Thursday, February 28, 2008

ceritera

Salam
cerita 1
Semalam masa balik dari kerja aku melihat satu bungkusan ada atas meja. aku buat tak peduli kerana ingat itu mesti adik aku punya. sejam lepas tu aku teringat mahu membelek kembali dan menjerit kerana itu manuskrip aku yang ditunggu-tunggu. semalam editor cakap yang dia akan hantar kembali mss aku yang telah diedit untuk dicheck sekali lagi. aku sangka ia akan ambil masa selama 2 3 hari sebab sebelum inipun sama juga. tapi tak sangka awien buat pos laju dan tup2 mss aku dh ada depan mata. yey...yey...yey...
cerita 2
n3 sebelum ini aku ada cerita tentang qiammullail. semalam masa sampai ke ofis, staff aku bagi surat. isi kandungannya, HQ di Ipoh akan buat qiammulail malam esok dan aku kena pergi. reaksi? Alhamdulillah. baru saja aku terfikir tentang perkara ini.
cerita 3
hujung minggu lepas aku dan kakak pergi shopping. aku nak beli handbag. stock yang ada dalam simpanan sudah tak menarik hati dan ada yang dah rosak...(hihihih...aku memang suka menjahanamkan beg). bajet aku antara RM50-100. aku sentiasa akan membeli beg2 yang murah sebab tendency aku yg suka menjahanamkan beg tersebut. Semasa keluar aku membawa sebuah paper bag berisi beg berjenama Giamax yang berharga RM320.00.hihihihihihi

Tuesday, February 26, 2008

satu coretan

Salam...
Anda tahu apa dia Solat Sunat Tasbih?
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih adalah solat yang disyariatkan dan dilakukan empat rakaat . Solat Tasbih adalah solat yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Mutallib .
Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam,sekiranya tidak dapat melakukan pada tiap malam,kerjakanlah sekali seminggu,andaikata tidak sanggup sekali seminggu usahakan sekali sebulan,sekiranya tidak sanggup sekali sebulan,cukup dengan sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.
Solat Sunat Tasbih waktu siang hari dilakukan empat rakaat dengan satu salam
Lafaz niat
Usolli Sunnatal Tasbiihi Arba'a Raka'aatin Lillaahi Ta'ala ,Allahu Akbar
"Sahaja aku Solat Sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala "
Solat Sunat Tasbih waktu malam, dilakukan empat rakaat dengan dua salam, iaitu tiap dua rakaat dengan satu salam

Lafaz niat
Usolli Sunnatal Tasbiihi Rak'ataini Lillaahi Ta'ala , Allahu Akbar
" Sahaja aku Solat Sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Pada setiap rakaat ucaplah Al-Fatihah dan selepas itu surah mengikut pilihan sendiri. Selepas doa Iftitah, Al-Fatihah dan surah sebelum ruku' ucaplah tasbih 15 kali iaitu :
"Mahasuci Allah dan segala puji bagi Allah , dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah,Allah Maha Agong dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan maha agong"

