Beberapa ari ini aku selalu mendapat sms dari kawan-kawan aku. 1st question yang selalunya depa dok tanya ialah kenapa aku menyepikan diri. bila seorang yang bertanya mungkin aku boleh mengata tidak namun bila beberapa orang, aku jadi termangu sendiri. agaknya memang betul kut aku menyepikan diri. walaupun aku tidak berniat untuk berbuat demikian tetapi kadang kala keadaan tidak membenarkan aku bertanya kabar walaupun untuk seketika dan walaupun hati ini begitu meronta-ronta.
Semenjak bekerja di tempat baru ni, memang aku agak menyepi. dunia aku di tempat kerja dan umah aku sendiri. aku tidak ke mana-mana. kalau keluar pun aku pergi beli kuih muih di pasar ramadhan. itupun dalam taman perumahan aku jugak. bertambah pula buat masa ni kat ofis tak ada internet connection, so aku memang terasa jauh. kalau ak berhubung dengan kekawan pun kena tunggu aku balik keje. sometimes tension jugak dengan keadaan aku ni. kalau dulu 8 jam bekerja selama 8 jamlah aku boleh online. biasalah kerja aku memang kena ngadap komputer jer. jadi sambil menyelam boleh minum air. sekarang, kelabihan itu tiada. namun aku tidak menyesal meinggalkan UPSI.
aku bahagia di tempat baru ni. di sini aku boleh buat keputusan aku sendiri. akulah bos. akulah pekerja. akulah despatch...hahah..library itu ibarat aku yang punya....Library itu aku yang punya...hahaha...sekarang ni aku dok sibuk buat kertas kerja untuk merasmikan bangunan perpustakaan aku ni. yerla baru bulan sembilan ari tu beroperasi. jadi kenalah aku buat sesuatu untuk membudayakan sikap rajin ke library ni untuk student di 4 buat sekolah di kawasan library ni.
balik rumah aku sibuk dengan kerja rumah. kalau dulu mungkin aku boleh releks tapi sejak mak aku menjaga cucunya, aku pun terpaksa mengambil alih kerja mak. pagi2 pukul 4, aku bangun masak sambil mengemas dapur. balik kerja aku kena prepare untuk bukak pulak. kiranya aku ni dah macam suri rumah. Penat? memang penat. pada mula2 kena bangun awak aku tensioan gak. yerla, dulu aku tak bersahur pun. tapi skrang ni dah biasa. pukul 4 jer, mata aku automatik terbukak. sesekali aku jaga anak saudara aku yang berusia 5 bulan. ish..bab ni lagi mencabar. asyik nak berdukung jer. sekali bukak speaker, bergegar rumah aku. aku ak sabar nak tunggu adik aku ambil balik anak dia lepas raya ni. bukannya aku tak suka baby. aku suka sangat tapi....entahlah. ada masanya aku perlukan masa sendirian. ada masanya aku ada kerja sendiri yang perlu aku buat. ada masanya aku mahu duduk sahaja tanpa buat apa-apa. ada masanya aku nak duduk depan tv tengok rancangan kegemaran aku.
tapi betullah kata orang, untuk memperolehi sesuatu yang kita harapkan akan menuntut perngorbanan dan kesabaran yang bukan sedikit. kalau dulu aku tak sangka aku akan sekuat ini tapi kini alhamdulillah. aku menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. aku menjadi seorang yang lebih prihatin. apa2 pun terima kasih kepada Aisy Raiyan Arumi......
buat teman-teman, aku masih ada di sini. cuma kadang-kadang apabila aku seakan hilang, maafkanlah aku. aku akan cuba apa yang terbaik untuk aku......
1 comment:
sabole pah bedah. jangan terus hilang udah le...
Post a Comment