH

SALAM...


Terima kasih untuk anda dan anda dan anda yang menyokong perjalanan saya sebagai seorang penulis...


REVIEW SDN daripada Noraini dan Nur Amirah Syafiqah


Noraini Abd Aziz


Review untuk novel Setiap Detik Nafasku {SDN }
Assalamualaikum…
erikan ulasan ( terasa macam pengulas pro la pulak) sekali lagi tahniah kepada Dhiya dengan penghasilan novel terbaharu ini, yg secara otomatiknya telah menjadikan novel hasil garapan Dhiya kini 7 buah kesemuanya. Well done ! Lebih setahun me
Sebelum saya mem
bnanti buah tangan dari Dhiya Zafira selepas terhasilnya TBK akhirnya pada hari Selasa yang lalu (1/4/2014), SDN telah berada di tangan saya. Perasaan saya,..tentunya sgt teruja. Sungguh! Melihat cover SDN sahaja membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk membaca SDN…it so tempting!
SDN secara peribadinya bagi saya sangat SPECIAL & RARE . Sebelum membaca saya membayangkan SDN seperti 3 novel Dhiya sebelum ini TBK, HBR & JKP (Action-pack). Jangkaan awal saya meleset. Rupa2nya SDN adalah sebuah novel cinta. Novel cinta yg bukan biasa2 tetapi special! Kerana novel cinta ini lain dari yg lain. Jika 3 novel Dhiya yg terdahulu hero2nya merupakan LAW ENFORCEMENT sebaliknya SDN heronya adalah EX-CONVICTED!.Ini menjadikan keinginan saya utk mengetahui kenapa si pesalah diangkat sebagai hero semakin membuak-buak.
DZAR THALHA karakter baru ciptaan Dhiya mmg RARE. Dingin di luar hangat didalam! Saat saya membaca novel ini hilang terus bayangan Jimmy mahu pun Rif. Walaupun Izz & Sid ada diselitkan dlm SDN namun watak Dzar Thalha sgt menyerlah. Dia seorang lelaki jika ada di alam nyata akan menarik perhatian ramai wanita..really! Harus membaca SDN untuk mengenali Dzar Thalha. Watak AZRA QAIRINA pun sangat menarik. She’s a fighter in her own way. Ara sangat outspoken.Thumbs-up utk Dhiya yg selalu menjadikan heroin novelnya seorang wanita yg kental. Walaupun Ara tidak hebat beraksi spt Auni, tapi saya suka Ara yg alert dan berterus-terang. Dhiya always made us proud being a woman.
Sejujurnya, SDN menjanjikan ceritera yang menarik. Setiap helaian perlu dibaca utk kesinambungan cerita. Flashback Dhiya Zafira mmg superb! Sangat teratur lokasi & kejadiannya. Bahasa dan ayat yang digunakan ringkas tetapi bermakna. SDN sebenarnya sebuah novel cinta yg luar biasa. RARE. Tidak hairanlah kenapa Dhiya Zafira mengambil masa yg lama menyiapkannya kerana SDN really something. Kisahnya bukan sekadar kecewa kerana menunggu, tidak juga berbalah kerana cemburu ada orang ketiga bukan juga tentangan keluarga kerana darjat dan harta. SDN ada isu yang lebih besar yang membuatkan pembaca craving for more. Momentum disetiap bab membuatkan saya teruja untuk menyelak helaian seterusnya! . Overall, SDN mmg berbaloi untuk dimiliki. SDN ada segalanya. 582 mukasurat yang dipenuhi pelbagai emosi. Ada rasa cinta,humor,aksi,kasih sayang,pengkhianatan,penyesalan,cemburu,dendam. Semuanya telah diolah dengan baik oleh Dhiya Zafira. Syabas dan tahniah sekali lagi untuk Dhiya Zafira. Semoga Dhiya akan terus menghasilkan karya yang bermutu seperti ini. All the best.
p/s – suka jgk dgn watak tempelan staff Bella Rosa II…mcm comel je kan


salam kak dhiya zafira.

Saya nak buat review juga boleh? Hihi. Dalam masa 4jam saya habiskan utk baca novel terbaru akak. Couldnt stop sebab habis je satu bab rasa macam tertanya2 apa jadi strsnya. Ni nak baca kali kedua pulak. Hehe
Seriously, saya suka karya akak! Dzar dan Ara complete each other. Baca bab 1 pun dah rasa suspen. Tak terjangka pun yg sbnrnye dzar tu anak hisham. Dan yg jht sbnrnye izhar bkn rashid. Jalan cerita yg xdjgka. Masa baca, skjp senyum2, karang tba2 airmata mengalir. Lagi2, part yg Ara luahkan perasaan dia dekat .mak da pasal Alin. But seriously good job! Membuatkan lagi tertarik nak beli is cover novel ni. Tangan yg terikat dan rose, macam sesuatu! Suka layanan Dzar. Malu tapi mahu dekat Ara. Novel SDN akan jadi favourte saya. Sama macam JKP & TBK yang dah macam nak lunyai sebab asyik repeat nak baca. Haha. Tahniah kak dhiya! Good luck in others upcoming novels.