Ruku', dan setelah melafazkan tasbih ruku', ucapkan tasbih di atas sebanyak 10 kali, kemudian Itidal. Selesai tahmid I'tidal terus melafazkan tasbih tersebut 10 kali dan kemudian sujud. Ketika sujud selesai tasbih sujud kemudian membaca tasbih 10 kali dan kemudian duduk antara dua sujud.
Selesai tasbih duduk antara dua sujud ucapkanlah 10 kali lalu sujud kedua
Setelah selesai mengucapkan tasbih sujud kedua, kemudian menyebut tasbihnya 10 kali sebelum berdiri melakukan rakaat kedua, hendaklah "duduk sekejap" dan melafazkan tasbihnya 10 kali .
Dari seluruh tasbih yang dibaca pada rakaat pertama berjumlah 75 kali tasbih, bererti 75 X 4 rakaat = 300 tasbih .
Hendaklah ingat ketika duduk tahyat akhir, sebelum membaca tahyat hendaklah melafazkan tasbihnya dahulu sebanyak 10 kali.
Selesai Tahyat ,memberi salam. Lakukan cara yang sama pada rakaat ketiga dan keempat Sekiranya lupa menyebut tasbih di satu-satu tempatnya, bolehlah digantikan di tempat berikutnya, sehingga jumlahnya tetap 300 tasbih .
Selepas salam ucapkanlah doa :
Ertinya: "Ya Allah wahai yang maha pengasih dan penyayang wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kepemurahan "
Setelah itu berdoa pula sebanyak lima kali
Ertinya: "Wahai ahli takwa dan ahli keampunan wahai yang mengingat orang-orang yang mengingat, berilah aku taubat nasuha dan tambahlah kurnia rahmatmu kepadaku, tambahlah nur dan kejelasan untukku wahai kekasih-kasih yang mengasihi.
p/s - Sebenarnya aku sendiri sudah terlalu lama tidak melakukan solat tasbih ini. kalau adapun dulu2 masa aku bersekolah asrama. aku dan kawan2 akan buat qiamullail. bangun malam-malam dalam keadaan mengantuk sampaikan sembahyang pun tak berapa khusyuk. yang selalu aku kerap dilakukan hanyalah solat sunat hajat dan sekali-sekala solat taubat.
Kadang-kadang rasa malu pada diri sendiri. Rasa malu pada Allah SWT. Banyak yang aku mahukan dalam hidup ini dan satu persatu Tuhan makbulkan walaupun adakalanya ia mengambil masa yang agak lama. diduga sedikit aku melatah. aku rasa sedih dan hampa. aku lupa pada kebesaranNYA. Aku lupa bahawa Allah tak akan menguji hambaNya jika DIA yakin kita tidak mampu menghadapinya. tapi aku sebagai manusia ni kadang2 lupa.
hanya mengingatiNYA ketika aku berduka. dan melupakanNYA ketika aku bahagia, sedangkan aku sepatutnya tahu semua itu tak akan berlaku tanpa izinNya. kita sering alpa dan mudah mengambil kesempatan kerana kita sentiasa tahu bahawa pintu taubat masih terbuka. Allah sentiasa akan mengampunkan dosa walau sebesar manapun kesilapan yang telah kita lakukan. Namun persoalannya, masihkah ada masa untuk kita bertaubat? sempatkan kita?

Saturday, February 23, 2008

wajah kesayangan hamba




Salam...

Dalam sehari dua ni aku membawa anak saudara aku ke tempat kerja aku.Mujurlah aku bekerja di perpustakaan jadi pengguna atau sesiapa saja tidak boleh mempertikaikan kenapa aku bawak budak kecil berumur 3 tahun ke perpustakaan. Apa susah, kalau ada yang bertanya katalah aku nak galakkan dia membaca lebih awal walaupun huruf A-Z dia masih berterabur lagi. Dalam erti kata lain, dia hanya tahu menyebut tanpa mengenali bagaimana rupa dan bentuk huruf2 itu. hahahha.

Mak masih dalam proses menyembuhkan diri dan berehat. Untuk memastikan emak mendapat rehat yang secukupnya, aku sengaja membawa anak saudara ke tempat kerja. Sekurang-kurangnya tiada gangguan tangisan atau pergaduhan antara anak2 saudara aku yang lain. bayangkan budak berumur 8 bulan, 2 dan 3 tahun bertemu. fuh...memang mencabar kesabaran betul. Nasib baiklah depa ni comey2...hihihihi

Thursday, February 21, 2008

kena tagged dengan kak Meen

1. Name one person who made you laugh last night? tak ada siapa
2. What were you doing at 0800? Kelam kabut bersiap nak pi kerja
3. What were you doing 30 minutes ago? memecut kereta ke tempat kerja.hihihihi terlajak masa lunch
4. What happened to you in 2006? tak ingat tapi yang aku ingat bertukar tempat kerja
5. What was the last thing you said out loud? Abang, tak maulah(hihihiih marahkan my 3 years old nephew)
6. How many beverages did you have today? 2. teh waktu pagi n air masak waktu lunch tadi
7. What color is your hairbrush? Black, white and orange
8. What was the last thing you paid for? breakfast pagi tadi. beli meehun dan nasi lemak
9. Where were you last night? At home, cadangnya nak menaip but at last im just staring into space.hihihiiih
10. What color is your front door? brown
11. Where do you keep your change? In my purse
12. What's the weather like today? hot. berbahang. panas ya rabbi
13. What's the best ice-cream flavor? vanilla, strawbery...anything other than chocolate
14. What excites you? kalau dapat buat bungee jumping ke, river rafting ke...apa yang extremelah...hihihihi
15. Do you want to cut your hair? hahahha...tak mau jawab,
16. Are you over the age of 25?errrr Yes.
17. Do you talk a lot? Depends... with whom I'm talking.
18. Do you watch the O.C? yup...suka gak tgk
19. Do you know anyone named Steven? yup beli washing machine dekat kedai dia
20. Do you make up your own words? sometimes
21. Are you a jealous person? depends
22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'. Aida
23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'. jap...tengah fikir
24. Who's the first person on your received call list? Lynn Dayana
25. What does the last text message you received say? From my sister; " Madi, masa hang sakit gigi, hang makan ubat apa?
27. Do you have curly hair? tak mau ngaku
28. Where's the next place you're going to? lepas kerja balik umahlah...hiiih
29. Who's the rudest person in your life? it's not worth it mentioning her name here
30. What was the last thing you ate? nasi putih, ayam goreng, sambal tumis udang dengan tempe, beli kat kedai makan cempaka.hahahahaha
31. Will you get married in the future? Insyaallah
32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks? Tak tengok pun..
33. Is there anyone you like right now? hmmmm...ehemmmmm..ehmmmm
34. When was the last time you did dishes? malam tadi. memang setiap malam itulah tender den
35. Are you currently depressed? No.
36. Did you cry today? No.
37. Why did you answer and post this? saja...
38. Tag 5 people who would do this survey.tak mau tag oranglah. sapa nak jawab silakan

