Salam
Aduhai..Januari sudah sembilan hari berlalu..blog saya tetap macam itu jugak. Banyak cerita sebenarnya yang nak diceritakan tapi kena ikut aturanlah ya..lagipun sambungan n3 ke Langkawi dulu pun baru habis...aduhai cerita dah basi kan..tapi tak apalah..saya mahu bercerita juga.
Hari ke 2, pagi-pagi kami dah keluar rumah untuk aktiviti pagi yang saya amat-amat teruja sekali iaitu Island Hopping. Pada mulanya, Island Hopping ini tidak termasuk dalam agenda kerana kureng bajet...dan masa tak tahu nak slotkan di mana kerana sekurang-kurangnya 3 jam diperlukan untuk aktiviti ini. Saya bercadang mahu pergi seorang atau dengan sarah kerana saya fikir mungkin ramai yang tidak mahu naik bos kerana takut mabuk laut. Tapi..entah macam mana...kalu dapat deal kereta sewa yang lebih murah...sekaligus menyebabkan perbelanjaan kami berlebih. Lantas..saya terus masukkan aktiviti ini (dengan bantuan anak tuan rumah homestay yang kami tinggal ini, dia yang menguruskan segala-galanya. Belikan tiket untuk naik cable car..beli tiket untuk masuk underwater world dan tempah bot utk Island hopping ini.
Saya sudah tidak henti-henti hendak tersenyum. Rasanya ramai yang tahu saya sudah kemaruk mahu melihat laut..mahu mendengar bunyi ombak. Dan Island Hopping ini benar-benar membuatkan saya rasa..Ya ALLAH...seronoknya. Kena pula dengan cuaca yang baik..kami singgah di Pulau Dayang Bunting dahulu. Diberi masa selama sejam untuk ke Tasik DB. Saya tidak pernah ke sini..infact antara ramai2 itu, hanya abang ipar saya dan emak saya saja yang pernah menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi ini.
Untuk ke Tasik DB ini, kita kena memanjat sedikit rupanya. Saya mula risaukan emak. Biasalah..apa-apa aktiviti yang kami lakukan, kami akan memastikan emak tidak perlu memanjat, atau berjalan jauh. Kerana emak mudah penat. Bila penat..takut efek kepada jantungnya itu. Budak2 pula sudah excited. Mereka memanjat lebih dulu ke hadapan. Dalam pagi2 yang hening itu akan terdengarkan suara saya..dah yg lain2 menjerit pada budak2 supaya perlahankan langkah. Last2..saya yang terpaksa mengejar sementara yang lain menunggu emak dibawah. Saya dan Sarah terpaksa mengawal 5 budak yang hyperaktif. Ya ALLAH...mmg tak boleh berlakon ayu langsung kalau dengan budak2 ni. Mana diaorang dapat tenaga pun saya tak tahu. Selepas memanjat..kena menurun pula..tangganya agak curam dan tak sekata. Emak sudah tertinggal jauh dibelakang. Saya tiba dahulu di tasik. Alahai..boleh mandi rupanya...Ruginya tak bawak pakaian salin...tapi tak mengapa...tak dapat basahkan badan, saya rendamkan kaki sahaja....
Beberapa minit kemudian..emak saya sampai dengan adik saya. Kami lepak2 sekejap..bergambar...dan berendam kaki di dalam kolam yang penuh dengan ikan. Salah satunya ada ikan Keli. Bila lihat orang rendamkan kaki..kami pun rendamkan sama, walaupun emak dah berpesan...ikan keli tu tak menyengat ke. Kami kata tak kot..saya rendamkan je kaki dan rasa geli je bila ikan menyentuh kaki. Bila dah cukup masa kami pun bersiap2 mahu beredar. Nun di tepi dinding kedai yg berdekatan dengan kolam..ada amaran..boleh rendamkan kaki namun ikan keli itu memang berbisa. Aduhai...Sarah dah berleter. Nasib baik tak kena gigit. heheheh..
Perjalanan balik pon memenatkan jugak utk kami yang sihat ni. apatahlagi emak. Masa tu orang lebih ramai sudah tiba menjadikan kawasan tangga tu agak sempit. Bot kami sudah menunggu. Dan kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Pulai Singa Besar( kalau tak silap) untuk aktiviti eagle feeding.
bersambung ya...
4 comments:
salam kak..dah lama x jengok blog akak...dah banyak yang tertinggal...waa...seronoknya holoday kat Langkawi..tak sabar nak g bulan 10 ni...hehehe..
wah besarnya family dhiya! sampai 16 orang sekali pergi bercuti!
Salam anum...
akak pon dah lama tak update blog ni..heheheh...mmg best p langkawi....
Dieya...
hehehe..memang ramai...hahahha..
Post a Comment