Dhiya ~ Saya terpaksa highlite beberapa perkataan utk memastikan pembca yang masih belum membaca tidak hilang rasa suspennya..hehehe
Untuk kedua mereka ini saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana menyokong karya saya...mudah2an anda juga berasa perasaan yang sama ketika membaca SDN ini.

Thursday, April 03, 2014

SDN - Lin Adnil n Normasliza Elyani 's reviews




Kepada kedua insan ini... terima kasih banyak-banyak kerana menyokong perjalanan saya sebagai seorang penulis...

Lin Adnil


Assalamualaikum wbt
Yeay..tiba masa utk mengomen..hihihi..haritu ckp ngan akak nk bc lps isya' kan..tapi jadipun..sbb apa? Tulah masalahnya bila sy berdpn dgn nov dhiya zafira..saya akan berdebar semacam smpai takut nak bc..
Hahaha melampau sungguh itu perasaan..

Baru je dpt selesaikan sdn..pertama kali berkenalan dgn dzar..saya dpt rasa aura misteri pd dzar..dzar berjaya diangkat sbgai hero sebaris hero2 akak yg lain..karakter tersendiri..hai camne nak ckp lagi ye..tapi apa yg pasti bila dzar ckp kat ara xpe saya ada ms xtvt snorkling tu..entah kenapa bibir saya yg menguntum senyum..angau sekejap..hahaha melting tau..dzar kurang bercakap pada mulanya..tapi bila dia bercakap saya yg angau..oh tidakkk
Apepun kak dhiya..tahniah atas penghasilan action nov yg superb..banyak nilai2 murni yg kita blh dpt dr sini..semangat kekeluargaan..kasih syg antara keluarga..kepercayaan..semua perkara yg menjadi tunjang dlm mencari kebahagiaan...dan yg paling pentig nilai sebuah kemaafan..
Dan satu perkara yg paling saya pasti..akak mmg bijak mewujudkan watak2 nov sebelum ni dan blend ngan cerita baru dgn baik sgt...buat saya rindu dgn sid..bila ingt sid..ingat juga ari..jan dan zarin..bila melepas rindu ngan sid pula..ingat pulak rif afi..n the geng geng..hahaha
Saya suka semua hero2 akak..masing2 ada keistimewaan sendiri..walaupun rif ttp no 1 di hati..hahaha... Mereka bukanlah lelaki yg begitu romantic..tapi mereka romantic dgn cara mereka sendiri.. Dan heroin yg sentiasa menjadi tunjang disebalik hero..the 'A' team.. X sbr nk jumpa another A..
Rasanya pjg lebar dah sy merepek..ntah ada isi ke tidak..saya bukanlah org yg pandai menyusun ayat dan kata2..apa yg pasti karya akak saya suka..tetap saya sokong..n pls dont stop tulis action nov.. Terapkan nilai2 islam dan elemen dakwah dlm penulisan..mudah2an akak trus berjaya lepas ni...adakah lps nih kief akan beraksi????
Saya akan setia menanti..congrats again kak!!!!

Normasliza Elyani
Setiap detik nafasku...membaca tajuknya sahaja membuatkan mas teruja untuk membaca. A novel with black colour and a touch of red as a cover is kind a mysterious for me. Dan ianya sangat mengujakan naluri mas sebagai seorang pembaca. You know what..actually i'm posting this comment right after kali ketiga mas ulang baca. Baca sampai 3 kali bukan kerana susah nak dihadam...tetapi kerana jalan ceritanya terlalu indah pada pandangan mas. The way kak Dhiya Zafira blends the story sangat2 interesting. Dzar Talha...watak yang pada mas sangat tulus dan how should i say yer..ermmm..i think the words is very charming. Yup...charming in his own way. Tersentuh hati bila dia berjumpa dengan bapa Azra Khairina...kata2 dia buat mas menangis sambil baca (ms 288) yang mula dengan ayat "jika tengku izinkan "itu. And honestly.. mas rasa macam dah jatuh cinta pulak kat si Dzar nih...Dzar Talha seolah2 biasan Izz Karami..but he's more gentle than Izz. And Azra pula seperti biasan Adni Zuhayra..but not as sedegil as Adni..she's more to lembut sikit dari Adni.. oooppss..jgn konpius yer..bagi yg tak pernah lagi baca karya kak dhiya..Adni dan Izz adalah watak dlm novel kak dhiya yang sebelum2 nih..begitu tu juga dengan watak inspektor Ziyad Sidqi. Mas suka sangat cara kak dhiya linkkan watak novel2nya..secara tak langsung sambil baca yang baru..mas ingat balik jalan cerita novel lama kak dhiya.. setiap penulis novel ada caranya tersendiri..dan ini antara sebab kenapa mas suka baca novel kak dhiya..the link..the thrill and the question mark yang berlegar dalam kepala masa baca makes the most interesting things to explore.. walaupun kak dhiya tak menulis hampir setahun..but the 'touch' that she has tak pernah hilang. Good job kak dhiya... i luv so much this new novel. Keep it up.. to you and to all my favourite novelist... please dont stop writting...coz your writting has the power to inspired me a lot...and it does touched my heart deeply...

