Tuesday, September 02, 2008

Softlaunch Rindu Belum Berhenti

Girls Power...hehehe. Terima kasih banyak2 untuk kak Eka, Lynn, Hezzy, Laila, kak Norz dan kak lily.

Antara Hadirin yang sempat bergambar bersama.


Ambil gambar dulu sebelum mulakan majlis


Lynn Dayana - AJK tempat dan makanan. fuh serius je


Tetamu jemputan istimewa - Carrie kirana dan Pokcik Mersik

Salam...
Alhamdulillah, akhirnya Majlis soflaunch RINDU BELUM BERHENTI @ makan-makan @ ramah mesra selamat dilangsungkan pada 30hb ogos ( Sabtu lepas) di Pizza Hut Maju Junction. Tak sangka sungguh majlis yang dirancangkan pada saat-saat akhir akhir ini berjaya seperti yang dirancangkan.
Terima kasih tidak terhingga pada Hezzy Azra n Haha, Pokcik Mersik, kak zarina, kak ija ( ALAF FC), Carrie kirana, dyea, sil ( geng kicap), Rinn, suhaila, Honey, naza, Aida, Halida, shafiq, anis( anak kak lily), Diyana n Sarah ( anak kak eka) yang sudi hadir memeriahkan majlis ini.
Istimewa buat kak Norz, kak eka, kak lily, lynn dan Laila....hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Terima kasih kerana membantu merealisasikan impian ini menjadi kenyataan.
Kepada semua, seandainya ada kekurangan dan cacat cela sepanjang majlis berlangsung, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Insyaallah, akan datang, segala kekurangan itu akan diperbaiki.
p/s - Aku agak terkedu apabila mendengar soalan carrie yang berbunyi " apakah mesej yang aku cuba sampaikan lewat karya aku."
Sejujurnya, aku tidak pernah terfikir mesej apa yang aku cuba sampaikan pada para pembaca. sungguh. perkara ini langsung tidak terlintas dalam fikiran aku. Yang pasti apabila, coretan-coretan yang aku hasilkan bertukar menjadi manuskrip dan seterusnya dibukukan, hanya satu sahaja yang terlintas pada fikiran; Aku mampu menulis. Aku mampu mencabar impian aku untuk menjadi kenyataan. aku mampu mencabar kemampuan aku sendiri. Iya...semuanya tentang aku dan aku. Aku jadi lupa pada pembaca2 yang membaca karya aku. Apakah mesej yang aku cuba sampaikan. sejauh mana karya aku mampu memberi impak pada pembaca?
Aku serahkan pada pembaca sendiri. Aku tidak boleh menentukan mesej apa yang hendak aku sampaikan. semuanya terpulang pada penerimaan masing-masing. Aku mungkin menekankan sesuatu isu itu sebagai mesej penting aku, tetapi mungkin pembaca lain tidak berpendapat sedemikian. mungkin mereka mempunyai idea dan pandangan mereka tersendiri. Pendapat boleh jadi sama ataupun berbeza. yang pasti aku yakin pembaca cukup matang untuk menilai sesuatu karya itu. sama ada mesej yang diluahkan secara jelas ataupun tersembunyi, hanya pembaca sahaja yang dapat menilainya. Pembaca bebas untuk membuat interpretasi masing-masing.

8 comments:

RinnTis said...

Thanks sudi jemput saya :) gambar2 saya dok upload dari pagi tadi, ni baru selesai.. lama betul.. network mengong hari nih.

Anonymous said...

Salam Mar,
Terima kasih atas undangan
dan majlis yang meriah sekali
jg utk c/hati & hadiah luckydraw;

terima kasih daun keladi,
ada waktu insyaallah kita bertemu lagi..

Teruskan menulis..dan menulis..

Salam sayang,
kak Ija

Anonymous said...

Salam Dhiya... Congrates!!! Balik Malaysia ni Niza kena cari novel Rindu Belum Berhenti ni .. teruskan menulis n bangganya saya kalau jadi Dhiya.. huhu.. anyway, congrates again!!!

[Fadilah Diyana] said...

salam kak dhiya, maaf saya xdpt datang...kat uitm memang wajibkan koko...jangan serik untuk menjemput saya di masa hadapan ye...

dhiya zafira said...

Salam Rinn...

dah tengok semua gambarnya...terima kasih kerana sudi datanng

dhiya zafira said...

salam kak ija...

Insyaallah selagi ada kudrat dan idea saya akan terus menulis. heheheh...terima kasih kerana sudi hadir ya....

dhiya zafira said...

Salam niza...

bila nak balik msia ni? heheheh...cepat2 dapatkan tau...nanti boleh komen

dhiya zafira said...

salam fad...

tak apa...nanti kalau ada majlis akak akan jemput, jangan risau...hadiah baru hantar ari ni...sorry ya lambat...hehehhehe

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...