Friday, March 07, 2008

Rindu di hati


Salam...

Semalam kakak aku call dari Tg. Malim bertanya adakah aku ada menonton program( Aku tak ingat namanya - tapi di saluran astro) .


program ini sebuah program temu bual mengenai pengalaman para jemaah Haji dan Hajah kita sepanjang berada di Kota Mekah. Ada seorang pemanggil yang menceritakan bagaimana dia ternampak wajah seseorang yang begitu mirip ibunya yang telah meninggal dunia ketika dia sedang bersolat di Masjid Nabawi.

wanita ini mungkin amat-amat rindukan arwah ibunya dan berharap sangat agar dapat dipertemukan kembali dengan arwah ibunya. dengan Kuasa dan Kebesaran ALLAH SWT, doakan wanita ini termakbul. walaupun hanya sekejap namun dia dapat melepaskan rindu dendamnya. Seperti yang kita tahu, doa kita di sana Insyaallah akan diperkenankanNYA.


Aku nak bercerita dengan lebih lanjut pun tidak boleh kerana aku sendiri tidak menontonnya tetapi seperti wanita ini aku amat memahami perasaannya. Aku juga kehilangan seorang insan bergelar ayah. Bila kita kehilangan seseorang, kita akan sentiasa berharap kita diberi peluang untuk bertemu mereka kembali. biarpun sedetik atau sesaat, yang penting kita dapat menghilangkan perasaan yang terpendam itu.


Dalam program itu juga dinyatakan 6 cara Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, menyuruh kita lakukan sebagai satu cara untuk berbakti kepada ibu bapa yang telah tiada. Cara2 tersebut adalah:


1) Beristighfar banyak2 bagi pihak mereka

2)Banyakkan bersedekah dan niatkan pahala untuk mereka

3)Membaca Al-Quran untuk mereka

4)Eratkan silatuhrahim dengan kawan2 mereka

5)Bayarkan hutang2 mereka, tidak kira sesama manusia ataupun berhutang dengan ALLAH dan

6)Melawat kubur mereka selalu.


Alhamdulillah, kesemua cara itu memang menjadi amalan aku dan adik beradik seharian. kalau tidak setiap hari pun, Insyaallah amalan ini akan sentiasa berterusan.

Aku dan adik beradik akan cuba menjengah kubur arwah ayah seminggu sekali. kalau tidak pun kami akan ke sana 2 minggu sekali. yang pasti, melawat ke kubur ayah merupakan agenda wajib kami setiap minggu.
Pernah satu ketika apabila kami selesai membaca tahlil di pusara, ada seorang pakcik ( yang juga sahabat arwah) menasihati aku dan adik beradik supaya sentiasa datang menziarahi pusara arwah ayah.
"Jangan lupa kat dia," Pesan pakcik tu lagi.
Insyaallah, selagi aku hidup di muka bumi ni, aku tak akan melupakan ayah. ingatan terhadap ayah sentiasa kemas dalam hati dan sanubari aku. Ayah tetap terpahat kukuh dalam jiwa ini.
Al-Fatihah untuk ayah.

4 comments:

Noushy Syah said...

THnak you for this posting Kak Dhiya.I guess we are in the same boat! You have lost your dad, unlike me I've lost my mum and my eldest brother.

Thus, this posting do help in reminding me too for the things that a child should do for their parents (late).

6/ In UK, women seldom go to the grave yard or cemetery..I guess whatever we do, the niat is important wherever we are.

dhiya zafira said...

Salam noushy...
beruntunglah kepada mereka yang masih mempunyai ibu-bapa dan adik beradik. bulan ni memang agak emosional sikit sebab arwah mninggal dlm bulan ni kan...so...

yup...yang penting doa tak kira di mana kita berada. selagi kita masih mengingati, itu yang penting. banyak lagi halangan / keadaan yang menhalang perkara ke 6 ni.( masa dan jarak mungkin antara faktornya),tetapi bagi akak agak beruntung kerana rumah akak begitu dekat dengan pusara. jadi tiada alasan lagi kan...hihihi

Noushy Syah said...

Ohhh you are lucky then..BTW Kak Dhiya menetap dimana yea?

It's ok to be sad..we are entitled for it, that's why God make the tears!

Kita sama2 doakan mereka yea Kak Dhiya...when I'm sad, I always reminisced the good time that I had with Her..and I feel better after that..Gosh my mum was my best friend!!

Have a gr8 day and happy weekend kak Dhiya,sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah yea.Ameen.

dhiya zafira said...

Noush...

akak orang perak jugak. sama dengan ur shahyang. tapi akak di Taiping. jarak ipoh dengan Taiping sejam je...nanti bila noushy datang...leh jumpa kan...kan...kan...?

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...