Friday, February 15, 2008

Aku hanya insan yang lemah


Salam...

Dalam dua hari ini emosi aku tidak menentu. Jiwa aku kacau. Aku rasa lemah dan patah semangat. Aku rasakan ketabahan dan kekuatan yang berada dalam diri aku ni semakin goyah dan hampir rebah. Semalam 14 februari. HARI KEKASIH. Hari yang aku tidak pernah sambut seumur hidup ni. Namun aku menyambutnya untuk hari yang lebih bermakna dan bererti dalam hidup aku. Hari Lahir ARWAH AYAH. 14 FEB 1951. sudah beberapa hari, minggu aku merancang dengan keluarga untuk buat sedikit kenduri Tahlil untuk arwah ayah. Memandangkan ianya jatuh pada hari Khamis, kami semua berpendapat tiada hari yang lebih baik dari hari ini. Namun, kuasa ALLAH siapa yang dapat menduga. Emak pula terlantar di Hospital kerana serangan jantung.

Minggu ni ingatan aku pada arwah ayah cukup kuat dan sekarang Emak pula jadi begini. Ya ALLAH...berat sungguh dugaan ini untuk kami adik beradik. Kalau dulu berbulan2 ayah di hospital, emak sedikit pun tidak pernah berganjak dari sisi ayah. Emak kuat seperti pahlawan yang hendak turun berperang walaupun aku tahu emak bukannya larat sangat. Tapi walaupun emak nampak lemah tapi tiada siapa pun yang dapat melawan ketabahan dan kekuatan emosi emak. Emak tunggak kekuatan kami. Emaklah satu-satunya harapan kami. kini, kami pula harus kuat untuk emak. kami yang harus menyokong emak untuk tidak berputus asa.

kami yang harus kekalkan kewarasan dan ketabahan hati supaya emak sentiasa berfikiran positif. Mungkin arwah ayah tidak berpeluang untuk menjaga emak seperti mana ayah dijaga dulu tapi, aku dan adik beradik bertekad, sebagaimana baiknya emak menjaga ayah, sebaik itu juga kami akan menjaga emak.

Semalam hari lahir arwah ayah, tahlil tetap diteruskan. Kawan2 emak tetap membuat hidangan. kawan2 ayah pula membaca yassin dan bertahlil di surau. Aku doakan kedua-duanya selamat dunia akhirat. Amin.

3 comments:

lilysuriani said...

AlFatihah untuk arwah ayahanda. Semoga mak cepat sembuh. n semoga semangat ko makin utuh.

RinnTis said...

saya pun doakan mak dhiya cepat sembuh. amin.

dhiya zafira said...

Lily...
terima kasih. Aku memang kuat semangat tetapi ada masanua sengaja mahu melemahkan diri.


Rinn...
saya amat menghargainya..

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...