Tuesday, February 26, 2008

satu coretan

Salam...
Anda tahu apa dia Solat Sunat Tasbih?
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih adalah solat yang disyariatkan dan dilakukan empat rakaat . Solat Tasbih adalah solat yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Mutallib .
Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam,sekiranya tidak dapat melakukan pada tiap malam,kerjakanlah sekali seminggu,andaikata tidak sanggup sekali seminggu usahakan sekali sebulan,sekiranya tidak sanggup sekali sebulan,cukup dengan sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.
Solat Sunat Tasbih waktu siang hari dilakukan empat rakaat dengan satu salam
Lafaz niat
Usolli Sunnatal Tasbiihi Arba'a Raka'aatin Lillaahi Ta'ala ,Allahu Akbar
"Sahaja aku Solat Sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala "
Solat Sunat Tasbih waktu malam, dilakukan empat rakaat dengan dua salam, iaitu tiap dua rakaat dengan satu salam

Lafaz niat
Usolli Sunnatal Tasbiihi Rak'ataini Lillaahi Ta'ala , Allahu Akbar
" Sahaja aku Solat Sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Pada setiap rakaat ucaplah Al-Fatihah dan selepas itu surah mengikut pilihan sendiri. Selepas doa Iftitah, Al-Fatihah dan surah sebelum ruku' ucaplah tasbih 15 kali iaitu :
"Mahasuci Allah dan segala puji bagi Allah , dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah,Allah Maha Agong dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan maha agong"

Ruku', dan setelah melafazkan tasbih ruku', ucapkan tasbih di atas sebanyak 10 kali, kemudian Itidal. Selesai tahmid I'tidal terus melafazkan tasbih tersebut 10 kali dan kemudian sujud. Ketika sujud selesai tasbih sujud kemudian membaca tasbih 10 kali dan kemudian duduk antara dua sujud.
Selesai tasbih duduk antara dua sujud ucapkanlah 10 kali lalu sujud kedua
Setelah selesai mengucapkan tasbih sujud kedua, kemudian menyebut tasbihnya 10 kali sebelum berdiri melakukan rakaat kedua, hendaklah "duduk sekejap" dan melafazkan tasbihnya 10 kali .
Dari seluruh tasbih yang dibaca pada rakaat pertama berjumlah 75 kali tasbih, bererti 75 X 4 rakaat = 300 tasbih .
Hendaklah ingat ketika duduk tahyat akhir, sebelum membaca tahyat hendaklah melafazkan tasbihnya dahulu sebanyak 10 kali.
Selesai Tahyat ,memberi salam. Lakukan cara yang sama pada rakaat ketiga dan keempat Sekiranya lupa menyebut tasbih di satu-satu tempatnya, bolehlah digantikan di tempat berikutnya, sehingga jumlahnya tetap 300 tasbih .
Selepas salam ucapkanlah doa :
Ertinya: "Ya Allah wahai yang maha pengasih dan penyayang wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kepemurahan "
Setelah itu berdoa pula sebanyak lima kali
Ertinya: "Wahai ahli takwa dan ahli keampunan wahai yang mengingat orang-orang yang mengingat, berilah aku taubat nasuha dan tambahlah kurnia rahmatmu kepadaku, tambahlah nur dan kejelasan untukku wahai kekasih-kasih yang mengasihi.
p/s - Sebenarnya aku sendiri sudah terlalu lama tidak melakukan solat tasbih ini. kalau adapun dulu2 masa aku bersekolah asrama. aku dan kawan2 akan buat qiamullail. bangun malam-malam dalam keadaan mengantuk sampaikan sembahyang pun tak berapa khusyuk. yang selalu aku kerap dilakukan hanyalah solat sunat hajat dan sekali-sekala solat taubat.
Kadang-kadang rasa malu pada diri sendiri. Rasa malu pada Allah SWT. Banyak yang aku mahukan dalam hidup ini dan satu persatu Tuhan makbulkan walaupun adakalanya ia mengambil masa yang agak lama. diduga sedikit aku melatah. aku rasa sedih dan hampa. aku lupa pada kebesaranNYA. Aku lupa bahawa Allah tak akan menguji hambaNya jika DIA yakin kita tidak mampu menghadapinya. tapi aku sebagai manusia ni kadang2 lupa.
hanya mengingatiNYA ketika aku berduka. dan melupakanNYA ketika aku bahagia, sedangkan aku sepatutnya tahu semua itu tak akan berlaku tanpa izinNya. kita sering alpa dan mudah mengambil kesempatan kerana kita sentiasa tahu bahawa pintu taubat masih terbuka. Allah sentiasa akan mengampunkan dosa walau sebesar manapun kesilapan yang telah kita lakukan. Namun persoalannya, masihkah ada masa untuk kita bertaubat? sempatkan kita?

8 comments:

Noushy Syah said...

kak Dhiya...

yeap...what if tomorrow never comes??
Will try to do the best as we can....pastikan yg wajib itu kita tidak tinggalkan dulu then kita buat yang sunat2 yea...sbb yg wajib lebih mustahak dan bila yg wajib itu complete barulah kita melangkah ke yang sunat ini...

Thanks for sharing this beautiful info for the spiritual!!

Thanks also for your generous comment in my blog..I appreciate it kak Dhiya.Have a gr8 day yea..keep smiling.

natrah said...

Dhiya..
Terima kasih kerana memngingatkan insan2 yg cepat lupa seperti saya..betul kata Dhiya, kali terakhir berqiamullail adalah semasa di university dulu..sedih sungguh

Semoga dalam kesibukan kita mengejar dunia, akhirat tidak dilupa..Amin.

dhiya zafira said...

Noushy...

betul tu. kadang2 akak risau bagaimana kalau kita tak sempat menikmati hari esok. cukupkah bekalan yang kita bawa? memang betul yang wajib itu wajib didahulukan tetapi yang sunat itu juga penting. sekurang2nya ia boleh membantu memberi extra point untuk kita di sana....

dhiya zafira said...

natrah...
bukankah sebagai manusia kita harus saling ingat mengingati? hihihi..saya buat n3 tu sebab malu dengan diri sendiri. terlalu banyak kekurangan.sama-samalah kita berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi masa depan.

RinnTis said...

teringat masa mula2 buat qiamulail dulu.. masa solat tasbih, aku sorang sujud dah bangun2 terus tertido sampai subuh! huh! harap2 tak der yang ingat kat aku masa tu.

semoga ALLAH memberkati ilmu yg kita share bersama-sama.

Anonymous said...

Hmmmm...... first time buat solat tasbih ni, Ya Allah rasa lama betul nak habiskan empat rakaat . Alhamdulillah..... bila dah selalu amalkannya terasa ringanlah pula . Bila dalam seminggu tak berkesempatan nak melakukannya terasa bagai ada kekosongan dalam jiwa . Subhanallah..... betapa besarnya Kekuasaan Allah .

dhiya zafira said...

rin...
mak ai...ko bolh tido...hihihihi...nasib baik sedar jugak, kot sampai ke malam balik...tak dapek den nak bayang ...hihihihi

dhiya zafira said...

Kak ila...
memang kalau dengar 300 tasbih tu macam berat jer. pertama kali buat memang terketar2 lutut tapi kalau dibiasakan insyaallah kita akan tak akan rasa terbeban.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...