Friday, November 07, 2008

nukilan hati...

Salam...
Semalam sewaktu aku hendak ke tempat kerja semula selepas lunch di rumah, ada orang memberi salam. Aku dengan emak terpinga-pinga sebab tidak mengenali tetamu yang datang itu. Selepas memperkenalkan diri, dan melihat dari jarak dekat barulah identiti sebenar tetamu itu terbongkar.
Aku masih tidak mengenali suami isteri yang datang bertandang itu. lantas emak bercerita, mereka adalah jiran kami semasa di N.9 hampir 20 tahun dulu. punya rapatnya mereka dengan emak dan arwah ayah sehingga emak menganggap mereka seperti adik sendiri. dan Pakcik Shafie dan isterinya makcik Fauziah beria-ia cuba membawa aku kembali ke zaman silam. oh...kepala aku buntu. nama mereka terasa seakan pernah didengar namun kenangan antara aku dan mereka masih pudar. cewah...aku memang tak ingat apa-apa.
" Sampai hati hang tak ingat pakcik Piee, Mardhiyah." Aduh...nama lengkap aku masih dingati sampai sekarang. Aku hanya tersenyum-senyum malu apabila keletah aku semasa kecil menjadi bahan bualan.

" Dalam banyak2 adik beradik hang, hang paling rapat dengan pakcik. Pakcik ingat lagi hang...dengan seluar pendek hang, sikat kat poket dok kena ligan dengan pakcik. hang tomboy dulu tau dak?" Hmmm...sejarah ketomboian aku memang aku tak pernah lupa. berapa banyak budak menangis kena usik dengan aku. kalau main kahwin-kahwin, part suami aku yang pegang....hahahahha.
" Dulu hang besarq lidi ja..." katanya sambil menunjukkan kelingking. aduh....pakcik bab ni janganlah diingatkan. aku tahu zaman aku kanak2 dulu aku seperti budak tak cukup zat. kurus melidi tapi sekarang...ayo....hahahahaha...dan bermacam-macam kisah lagi yang terbongkar.
Sebenarnya kedatangan mereka ke rumah kerana mereka baru mengetahui yang arwah ayah telah pergi. Emak pun aku lihat serba salah kerana bukan tidak mahu beritahu tetapi setelah lebih 20 tahun, masing2 terputus hubungan. Entah macam mana mereka dapat alamat kami tetapi yang pasti selepas ini, hubungan akrab yang terputus itu kembali terjalin.
Ya...ramai teman2 rapat arwah ayah semasa menjadi tentera dulu datang melawat. Ada yang dapat berita. ada yang tidak. dan ada yang datang bertanyakan benarkah berita yang mereka dengar.Emak beritahu semua kawan2 yang rapat dengan arwah. mana yang dapat dikesan, tahulah beritanya, mana yang tidak seperti Pakcik Shafiee ini walaupun hampir 2 tahun namun mereka tetap datang mencari.
Dalam diam aku cukup kagum dengan persahabatan mereka. Jarak dan masa tidak pernah menjadi halangan. alangkah beruntungnya arwah ayah kerana mempunyai sahabat2 seperti ini. dan aku tatkala menghantar tetamu istimewa ini pulang, tersentap melihat pakcik Shafiee menangis tiba-tiba. tidak perlu bertanya...tidak perlu hairan kerana aku tahu apa maksud air matanya yang bergenang.
Ya...kami semua masih rindukan ayah. Al -Fatihah.

2 comments:

Unknown said...

Salam Dhiya...
Sungguh menyeronokkan mendengar perspective orang lain terhadap kita di zaman kecik-kecik dulu. Akak teringat, zaman kecik-kecik dulu, orang ingat akak anak India. Ada tukang gunting yang berjiran dengan kami, nama dia Sathiya. Bila orang tanya, dia kata akak anak dia. Sakit jiwa aku. Lepas tu, dia pandai-pandai tukar nama akak jadi MarD**** jadi Piano! PIANOOOO!!! Itu yang dia panggil bila dia lalu depan rumah naik basikal palang dia tu... he he he. Seronok, kan.
On a serious note, datuk akak meninggal masa akak berusia 8 tahun. Akak rapat dengan datuk akak tu. Selalu kena kejar dengan dia sebab jahat tapi bila nak beli biskut pusat (biskut bulat yang ada gula kaler-kaler kat atasnya tu), mulalah merengek-rengek ajak orang tua tu ke kedai. Haii... rindu kat atuk. Sampai hari ni asyik menangis je bila teringatkan dia.

dhiya zafira said...

salam OD,

Memang seronok kalau dapat duduk bersembang dengan keluarga sambil mengimbas memori lama. sebenarnya saya memang praktikkan dengan kelurga...kami memang suka lepak2 depan tv makan kuaci atau kacang pagoda dengan air teh. lepas satu satu cerita akan keluar...
tak dapat dinafikan ia memang dapat mengeratkn hubungan keluarga menjadi lebih akrab.:)


p/s - arwah ayah panggil saya Mat diah( hahahahah) sebab ketomboian saya...hehehehe

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...