Tuesday, March 12, 2013

Review RBB


Salam...
Lama rasanya tak baca review tentang novel yang satu ni. saya jumpa masa saya sedang menggoogle. Ulasan ini datangnya daripada bz the witch..boleh baca di sini ya...



novel rindu belum berhenti-dhiya zafira

novel rindu belum berhenti-dhiya zafira ni aku memang suka. setakat ni, ini satu2nya novel dhiya zafira yang aku baca. memang nak beli novel2nya lain tapi sampai sekarang belum 'terbeli' lagi lagi..hihi. novel rindu belum berhenti-dhiya zafira ni mengisahkan tentang adni yang bertunang dengan khairy. zack pula yang terlibat dengan gengster, keluar dari kumpulannya dan ingin kembali kepangkal jalan. zack kemudian dapat maklumat tentang arahan untuk black membunuh adni. dia pun selamatkan adni masa gadis tu nak diculik. 

adni ni sebenarnya jiran zack dulu. sejak umur 15 tahun lagi dia sudah tergila2kan zack yang sudah tahun akhir di U. macam2 cara zack buat agar adni tak suka dia. tapi gadis tu tetap degil. lepas tu, mereka terpisah 10 tahun lamanya. kemudian zack dikhabar dah meninggal dunia. adni sangat sedih dan bertunang dengan khairy, adik zack sendiri. 2 tahun zack hilang ingatan dan bila dia sedar dan pulang rumah, khairy sudah bertunang dengan adni. khairy juga bagi amaran agar zack tak muncul2 lagi. zack kecewa dan dari situlah dia terlibat dalam kumpulan black. 

black dan orang2nya pula dendam pada zack sebab menganggu kerja2 mereka. pada masa yang sama zack juga mencari dalang sebenar dan siapa yang mengupah black untuk membunuh adni. dalam masa pelarian zack dan adni, macam2 perkara yang mendebarkan terjadi. semuanya berkaitan dengan black yang memburu zack.

pada masa yang sama, zack juga dituduh menculik adni. malah wang tebusan pun sudah dibayar. kemudian khairy akhirnya diketahui terlibat dengan hal ini. dia memang mengupah orang culik adni untuk dapatkan wang tebusan. khairy ni banyak hutang sebab kaki judi sebab tu dia sanggup peras wang tebusan dari pihak adni. adni sangat kecewa bila tahu hal tu. dia tak sangka tunangnya itu sanggup buat begitu terhadapnya.

zack masih tercari2 siap yang mahu adni mati. zack kemudian berkerjasama dengan polis untuk perangkap dalang disebalik kejadian itu. rupanya itu perbuatan murni dan pot. mereka sebenarnya adik beradik. murni ni kawan baik adni. dia tahu adni ni banyak harta, jadi dia berniat mahu merampas dan bunuh adni. akhirnya murni ditangkap dan pot pula mati ditembak oleh zack. zack cerdera parah sebab pot pun tembak dia. sebenarnya pot nak tembak adni tapi zack selamatkan dia. so, zack la yang kena tembak.

zack kemudian dijatuhkan hukuman penjara beberapa tahun. memandangkan dia bantu polis, hukumannya diringankan. lepas 3 tahun zack bebas sebab berkelakuan baik. dia larikan diri tapi adni datang cari dia. macam2 dia buat supaya adni jauh darinya tp adni ni degil tetap mahukan zack. sampai satu tahap, adni putus-asa dan tinggalkan zack. lepas tu barulah zack sedar dan dia tak boleh hidup tanpa adni. akhirnya mereka kahwin juga.


komen tentang novel rindu belum berhenti-dhiya zafira, memang bestlah...aku rasa zack tu macho habis. suka sangat watak zack tu. kalau semua penculik macam zack tu, sure ramai perempuan nak minta kena culik..hihi. masa baca novel ni juga terfikir, mana saja dhiya zafira dapat idea buat cerita best macam ni. rasa macam real je...

4 comments:

Happy Mind said...

Salam,
Kak Dhiya...saya memang dah lama nak baca novel ni. Watak Zack ni memang saya minat sangat(dari blog akak saya baca). Okey, sejak saya beli novel ni dari Karnival karangkraf 2011 sampai sekarang ni saya memang tak sempat baca sampai habis. (bukan xsempat, banyak bertangguh) kalau boleh nak baca bila ada feel, baru masyuk. Terima kasihlah pada penulis review ni. Saya akan teruskan membaca kisah seterusnya.

dhiya zafira said...

wkumsalam...

lepas baca jangan lupa komen ya :)

Unknown said...

Salam kak Dhiya! Saya baru je habis baca buku ni and in my opinion, ia memang langsung tidak menghampakan. Style akak tulis memang top! Saya follow akak dari buku Hati Bergetar Rindu, lepas tu saya cari nama akak kat library and terjumpa pulak buku Jauh Kau Pergi. Komando Rif memang terbaik la kak! Saya ada try cari akak kat Twitter ke tapi tak dapat. So lepas puas Google, saya pergi Karangkraf terus beli buku Tertulis Buat Kita. And, memang tak menghampakan langsung. Saya suka cara akak sambungkan JKP and TBK! Memang saya akui, susah nak cari buku akak tapi alhamdulilah, dapat juga. Saya harap akak dapat teruskan lagi menulis, sebab saya tak sabar dan akan menunggu karya-karya seterusnya daripada akak!

P/S: Saya dari Singapura! :-)

dhiya zafira said...

wkumsalam Ain…

terima kasih kerana membaca karya2 akak..
akak takde kat twitter tapi akak ada ig…just cari dhiyazafiraz
dz ok.. :)

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...