Tuesday, January 02, 2007

teringat dulu-dulu

LEPEH!!!
Pernahkah anda mendengar perkataan ini? Tahukah anda maknanya? Kalau anda berasal dari semenanjung, mungkin anda akan mengelengkan kepala. Sama seperti aku mula-mula mendengar nama ini. Dan lebih teruk lagi nama itu adalah gelaran yang diberikan oleh teman sekolah kepada aku dan rakan2. Pertama kali digelar begitu, aku hanya tersenyum sambil mengerutkan dahi. dalam hati berkocak-kocak ingin tahu kenapa aku dipanggil sedemikian dan apa maknanya. Namun, bila ditanya, mereka hanya ketawa. entah di mana yang lucunya aku sendiri tak tahu. Tetapi semenjak aku bersama 2, 3 orang teman mendapat gelaran itu, satu sekolah memanggil kami nama yang sama.
Sekiranya anda orang Sarawak, anda mungkin tahu apa yang aku cakapkan ini. dan anda pasti korang tahu kenapa aku pernah digelar LEPEH. Aku pernah tinggal di bumi Borneo itu selama 3 tahun. dari darjah 6 hingga tingkatan 2. Semasa di sekolah menengah aku masuk sekolah asrama aliran agama. Sekolah Agama Matang 2. di situ aku menghabiskan 2 tahun dari masa remaja aku. duduk di bumi Sarawak banyak meninggalkan kenangan buat aku. ada yang manis. ada yang pahit namun apa yang berlaku benar2 mendewasakan aku.
Pertama kali, mendaftar aku memang mengalami kejutan budaya. lebih kepada kejutan bahasa sebenarnya. sepatah haram pun aku tak faham apa yang dituturkan oleh rakan sarawakku. aku tak pernah mengalami tekanan yang sehebat ini. mujurlah ketika itu, adalah seorang 2 kawanku di sekolah rendah ada bersama. mereka ini juga orang semenanjung. jadi di situ, kami membina komuniti kami sendiri.
Aku ni tidaklah secantik mana. tidaklah sepopular mana. namun apabila aku di sekolah itu, aku menjadi antara orang yang paling terkenal di sekolah. hanya kerana aku orang semenanjung. hanya aku bertutur pekat dengan loghat utaraku. jangan kata loghat, bercakap dalam bahasa Melayu yang betul sudah mula dipandang2. kawanku yg seorang berasal dari alor setar. jadi anda boleh bayangkan bagaimana kedah bertemu p.pinang bile bercakap.
Di mana-mana apabila aku berjalan akan kedengaran bisikan dan mata yang kerap kali mengekori langkahku. ayat seperti ' orang malaya, orang tanah melayu dan lepeh sering silih berganti.' Pertama kali mendengar, hati aku terusik juga. Macam berada di bumi asing walaupun Sarawak juga dalam Malaysia. tetapi lama kelamaan, aku jadi magli. aku senyum bila dipanggil begitu. aku anggap semua itu hanya gurauan. dan selepas itu, bila dipanggil lepeh, aku sudah boleh tersenyum.
Aku tidak kata kawan sarawak aku teruk. tidak. malah mereka baik sekali. sedikit sebanyak aku mula mempelajari bahasa mereka. walaupun tidak fasih namun aku seronok dapat belajar sesuatu yg baru. sehingga sekarang aku masih ingat lagi beberapa perkataan yang aku belajar.
Pertama kali aku tahu apa maknanya LEPEH, aku ketawa besar. dan anda ingin tahu apa maknanya?
LEPEH = LIPAS
Kami dipanggil begitu kerana kebanyakkan budak semenanjung di situ adalah anak tentera yang sering berpindah randah. sesuai sekali macam lipas yang gemar merayap, gelaran tu diberikan kepada aku dan teman. hahahah...ada ka patut...

2 comments:

Abang Long said...

kiranya adik mar dah mangli la nihhhhhhh .....

dhiya zafira said...

hehehe..kira dah cair lah telinga sepanjang 2 tahun kat situ

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...