Wednesday, February 20, 2008

jangan ketinggalan


Salam,
Temui Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Rose Harissa, Lynn Dayana, Damya Hanna dan Lily Haslina di Pesta Buku Brunei yang akan berada di sana dari 29 Feb ~ 3 March 2008.

Tuesday, February 19, 2008

Syukur

SALAM...
TERIMA KASIH kepada teman-teman yang mendoakan kesihatan emak. Alhamdullillah, emak sudah keluar hospital semalam dan kini masih meneruskan rehatnya di rumah. Secara dasarnya emak sudah sembuh tetapi masih memerlukan penjagaan yang rapi, rehat yang secukupnya dan tidak boleh tertekan. Jadi misi kami adik beradik cuba membuatkan emak rasa seselesa yang mungkin. Kepada teman yang sentiasa memberi kata semangat, hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

Friday, February 15, 2008

Aku hanya insan yang lemah


Salam...

Dalam dua hari ini emosi aku tidak menentu. Jiwa aku kacau. Aku rasa lemah dan patah semangat. Aku rasakan ketabahan dan kekuatan yang berada dalam diri aku ni semakin goyah dan hampir rebah. Semalam 14 februari. HARI KEKASIH. Hari yang aku tidak pernah sambut seumur hidup ni. Namun aku menyambutnya untuk hari yang lebih bermakna dan bererti dalam hidup aku. Hari Lahir ARWAH AYAH. 14 FEB 1951. sudah beberapa hari, minggu aku merancang dengan keluarga untuk buat sedikit kenduri Tahlil untuk arwah ayah. Memandangkan ianya jatuh pada hari Khamis, kami semua berpendapat tiada hari yang lebih baik dari hari ini. Namun, kuasa ALLAH siapa yang dapat menduga. Emak pula terlantar di Hospital kerana serangan jantung.

Minggu ni ingatan aku pada arwah ayah cukup kuat dan sekarang Emak pula jadi begini. Ya ALLAH...berat sungguh dugaan ini untuk kami adik beradik. Kalau dulu berbulan2 ayah di hospital, emak sedikit pun tidak pernah berganjak dari sisi ayah. Emak kuat seperti pahlawan yang hendak turun berperang walaupun aku tahu emak bukannya larat sangat. Tapi walaupun emak nampak lemah tapi tiada siapa pun yang dapat melawan ketabahan dan kekuatan emosi emak. Emak tunggak kekuatan kami. Emaklah satu-satunya harapan kami. kini, kami pula harus kuat untuk emak. kami yang harus menyokong emak untuk tidak berputus asa.

kami yang harus kekalkan kewarasan dan ketabahan hati supaya emak sentiasa berfikiran positif. Mungkin arwah ayah tidak berpeluang untuk menjaga emak seperti mana ayah dijaga dulu tapi, aku dan adik beradik bertekad, sebagaimana baiknya emak menjaga ayah, sebaik itu juga kami akan menjaga emak.

Semalam hari lahir arwah ayah, tahlil tetap diteruskan. Kawan2 emak tetap membuat hidangan. kawan2 ayah pula membaca yassin dan bertahlil di surau. Aku doakan kedua-duanya selamat dunia akhirat. Amin.

