Thursday, May 31, 2012

Hoyey..sudah siap

Salam...


Alhamdulillah. Hanya itu yang boleh saya katakan apabila akhirnya saya berjaya juga menoktahkan Jimmy's story pada 29 Mei lalu. Bermula 16 disember 2010, saya telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan satu cerita.
Terus-terang, inilah kisah yang paling sukar untuk saya tulis. Banyak dugaan yang terpaksa saya hadapi semasa menulis jimmy. Perkara suka dan duka silih berganti. Dari pemergian adik saya buat selama-lamanya sehingga ke kisah perkahwinan saya. Semua itu menuntut ketahanan emosi yang bukan sedikit.
1 tahun 5 bulan....Sungguh lama jika hendak dibandingkan dengan novel2 saya yang mampu diterbitkan dalam jangka masa setahun sahaja. Dan terlalu lama jika hendak dibandingkan dengan HATI BERGETAR RINDU yang saya tulis dan diterbitkan dalam masa 7 bulan sahaja selepas JAUH KAU PERGI. saya sendiri melanggar deadline sendiri dan juga melanggar deadline yang diberikan oleh editor. Seharusnya ketika ini saya sudahpun menulis manuskrip yang seterusnya. mungkin sudah disiapkan suku ataupun separuh. Tetapi kenyataannya, sehingga ini saya masih belum bermula lagi.
Kini, saya di dalam fasa berehat buat seketika. Mahu menghilangkan penat lelah yang masih bersaki baki sebelum saya meneruskan kisah Kief's story pula. Aduhai...kisah yang tidak sabar saya mulakan tetapi saya jadi takut untuk menulis drama keluarga ini. Di saat, pembaca yang sedang 'gilakan' kisah kahwin paksa dan komedi ringan saya masih tetap dengan cara saya. pesan teman, pembaca mahukan cerita2 romantis..ringan dan kelakar. dan kalau boleh ada scene2 yang hot hot gitu..itulah yang melariskan cerita.
Hmmmm..kalau begitu, buku saya tidak akan larislah nampaknya. Kisah saya bertentangan dengan semua yang diminta. Aduhai..susah sebenarnya nak memuaskan hati semua pihak ya. Langkah senang, ambil jalan tengah. tulis sesuatu yang bisa mengambil hati pembaca dan dalam masa yang sama, prinsip dan pegangan saya tidak tergadai. itu lebih baik, bukan?
Jadi..bila jimmy akan diterbitkan? Saya masih tidak tahu..dari sepatutnya April, ke Mei dan Julai..selepas ini tidak tahulah bila Jimmy dapat dinikmati semua.
Saya gementar jujurnya...begitu lama, janganlah nanti ada yang berkata...macam ini aje...menulis begitu lama..hasilnya...Ya ALLAH..saya sudah melakukan yang terbaik dan berharap hasilnya dapat memuaskan hati semua pembaca...Insyallah

Wednesday, May 30, 2012

ANTALOGI JIWA KACAU




Salam...

Nah! Saya kenalkan projek terbaharu saya bersama 4 rakan penulis yang akan menjengah pasaran InsyaALLAH, minggu depan. Kepada peminat tegar kisah-kisah misteri. Thriller dan aksi, boleh dapatkan naskah ini di pasaran....

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...