Sunday, January 28, 2007

cuti2 dlm umah

Hari minggu...selalunya aku habiskan di rumah sahaja. Kalau tak hari minggu pun aku lebih senang lepak di rumah. ntahlah sejak dahulu lagi aku ni bukannya kaki jalan, tapi kalau dah ada niat nak berjalan, payah aku nak balik awal....masa aku di rumah selalunya dihabiskan dgn baca buku, bukak laptop n menulis, tgk tv dan tido....kecuali kalau ada hal baru aku keluar....bukan aku seorang, tetapi adik beradik perempuan aku semuanya perangai yg serupa. ayah aku suka je. tak payah risau anak dara dia merayap tak tentu hala.
Berjalan dengan aku tak susah. Asal desnitasi tu ada melibatkan kedai buku, kedai cd, kedai makan ...hihihi aku ok jer.
Masa belajar dulu tempat favourite aku, kedai buku kat central market. siapa yang selalu ke sana pasti tahu kedai yg aku maksudkan ini. aku pernah menghabiskan masa 3 jam di kedai tu. biasalah, ruang yg sempit dengan buku yg bertingkat2. pening kepala aku setiap kali masuk ke sana, tetapi bila ke kl, destinasi itulah yang aku tuju dahulu. 2 buku yang aku beli tu dah habis di baca, dan sekarang aku tengah bosan tahap cipan sebab tak ada benda nak baca lagi. Oops..ada 2 buah buku lagi, tapi aku tak ada mood sekarang ni...inipun aku main pakai taip je apa yg aku nak tulis. oklah...selamat berhujung minggu untuk semua.....

4 comments:

~inilah saya~ said...

Salam hujung minggu.

* Boleh saya tahu nama kedai buku tu?

dhiya zafira said...

inilah saya...
hihihi....selama bertahun ni saya pun tak tau naka kedai tu. dok panggil kedai buku uncle jer...peniaga dia orang india, kat tingkat bawah...dkat dgn orang yg jual souvenir tu...sory yek....

~inilah saya~ said...

ooo...itu boleh cari tuh...

he he he

dhiya zafira said...

he he he....
boleh pi cari, senang je nak jumpa...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...