Tuesday, February 12, 2008

Moh kita beramei-ramei

PAsiNo 3 : JOM IKUT KAMi!
Alaf21 FC dengan sukacitanya mengajak anda semua untuk sama-sama melawat ke Syarikat Penerbitan Nombor Satu di Malaysia dan juga Penerbit Novel yang tersohor iaitu;KARANGKRAF SDN BHD dan juga ALAF21 SDN BHD.
TARIKH : 12 March 2008 (Rabu)
MASA : 8.30 pagi hingga 2.00 petang.
Syarat penyertaan :1. Lawatan ini terbuka kepada semua yang berminat.2. Peserta hendaklah berusia 13 tahun ke atas.
Sesiapa yang ingin bersama-sama kami melawat ke premis-premis tersebut bolehlah menulis ke alamat email alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk “LAWATAN”
Jangan lupa sertakan sekali NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, NO TELEFON SERTA ALAMAT RUMAH.
Kami juga akan memberikan maklumat mengenai lawatan dari masa ke semasa.Jangan lepaskan peluang anda!

Friday, February 08, 2008

friendship quotes

A friend is someone who will walk the long way when you don't want to hop the fence.

"No distance of place or lapse of time can lessen the friendship of those who are thoroughly persuaded of each other's worth

"Money and power only last the hour, but friendship and love withstand the sky above.
"I loved him like no other man; I did not love his laugh. I did not love his smile. I did not need his touch. But, the one thing I needed from him was for him to always be there."
"If I was blind, you would make me see. If I was deaf, you would make me hear; and if I was dumb, a word would come out of the boundaries of my lips.

"Though miles may lie between us, we're never far apart, for friendship doesn't count the miles, it's measured by the heart."
"A true friend walks in when the whole world walks out."
"Stars are like friends; there's always some around, you just need to find your favorite one
"The Mile: People come into our lives and walk with us a mile, and then because of circumstance they only stay a while. They serve a need within the days that move so quickly by, and then are gone beyond our reach, we often wonder why. God only knows the reason that we meet and share a smile, why people come into our lives and walk with us a mile.
"I'm not asking you to love me. I'm just asking you to be my best friend.
"I always thought you were my best friend until recently, when I fell in love with you; you turned out to be my angel.
"Love is friendship with commitment."
"Friends are angels who lift us to our feet when our wings have trouble remembering how to fly.
"Friends are like diamonds; they are rare and very precious. Treat them carefully and lovingly and keep them safe in your heart so you'll never lose them.
"Help each other win and take pride in each other's victories.

"Friends are to be preferred, not to be perfect."
"A true friend never gets in your way unless you happen to be going down."
"Love without friendship for its base is like building a mansion on the sand."
"The only way to have a friend is to be one."

Wednesday, February 06, 2008

sekitar di PD

Aku, Lynn, Laila dan Rose di rumah kak Eka. Perhentian ke 3 selepas ke alaf 21 dan lunch kat umah Laila. pukul 2.30 kak Eka datang menyerbu rumah Laila apabila kami tak bergerak lagi. Hahaha...bila bersembang macam tak ingat dunia. Itu belum masuk kak Lily Haslina. agaknya kalau ada bertambah gamatlah kami.
Pemandangan ketika lewat petang. Aku dan Lynn baru sampai. tahu2 pula kondo kami bersambung dengan terrace belakang...so..apalagi 2 orang fotographer tak bertauliah begitu kalut mengambil gambar. hihihihi


Duduk kat sini dengar bunyi ombak cukup mendamaikan hati. sayang aku tak bawak laptop. si Lynn lepas subuh terus lepak dengan laptopnya depan sliding door. ialah bertemankan bunyi ombak, idea memang mencurah-curah. Memang seronok bercuti dengan Lynn. terfikir pula kata kak eka..nanti kita bercuti ramai2 untuk sesi brainstorming mss akan datang. hmmm...idea yg bagus. Aku akan menanti detik itu.

memori...

Salam...
Sudah seminggu lebih rasanya aku tidak memblogging. Baru hari ini aku masuk kerja kerana semalam aku EL kerana salah seorang saudara aku koma kerana pendarahan dalam otak. namun syukurlah dia kini mulai sedar. Mudah-mudahan dia akan sembuh. Aku bukan apa, pergi ke hospital semalam kembali membangkitkan memori yang aku tidak mampu lupa sampai sekarang. bunyi mesin, tub IV, baju hijau dan semua keadaan mengembalikan ingatan aku pada arwah ayah.
Sesungguhnya hidup ini seperti roda. sekejap kita sihat, sekejap pula dia terlantar di katil. kadangkala sekelip mata sahaja ia berubah sedangkan kita tidak lagi bersedia menghadapi keadaan itu. Melihat air mata yang cuba ditahan oleh isterinya, aku faham. melihat ketabahan yang cuba ditunjukkan, aku juga faham kerana aku dan keluarga turut pernah mengalami keadaan itu. Aku turut merasai betapa peritnya melihat insan tersayang menderita. Tetapi aku yakin, ada rahmat sebalik dugaan ini.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...