Salam....
Kembali selepas bercuti panjang untuk hari raya kali ini. Tahun ni kali ke 3 aku sekeluarga beraya tanpa kehadiran ayah. Rutin kami sama sahaja seperti tahun-tahun sudah. Selepas sembahyang, kami sekeluarga ke pusara ayah. Kawasan perkuburan ni memang meriahlah pada syawal pertama. Masing2 pakat membersihkan rumput dan lalang2 yang tumbuh sampai tak nampak mana kubur tu sendiri. Nasib baik pusara ayah sentiasa bersih. Aku dan adik2 sentiasa pastikan pusara ayah bersih selalu. Entahlah...menziarahi pusara ayah dah jadi macam rutin kami. Tak payah tunggu hari raya baru nak menjenguk muka. Memang rasa bersalah sangat2 kalau dalam sebulan tu tak ke pusara ayah...rasa macam kami dah lupakan ayah pula....
Aku bukannya apa..kadang2 rasa kesian pula tengok banyak kubur yang terbiar dan tak terjaga langsung. Mungkin banyak sebab yang menyebabkan keadaan itu berlaku tetapi yang peliknya...situasi yang sama tetap berlaku. Setiap kali syawal datang...kubur yang terbiar tu akan bersih kembali. Jadi kalau nak dikatakan warisnya tiada, memang tidak boleh.
Kalau tak ada masa untuk membersihkan atau duduk jauh dan payah untuk pulang, apa salahnya kalau minta tolong pada penjaga n pengali kubur kawasan tu untuk membersihkannya. Berilah upah seikhlas mungkin kalau tak mampu nak lakukan sendiri. Bukannya payah..cuma semuanya pakat ambil mudah. Semuanya menganggap Kubur itu hanya satu ritual yang perlu dihadiri pada syawal sahaja. Cuba bayangkan kalau itu yang berlaku kepada kita....Sedihkan...
No comments:
Post a Comment