Thursday, January 25, 2007

buku n cd












Assalamualaikum,
Aku tahu aku tidak menulis sebarang n3 dalam beberapa hari ini. Tiada alasan yang dapat aku berikan kecuali aku telah diserang satu penyakit...iaitu penyakit MALAS. Bukannya tiada benda yang hendak aku tuliskan, namun setiap kali aku membuka blog untuk postkan n3 baru, aku tutup semula. Aku kehabisan mood untuk bercerita. hahha..sampaikan abang long pun dah tegur...
Kemalasan aku juga adalah disebabkan aku bertungkus lumus untuk menghabiskan 2 buah buku yang aku beli di KINOKUNIYA klcc hari sabtu yang lepas. Sebenarnya dah lama aku mengidam nak baca buku ni tetapi bila sampai kat Kino mesti tak ada. dahlah sekarang ni kekerapan aku untuk turun ke KL amat jarang. kecuali kalau ada perjumpaan kelab ALAF 21 fc, Aku akan cuba untuk turun. Kira dah dapat apa yang aku hendak, maka terabailah sekejap blog ini. semalam baru aku habiskan sebuah. ada sebuah lagi menanti. Aku menunggu buku CINTA SANG RATU. Sudah keluar di pasaran. tetapi aku tahu untuk sampai ke Taiping ni mungkin lewat sedikit.
Aku juga sempat membeli cd IL Divo -ANCORA. aku mencari latest albumnya iaitu ANCORA SIEMPRE tapi habis lah pulak. tak apalah...gaji nanti aku nak cari lagi cd diaorang ni. fuh...memang mengancam. meremang seluruh badan bila mendengar lagu depa...terutamanya lagu ISABEL...
Urs, Carlos, Sebastian dan David bukan sekadar lelaki-lelaki tampan yang bergaya seperti model GQ. Memang mereka ada rupa, body yang mengancam..hihhi tapi mereka juga mempunyai suara yang amat2 power....tahniahlah kepada simon cowell kerana berjaya mengcungkil bakat mereka walaupun sebelum inipun mereka terkenal di negara masing2. Aku sekarang ni tak adalah lagu lain yang aku dengar kecuali cd depa. balik rumah pasang lagu. dekat office aku pasang, dalam kereta pun aku pasang sampai ayah aku tegur...dah tak ada lagu lain ke nak dengar?
hahah..begitulah demam aku pada IL DIVO...lelaki2 tampan yang kerap menganggu lenaku...ahaks...

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum wbh Violet... alahaiii. suka Il Divo gak eh. Opah De dah lama dah suka kat depa ni tapi album Ancora yang best sekali. Yang pertama tu, tak best sebab dia orang macam nak bergaduh, nak tunjuk suara sapa yang paling sedap dan best... Isabel.. aduss... punya la mendayu lagu tu. Kalau tengok video klips dia lagi ler meremang bulu roma.. ahakz.. sabo je aku. Tengok mata Urs bila dia sebut Isabel (dalam nada berbisik... tangkap syahdu gua.. huhu). Opah De belum beli lagi album terbaru. Lagi sedap agaknya...entahlah.. Isabel masih lagi lekat di hati...

dhiya zafira said...

hhahha...opah de pun minat gak..bagus..bagus...saya mmg meremang bila dgr ISABEL...ak sabar nak collect semua album dia...hihhi...ada video klip ker...nak tgk...nak tgk....

Anonymous said...

Interesting to know.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...