Wednesday, September 30, 2009

Bengkel Penulisan Thriller & Aksi

ALAF 21 akan mengadakan bengkel penulisan yang akan dipimpin oleh dua orang novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Murshid dan Eyman Hykal. Tujuan bengkel ini untuk memberi panduan bagaimana menulis novel berbentuk thriller dan aksi.
Mereka yang berminat jangan lepaskan peluang mengikuti bengkel ini yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 10 Oktober 2009
Tempat: Akademi Karangkraf
Alamat: Kumpulan Karangkraf Sdn BhdLot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15Shah Alam, Selangor.
Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
Peserta: 27 orang
Yuran: RM35
Sarapan, makan tengah hari dan cenderahati disediakan.

Bayaran hendaklah dibuat kepada Alaf 21 menerusi akaun Maybank 014271416077. Fakskan slip bayaran, butir-butir diri anda serta nama kursus ke 03-55113817 atau e-mel ke http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/bengkel%20thriller/alaf@alaf21.com.my
Sebarang pertanyaan sila hubungi Sa’adiah/Roziana di talian 03-55118820/21
p/s - Insyaallah...aku akan turut serta sebagai peserta bengkel. Sekurang-kurangnya aku boleh memperbaiki gaya penulisan aku. Aminn...

Tuesday, September 29, 2009

luahan I

Salam....
Kembali selepas bercuti panjang untuk hari raya kali ini. Tahun ni kali ke 3 aku sekeluarga beraya tanpa kehadiran ayah. Rutin kami sama sahaja seperti tahun-tahun sudah. Selepas sembahyang, kami sekeluarga ke pusara ayah. Kawasan perkuburan ni memang meriahlah pada syawal pertama. Masing2 pakat membersihkan rumput dan lalang2 yang tumbuh sampai tak nampak mana kubur tu sendiri. Nasib baik pusara ayah sentiasa bersih. Aku dan adik2 sentiasa pastikan pusara ayah bersih selalu. Entahlah...menziarahi pusara ayah dah jadi macam rutin kami. Tak payah tunggu hari raya baru nak menjenguk muka. Memang rasa bersalah sangat2 kalau dalam sebulan tu tak ke pusara ayah...rasa macam kami dah lupakan ayah pula....
Aku bukannya apa..kadang2 rasa kesian pula tengok banyak kubur yang terbiar dan tak terjaga langsung. Mungkin banyak sebab yang menyebabkan keadaan itu berlaku tetapi yang peliknya...situasi yang sama tetap berlaku. Setiap kali syawal datang...kubur yang terbiar tu akan bersih kembali. Jadi kalau nak dikatakan warisnya tiada, memang tidak boleh.
Kalau tak ada masa untuk membersihkan atau duduk jauh dan payah untuk pulang, apa salahnya kalau minta tolong pada penjaga n pengali kubur kawasan tu untuk membersihkannya. Berilah upah seikhlas mungkin kalau tak mampu nak lakukan sendiri. Bukannya payah..cuma semuanya pakat ambil mudah. Semuanya menganggap Kubur itu hanya satu ritual yang perlu dihadiri pada syawal sahaja. Cuba bayangkan kalau itu yang berlaku kepada kita....Sedihkan...

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri buat semua


Ramadan hampir berakhir dan Syawal bakal menjelma. Aku ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang mengenali aku tidak kira di mana jua anda berada...Maaf Zahir batin andai selama ini ada perlakuan aku yang menguris hari semua....

Tuesday, September 08, 2009

Review RUD

Komen pertama dari seorang pembaca lelaki...Terharu aku jadinya..Terima kasih tak terhingga untuk Azrin

Dari Kaca Mataku Rindu Untuk Dia...
Jujurnya, kak Dhiya sangat improve dalam novel ketiganya ini. Jalan cerita dan plot yang sangat teratur dan licin. Bahasa yang digunakan juga sangat ringkas tetapi penuh bermakna. Dapat aku rasakan setiap perasaan dan 'jiwa' watak-watak utama terutama Amie dan Jad dalam setiap bait, rangkap tulisan kak Dhiya ini. Kegusaran, kegelisahan, kegembiraan, rasa cinta dan rasa simpati jelas disignifikasikan melalui setiap coretan perkataan yang digarap oleh kak Dhiya. Watak Amie dan Jad, benar-benar dilukis dengan penuh perasaan oleh beliau. Bila Amie gusar, aku turut sama mengalami kegusaran, bila Jad tertekan aku turut sama berasa tertekan. Novel ini juga, mencantas segala kritikan dan sinikal segelintir pihak yang menanggap novel-novel cinta hanya memaparkan mesej percintaan semata-mata, sebaliknya dalam Rindu Untuk Dia aku dapat menimba maklumat mengenai jenis-jenis Amnesia, jenis-jenis trauma dan juga didedahkan dengan dunia kepolisan yang sebenarnya. Jelas menunjukkan bahawa kak Dhiya membuat banyak homework sebelum diadaptasikan ke dalam Rindu Untuk Dia. Syabas Kak Dhiya!
Dari Dalam Hatiku : "Rindu Untuk Dia ; Merakam episod kemurungan Amie Najla', cerita luka Jad Imran, suci hati seorang Suraya dan betapa akrabnya sahabat bernama Hani serta tumpasnya kehidupan Zahim durjana"

Wednesday, September 02, 2009

RUD di carta


Salam...

Tadi semasa sedang ber sms dengan Rinn, aku diberitahu oleh Rin bahawa RUD sedang menduduki tangga ke 4 carta buku di MPH Alamanda..Rinn siap emelkan aku bukti bergambar lagi. Hehhe..tak terkata aku...Aku sendiri pon tak pernah menangkap gambar di kedai buku. Tapi bagi kes ini aku amat menghargai apa yang dilakukan oleh Rinn dan kawannya. Terima kasih banyak2 ya...
Walaupun no 4, aku cukup bersyukur kerana buku aku di pasaran pun baru lebih seminggu usianya. Itu dah cukup baik bagi aku...Ini membuatkan aku semakin bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak lagi novel yang baik dan bermutu. Kepada semua pembaca RUD....terima kasih yang tidak terhingga untuk anda semua.

Tuesday, September 01, 2009

Status pos II

Salam....
Untuk makluman kepada Nana, Fadilah Diyana, Hasliza, Mariya, Noory, Joey, Halida, Alia dan Siti Sarah....Buku anda sudah di pos tadi...mohon maklumkan kepada saya thru emel jika anda sudah menerimannya...thanks...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...