Monday, March 30, 2009

Akhirnya....lagi

Salam....
Tadi pada pukul 1.30 petang, Manuskrip aku berjaya sampai ke tangan editor. Ya...setelah menjalani pelbagai pembedahan, entah apa pula pembedahan yang akan dilakukan oleh para editor. tetapi apa yang pasti, aku sudah benar-benar boleh menarik nafas lega. Aku terasa mahu bergumbira pula. Kebelakangan ini aku terasa penat sangat. Kerja hakiki di tempat kerja juga semakin menjadi-jadi banyaknya. Malam ni, hidup aku akan kembali menjadi normal. sekurang-kurang kalau ada sesiapa yang text aku malam ini, tiadalah jawapan sedang edit manuskrip yang menjadi jawapan standard aku. Malam ini aku boleh menikmati gang kegemaran aku mencari scylla yang seterusnya, dengan penuh lapang dada. yey...yey...yey..

Friday, March 27, 2009

update


Baru siap dicetak. panas lagi kertasnya. oleh kerana naskah ini hanya untuk dibaca oleh aku dan sekutu-sekutu aku, ketebalan dia lebih nipis dari biasa, font pun dikecilkan juga.hehehe Saja nak berjimat. ekonomi kan meleset sekarang ni.


Beberapa mukasurat yang telah siap diedit. aku menyenaraikan di dalam sehelai kertas m/s mana yang perlu diubah, akhirnya aku buang kertas itu kerana 99.9999% ada kesalahan pada setiap m/snya...hmmmm


Salam...
Walaupun seksa aku sudah tamat dengan tersiapnya menuskrip ke 3 ini namun aku masih belum bebas dalam erti kata yang sebenar. sepanjang minggu ini tugas aku adalah seperti di atas. heheheh...sebelum mss ini diserahkan kepada editor, aku terlebih dahulu terpaksa membaca, meminda, menambah, membuang segala apa yang patut supaya hasilnya nanti insyaallah akan lebih kemas dan cantik. Argh...tak sabar rasanya...



p/s - Hari ini genap 2 tahun arwah ayah pergi. Masa berlalu terlalu pantas sehingga kita sendiri terlupa apa yang sedang berlaku disekeliling kita. Untuk ayah...kami tetap mendoakan...AL-FATIHAH.

Wednesday, March 25, 2009

Tempoh hibernate tamat

Salam....
FUH...LEGAAAAA. itulah yang aku rasakan sejak semalam. Manuskrip ke 3 akhirnya siap juga. Aku rasa beban yang hinggap pada bahu aku semakin ringan. Aku sudah boleh berehat walaupun tidak sepenuhnya lagi. Aku masih mengedit mana-mana yang patut. Sebelum menghantar mss, aku perlu memastikan mss aku itu kelihatan 'cantik' dan 'menyenangkan hati'. Aku harap sangat mss kali ini tidak mendatangkan banyak masalah (sebagaimana susah dan jerih peritnya aku menulis).
Apa pun tempoh hibernate aku sudah tamat. dan kepada kawan2, maafkan aku kerana menyepikan diri dalam jangka waktu yang agak lama. Insyaallah selepas ini aku akan merajinkan diri untuk update blog. ciao....

Monday, March 02, 2009

Dah OK

Salam...
ALHAMDULILAH....blog dah ok. Tapi aku masih akan berhibernate untuk sementara waktu. Jumpa anda dilain hari. ciao...

Sunday, March 01, 2009

Aku tak tahu apa yang terjadi pada blog aku ni. tetiba je jadi macam ni...adus...oklah...aku nak hibernate sekejap...TENSIONNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...