# maaf sbb guna bahasa rojak. Bila mas teroverexcited with something...ini lah jadinya..hehehe!

Wednesday, April 02, 2014

Review SDN lagi

Salam...

Kali ini saya menerima ulasan daripada SECONDHAND NOVEL dan Melawati Ali.... Mudah2an ulasan ini mampu menarik minat anda semua untuk mendapatkan SDN...


Ulasan Secondhand Novel


Tajuk: Setiap Detik Nafasku 
Penulis: Dhiya Zafira 
Penerbit; Alaf 21
Mukasurat: 582 
ISBN: 978-983-124-938-3

Dzar Thalha seorang bekas banduan yang baru sahaja dibebaskan setelah mendapat pengampunan dari hukuman penjara seumur hidup sempena Hari Keputeraan Yang Di-pertuan Agong. Dia mendapat pertolongan dari rakan baiknya Izz Karami (nak tahu kisah Izz boleh baca Rindu Belum Berhenti) menguruskan sebuah chalet di Pulau Perhentian. Azra Qairina dipaksa kahwin dengan anak kenalan ibu tirinya. Bertindak membawa diri setelah ditunangkan dia ke Pulau Perhentian. Disitu Dzar dan Ara bertemu dan mula melakarkan sebuah lagi kisah yang bakal merungkai segala persoalan terutamanya kes dan motif pembunuhan Rashid yang mengheret Dzar dihukum selama 7 tahun dipenjara serta hubungan kekeluargaan yang lama terputus akibat dendam...
Saya suka naskah ini dan antara kenapa saya suka setiap karya Dhiya Zafira, penulis selalu menimbulkan persoalan yang membuatkan saya akan terus menyelak mukasurat seterusnya. Teknik imbas kembali dan masa sekarang yang diatur dengan baik bagi setiap persoalan yang timbul. Satu demi satu akhirnya terbongkar dengan baik dan pastinya ada kejutan yang tidak disangka pada watak antagonisnya. Kemunculan Izz Karami + Dini dengan cameo Ziyad Sidqi (Hati Bergetar Rindu) buat saya nak ulang baca semula kisah mereka 


Agak kurang aksi berbanding 3 buah novel aksi-thriller-romance (Jauh Kau Pergi, Hati Bergetar Rindu dan Tertulis Buat Kita) penulis sebelum ini, namun SDN masih dapat membuatkan saya tidak lekang mengadapnya sepanjang malam. Tahniah utk penulis - 4*
p/s: utk sid dan jimmiy....sepertinya tergugat sudah ranking dihati saya untuk dzar isi hehe.....
p/s/s: cover novel alaf yang sangat cun, serius!! 5* utk graphic designer.



Komen Melawati Ali

SETIAP DETIK NAFASKU....sebuah lagi karya Dhiya Zafira yg sememangnya tak pernah mengecewakan. Terasa ketat dada apabila menyelami kisah Dzar, dia dihukum diatas kesalahan org lain. Pengorbanan yang dilakukan amat berat. 
Ara...dipaksa menjadi galang ganti untuk memuaskan hati si ibu tiri...akhirnya membawa diri...

Dzar dan Ara bertemu dan terbongkar satu persatu rahsia yg tersimpan. Kisah silam kembali terbongkar.....kehadiran dua hero kita menambah perisa dlm SDN, kehadiran Izz karami dan kemunculan Asp Ziyad Sidqi....pasti membuat pembaca tersenyum walau pasti ada airmata yang mengalir. Tahniah bust dhiya kerana telah melahirkan nvl yang hebat ni...pada yang belum miliki, dapatkan ye... , rasa mcm tak sabar nak tunggu nvl seterusnya.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...