tentang....diri

Salam....
Tahniah kepada Lynn Dayana yang baru sahaja menyudahkan manuskrip ke 3nya dan mss tersebut telahpun berada di tangan editor. Untuk tahun ini, Lynn sudah boleh menarik nafas lega. Di saat dia memberi mesej pada aku menyatakan bahawa mss sudah siap, aku turut sama bersemangat.
Turut sama bergembira kerana itulah yang kerap kami lakukan di saat mss sudah dicetak rapi serta menunggu masa untuk dihantar ke tangan editor. masing-masing berkongsi rasa debar dan harapan serta cemas menanti reaksi pembaca apabila buku sudah berada di pasaran nanti.
Bulan ni sudah separuh September berlalu. Umat Islam sudah berpuasa selama 16 hari. Syawal bakal menjelang dan seterusnya tanpa kita sedar tahun 2009 akan bermula. Tahun ini aku rasakan begitu pantas sekali masa berlalu. RBB sudah 3 bulan di pasaran. Sepatutnya ketika ini seharusnya mss ke 3 aku turut sama perlu berjalan lancar. Paling tidakpun sekurang-kurangnya suku sudah aku siapkan. Tapi....
Yang pasti pertanyaan yang bertalu-talu dari teman-teman yang bertanyakan mss terbaru semakin membuatkan aku resah sendiri. Ya...kali ini perjalanan mss tidak selancar yang aku mahukan. tidak semudah yang aku sangka. semenjak dari awal tahun, aku menulis seperti kura-kura. Bukan!!! hmmm..rasanya perbandingan itu tidak sesuai kerana aku yakin kura-kura lebih pantas dari aku. 9 bulan ini adalah bulan2 yang paling tidak produktif dalam hidup aku. Aku jadi begitu malas sekali untuk menulis. Ya...Masalah yang tiada penawarnya kalau diri sendiri tidak mahu berubah.
Aku menetapkan Disember ini untuk menyiapkan mss. tetapi dengan hanya beberapa puluh mukasurat itu berjayakah aku???

Comments

Hezzy Azra... said…
Salam Dhiya,
Kita serupa, kita serupa!!!(mcm lagu Headwind tu! Hahaha) Mengalami masalah yg tiada penawarnya dan ditambah pula dgn kesibukan yg entah apa2 tu!
Aku punya 2nd, insyaALLAH by end of this year kuar... tapi 3rd, baru 18 m/surat!
dhiya zafira said…
Wkumsalam...

Apa kena kita ni yek? Nak malas2 pun kalau dah capai tahap novelis prolifik tak apalah jugak kan...ini...hmmmmm....hehehhe...akumemang tgh sibuk dengan kerja, cadang lepas presentation minggu depan nak start balik tapi nak raya lak...hahahhahahha.....
dhiya zafira said…
Wkumsalam...

Apa kena kita ni yek? Nak malas2 pun kalau dah capai tahap novelis prolifik tak apalah jugak kan...ini...hmmmmm....hehehhe...akumemang tgh sibuk dengan kerja, cadang lepas presentation minggu depan nak start balik tapi nak raya lak...hahahhahahha.....
Puteri Ezza said…
Salam Dhiya. Novelis eh? Salam perkenalan daripada saya di Negeri di Bawah Bayu :)

Salam Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
aku budak cute said…
Hai...x sabar nak tunggu novel ketiga dhiya...semoga berjaya...
salam kak dhiya...bagi fadilah biar lambat asal berkualiti...sebab sebagai pembaca fadilah inginkan kepuasan setelah membaca + fadilah xkisah menunggu...so take ur time sis...
dhiya zafira said…
Puteri ezza...

salam perkenalan juga dari saya
dhiya zafira said…
aku budak cute...

terima kasih kerana sanggup menanti..heheheh. doa-doakanlah ya saya dapat siapkan cepat....
dhiya zafira said…
fad...

thanks...memang kualiti perlu dijaga, tapi akak pon nak jaga produktiviti..heheheh..kalau tak nanti tak capai target sebuah buku setahun...heheheh
laila kamilia said…
weh..yg kita lumba2kan tu masih sama msnya...hahaha ko dah jangkit aku atau aku jangkit ko...

Popular posts from this blog

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara