Monday, January 01, 2007

Sudah Terbit!!!




Tahniah kepada sahabatku Linda. Akhirnya naskah ini berada dalam genggaman. segala jerih perih terbalas jua dengan tercetaknya novel pertama beliau. Semoga selepas ini dapat menghasilkan karya yang lebih bermutu dan bestseller. aku menanti buah tangan terbarumu.

NOVEL TERBARU 'BILA BENAR CINTA'
SEDANG MENEMUI ANDA DI PASARAN SEKARANG!

KALI ini anda akan disajikan dengan sebuah lagi karya terbaru daripada penulis yang baru mencipta nama iaitu Lynn Dayana dengan novel Jika Benar Cinta. Novel ini boleh anda peroleh di kedai-kedai buku sekarang.

Mengisahkan seorang gadis yang sentiasa malang bila bercinta dengan jejaka yang berjaya mencuit hatinya. Namun, sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukim di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang. Asyi terkenang-kenang.


Gila! Memang benar, cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semuanya indah belaka. Tetapi... sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali lagi jika hatinya dilukai? Dia tidak tahu. Menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.

Ingin tahu kisah selanjut, sila dapatkan novel Jika Benar Cinta di pasaran.

Selamat Membaca!

Tajuk: Jika Benar Cinta
Harga: RM18.00
Halaman: 492

4 comments:

Abang Long said...

Wahai dik Mar, jadikan abang long insan pertama yang mendapatkan tandatangan adik, bila hasil keringat adik membuahkan hasil.

dhiya zafira said...

Insyaallah abang long,
bila tiba masa dan saatnya, abang long antara orang terawal yang akan tahu. ttg t/tangan pertama tu, tiada masalah. doakan saya ya...

Anonymous said...

Terima kasih kerana selalu berada di sisi walau dipisahkan jarak dan masa.

dhiya zafira said...

Lynn,

masa dan kejauhan bukan menjadi halangan

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...