macam2 cerita

Kak Norzailina memberikan ucapannya. cayalah, dengar khabarnya novel MENANTI KASIH mendapat sambutan yang amat menggalakan.
Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis. penulis2 juga tidak mahu ketinggalan untuk berposing sama.

Lily s, Liliy H, lynn, carrie, kak eka, dhiya dan kak lina berposing bersama mersik, junaidi dan en.nord.

Seingat aku sudah lebih dua minggu aku meninggalkan alam blog ini. Rasa sunyi pun ada sementelah aku telah mengenal dunia blogging ini semenjak 2 tahun yang lalu. Bekerja di perpustakaan ini ada masanya memang cukup menyenangkan. Tiada tekanan kerja berbanding di Library UPSI dahulu namun bila sampai saatnya musim sibuk, sampai hendak menjengah ke alam siber pun rasanya agak mustahil. Itulah yang berlaku sejak 2 minggu yang lalu. Bertambah lagi aku dilantik menjadi setiausaha kumpulan KMK, jadi sememangnya beban kerja aku semakin bertambah. siapa yang pernah terlibat dengan projek Kmk ni mungkin dapat membayangkannya. hahahaha...

Walaupun begitu, semalam aku sempat menghadiri sambutan hari jadi Selebriti Chef kita iaitu penulis tersohor, NORZAILINA NORDIN yang menyambut hari lahirnya dan juga novel terbarunya di pasaran; MENANTI KASIH. w/pun kami planning dengan masa yang cukup singkat, Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan meriah sekali. bertambah pula dengan kehadiran pokcik Mersik yang mewakili ALaf21 FC, geng cari Forum; silence, aprilsnow dan Nicky Azrai ( akhirnya dapat juga bersua muka dengan mereka ini), carrie kirana dan rakannya. Tidak ketinggalan majlis itu dimeriahkan lagi dengan kedatangan Junaidi dan isterinya(msjbox) dan En. Norden, pengurus besar Alaf 21.

Terima Kasih juga dengan sokongan dan kerjasama penulis2 lain seperti, LYNN DAYANA ( yang sanggup datang walaupun malam sebelumnya rumahnya dipecah orang), EKA FAHARA, LILY HASLINA NASIR, LILY SURIANI yang nampaknya tidak menang tangan bagi memastikan kejayaan majlis yang kecil tapi meriah ini. malang sekali LAILA KAMILIA dan ROSE HARISSA tidak dapat bersama kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Namun aku percaya semangat mereka tetap ada di sana semalam.


p/s- sila nikmati gambar2 yang disediakan.

Comments

Popular posts from this blog

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara