Tuesday, March 18, 2008

cerita seminggu


Antara Ahli2 yang menyertai lawatan. posing sakan di Karangkraf


Laila Kamilia bersama tahi lalatnya yang bakal popular...hihiihiih


Salam...
Fuh! Agak lama rasanya aku tidak menulis apa-apa n3 sehingga aku sendiri rasa blog aku ni pon ah hampir2 nak bersarang.hmmm...kenapa agaknya? entahlah. semenjak dua menjak ni mood nak memblogging dan mencoret sesuatu agak pudar saja rasanya. Mungkin kerana bulan ni bulan yang agak emosional lagi aku. mungkin juga kerana tidak bersemangatnya aku adalah kerana penulisan yang sudah terhenti agak lama. manuskrip ke 3, masih lembab mengalahkan siput berjalan.
minggu lepas aku bersama Laila turut menyertai lawatan Alaf FC ke Karangkraf dan premis Alaf 21. Kalau hendak dikutkan sudah berkali2 aku pernah sampai ke sana namun atas dasar sokongan terhadap kelab, aku turuti juga. Maklumlah, kalau tiada pembaca, siapalah kami ni kan? hiihihi..Kali ni aku rasa lebih best kerana jumlah penyertaan dari ahli agak memberangsangkan. kira2 55 orang peserta. iyalah kalau hendak dibandingkan dahulu, hanya beberapa kerat sahaja yang muncul. Bukan itu sahaja, Rose Harissa, Hezzy Azra dan Damya Hanna juga menyertai lawatan di premis alaf. (hihihi..kena datang jugak korang)
Lepas lawatan berakhir, aku and the geng berjumpa dengan Lynn di pizza hut seksyen 20. melepak sampai tak sedar diri memandangkan aku kena balik ke tg. malim dan bertolak ke Taiping ari itu juga.
Masa kat Pizzz hut aku rasa tak sedap badan. tubuh menggigil dan aku rasa nak lelapkan mata barang sejam dua. makanan yang membuak2 atas meja aku pandang saja. cuit itu tak lalu, cuit ini tak berselera. kaedahnya, si Hezzy jugak yang begitu berselera..hahahhaha.
Aku sampai ke tg. Malim pukul 8.30 dengan hujan yang begitu lebat. Aku tak berapa berani nak drive jarak jauh dengan hujan yang begitu, jadi aku hanya bertolak ke Taiping pukul 6.30 pagi.hahahah..berkejar aku ke ofis. nasib baik dah maklum awal2. fuh...

10 comments:

Hezzy Azra... said...

dhiya, tak baik tau kata aku 'begitu berselera'! aku cuma tak sampai hati membiarkan pizza tu sejuk sendiri! muaahahaha....

brp laju kau bwk pagi tu sbb nak sampai Taiping sblm office hour?

RinnTis said...

awat tahi lalat LK mcm makin menyerlah? *garu pala*

LK said...

rin... saya pakai susuk tu...hahahah. ada ke org pakai susuk mengaku???

LK said...

dhiya... mana gambar yg ko janjikan kepadaku???

dhiya zafira said...

hezzy...
ala...janganlah malu kalau memang 'berselera'. ahaks...tapi aku memang kagum dengan ko. kurus tapi fuh....heheheh. jangan mara aaaa....

dhiya zafira said...

Rinn...

ala2 bakal terkenal tak lama lagi. tu yg nampak begitu menyerlah tu.

dhiya zafira said...

Laila...
wah2..nampak benar pengakuan tak ikhlas tuh...hihihihi...ada. ifa razaiah ngaku pakai botox (kira susuk zaman modenlah ni) hihihihihi


p/s - sorry, aku terlupa. aku email skarang jugak...

Noushy Syah said...

Wahhh Kak Dhiya quite active dalam Karang Craft yea..that's gr8,produce more novel yea?

Laila Kamillia,what a nice name!!

LK said...

noushy...terima kasih...(terkelip2 malu)hahaha

dhiya zafira said...

noushy...
tak adalah terlalu aktif. akak hanya memberi sokongan kepada ahli kelab. ialah kelab ini pun ditubuhkan kerana meminati nvl2 terbitan alaf 21. so, apa salahnya kan...


laila...

fuh...ada orang puji tuh

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...