Thursday, August 30, 2012

~TERTULIS BUAT KITA~



Harga 
SM : RM22.00
SS : RM25

Di Langkawi mereka bertemu. Istilah cinta pandang pertama ternyata bukan untuk dia. Bagi Auni Sofina, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Jimmy dalam diam mengatur strategi. Jiwa keras Auni wajib ditakluki.
Dia ada misi menjalankan operasi bahaya. Namun tidak disangka dia terlibat dalam operasi Cinta. Lalu bagaimana seharusnya berlaku? Mereka tidak dibenarkan jatuh cinta. Tetapi ternyata ci
nta melebihi segala-galanya. Inilah jadinya bila emosi merajai akal, bila rasa percaya hilang dalam kekaburan. Antara Auni dan Jimmy, laluan berombak penuh dusta dan airmata pun bermula.
Jimmy ~ Panjangkanlah jodoh antara aku dengan dia, Ya ALLAH. Maafkan aku kerana tidak tahu. Jangan aku dihukum kerana melakukan perkara yang benar. Jangan pisahkah aku dengan dia. Ambillah apa sahaja, asalkan bukan dia.
Auni ~ Syurga Auni terletak di kaki abang. Tapi Auni menempah tiket ke neraka dengan apa yang telah Auni lakukan. Andai ada secebis kasih, maafkanlah isteri abang yang berdosa ini.
Memang benar, cinta itu satu pertempuran. Satu perjuangan. Dan cinta itu wujud dalam sebuah tindakan yang agung iaitu memaafkan.





BLURP DI COVER NOVEL

AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta dengan lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya.

“Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?”

JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina.

“Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”




Salam...

Alhamdulillah..saya persembahkan cover novel berbaharu saya untuk tatapan anda semua. InsyaALLAH akan berada di pasaran bulan oktober. Namun saya akan ke Alaf minggu depan..mudah-mudahan saya dapat mengambil stok  TBK lebih awal...ohhhh..tak sabarnya nak pegang buah hati baharu saya ni..Jangan lupa dapatkan di pasaran...kalau nak order dengan saya pun boleh...beli jangan tak beli ya....

Friday, August 10, 2012

JIWA KACAU - ULASAN

Salam
Komen seorang pembaca mengenai ANTALOGI JIWA KACAU. Terima kasih kepada LELAKI INI yang sudi membaca dan memberi ulasan. Saya hanya paparkan komen mengenai cerita saya sahaja. Untuk komen yang lain, boleh ke blog beliau. Hanya klik nama beliau di atas. Untuk LELAKI INI, terima kasih banyak-banyak di atas ulasan anda. Sudi-sudikan baca buku-buku saya yang lain juga ya... (^_^)
4) Buru Bayangan Luka
Cerita paling best..
Dalam antologi ini..
Lagi best kalau..
Dia menjadi satu novel..
Bukan dibukukan secara antologi..
Pembunuh dalam cerita ini juga.
Disembunyikan dengan agak baik...
Walaupun sebenarnya boleh je teka..
Penilaian: 4.2/5

Thursday, August 02, 2012

TERTULIS BUAT KITA

Salam

Ini bukan cover sebenar TBK ya...saja saya suka memandangkan cover sebenar masih belum siap lagi..


ALHAMDULILLAH....segala debaran dan kebimbangan saya beberapa hari ini berakhir pagi tadi apabila editor memberitahu tajuk pilihan saya dikekalkan sebulat suara semasa meeting editor semalam. Selepas ini Jimmy's story akan dipanggil TERTULIS BUAT KITA @ TBK...lega..itupun editor bermain tarik tali dengan niat mahu mengusik saya. makinlah  saya bertambah gabra...adui..tak baik okeh kak..dera saya pagi2 ni..huwaaaa.....Bahagia saya menjadi-jadi apabila editor cakap mss saya ni memang 'BEST'...wah...kembang..ALHAMDULILLAH..mudah-mudahan pembaca juga nanti berasakan pendapatkan yang sama..Amiinn...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...