Wednesday, August 09, 2006

Nauzubillah....

Assalamualaikum.............kita baca la apa yang ditulis ni....buat pedoman kita dan keluarga kita...... kes hartina Moga kita semua jadikan
sebagai pengajaran dan jenguk2 lah anak2 kita, adik2 kita,saudara2 seIslam kita....

Trully,Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun
1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat
menemui bapanya,Encik Kamaruddin Abdul Karim,abang sepupunya En Borhan Abd.
Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan
peristiwa tersebut.


Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab
peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu
banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat
dikembalikan kepada Islam.


Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat
pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School
A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang
pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza
(17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang,
tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu
dari kesilapan yang telah kami lakukan.


Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun.
Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai
kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan.Bayangkan
bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya
setahun kemudian.Kehadiran Hartina mengubah hidup kami , kasih kami
tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".


Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya
kami penuhi.Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.
Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang
Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di
Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya.Untuk
kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di
Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari
situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal
berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.


Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di
Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut
hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik
kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate
En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat
pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu
pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci,
telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada
kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam
6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India.


Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak
menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang
ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan,
saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat
keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah
lelaki India tersebut.


Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung
pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.
Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?"Baru
kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik
saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin
memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan
surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang
mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah
menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran
perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah
tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa
saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.


Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak
mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata.Sepanjang
zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran
Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa
mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya
sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki
India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di
Mambang di Awan,Kampar.Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki
tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang
banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki
ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama
mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung
perhubungan mereka.


Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan
pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu
pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang
bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India
itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya
langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada
6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga
10.30malam.


Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk
tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia
mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang
demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan
saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu
membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah
dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi
agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar
namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan
perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin
dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu
kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.


Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut
hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran
perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat
dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah
menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru
lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya.Bila ditunjukkan
kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.Saya sebelum ini memang
ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar
terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.


Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya
mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus
ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak
diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang
menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran perkahwinan
dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya
kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat
laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah
dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan
polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami
tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada
malam itu.


Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi
tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana
awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang
bertanggungjawabmenukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan
sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad
pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada
saya?"


Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam
Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak
menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam
tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang
tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu. Selepas
kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya
cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam
26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.


Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan
teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu
bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu
di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.


Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan
saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang
sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya
hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu
bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia
tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah
mengandungkannya?


Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama
saudara-mara.Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah
menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam
bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak.Pihak lelaki
telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja
mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.


Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama
Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu
akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira-kira pukul 12.00
tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya
menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.


Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah
reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat
panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin
menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah
menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.


Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami
berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei
1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah
menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas
pembatalan majlis perkahwinan mereka.


Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah
daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat
Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan
kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah
mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk
agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.


Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia
tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu
daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak
30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan
Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan
malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati
dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.


Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk
proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya.Setelah
segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke
Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap
bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima
sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah
menculikisterinya.Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam
di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami
memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.


Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya
menetap di BatuCaves untuk menguruskannya.Tiba-tiba saya mendapat berita
dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus
mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke
Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis
tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang
mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara
sukarela.Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat
dinyatakan bagaimana perasaan saya,bayangkanlah dalam tempoh yang singkat
dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang
diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan-bulan. Saya asyik
berulang alik sahaja ke Kelantan,Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.


Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan
susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak
berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu
berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip
mereka.Empat minggu kawan sayamencari,minggu keempat baru jumpa.


Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang
diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya
ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama.
Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu
ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan
Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru.
Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah
menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996
sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.


Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai
Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah
pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami
meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan
diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada
nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu
buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya
kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali
kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya
diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali
namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam
masa dua minggu sahaja. Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai
pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan
kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki
Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya
sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan.
Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.


Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes
ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan
bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya
saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya
melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh
kerjasama kepada saya sekeluarga.


Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya.
Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa",
saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa
Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu
berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika
itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah
membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk
memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil
anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri
Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali,
tetapi lelaki India itu diam sahaja. Tidak lama kemudian dia bersuara dalam
bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan.
Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh
tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang
lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat,tetapi
mungkin ada dalang di belakangnya.Ketika dia menghina Islam, saya tidak
dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar
panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar
yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak
menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang
menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa
Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut
keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.


Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan
jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak
ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya
mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah
sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama
dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya
berniaga.Apa niat sebenar mereka ?.


Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya
Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14tahun.Semasa saya baru mengeluarkan
barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meterdihadapan
saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate
saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk
bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk
kembali semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun,
seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk
menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk
mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah
menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang.
Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu
melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang
meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan
bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.


Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana
tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada
di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.
Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya
ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar
tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan
Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.


Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang
dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran
polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa
ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad
saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.


Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua
hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang,
Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang
rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan
senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa.(En.Kamaruddin terhenti
seketika sambil menyapu airmata).


Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00
seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya
masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung
dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina
dan rajeswaran.


Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah
menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
Rajeswaran adalah saksi ketiga.Selepas dua minggu daripada tarikh
perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran
terkena dua das tembakan.


Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun,
tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena
tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan
jika ada apa-apa terjadi ke atasnya,orang pertama yang disyakki adalah
saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis
Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang
turut juga disyaki.


Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu
usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia
Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.Polis yang
menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu
polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan
kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.


Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan
tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?
Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak
polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang
merancang kejadian tembakan itu.


Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua
minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telahmengupah siapa
dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak
mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan
supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.


Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah
tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila
keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara
palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan
kes saya untuk di bicarakan.


Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes.
Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami
sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih
bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya
harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa
Hartina, anak saya itu.


Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul
persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya
yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah
An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang
dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak
dikehendakki, maka akan disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara telah
menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada
rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah
caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina
kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam
agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. Bukan kami tidak
memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui
atas perbuatannya itu.

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...