Salam
Saya jumpa review ini semasa sedang menggoogle TBK...di Ulas oleh Intan M yang berasal dari Singapore. Yang paling buat saya terkedu dan ketawa bila membaca komennya diperenggan akhir.hehhehehe...
Ulasan
Intro yang sangat berkesan. Penyampaian yang teratur dan teliti. Cerita yang menarik kerana pertama kali dapat insight mengenai hidup seorang komando.
Najmi Hariri (Jimmy) adalah seorang komando yang sangat dihormati oleh orang bawahannya tapi digeruni oleh musuhnya. Semasa dia ditugaskan di Langkawi, atas alasan sedang bercuti rehat, dia berjumpa dengan Auni Sofina. Disitu kasihnya bertaut lalu mereka mendirikan rumahtangga. Dalam masa yang sama, Jimmy sedang dalam operasi mengumpul maklumat tentang kegiatan haram disana yang diketuai oleh Robert dan konco-konconya. Auni juga ada dihubung-kait dengan mereka kerana pembabitan abangnya, Jeffri suatu ketika dulu. Tapi sejak Jeffri menghilang, dia tidak lagi berkerja dengan mereka. Dalam meniti bahagia, Auni dapat tahu bahawa Jeffri telah meninggal dunia dan yang menguji hatinya ialah, Jimmy yang telah membunuh abangnya. Auni keliru dan bertindak untuk membalas dendam atas kematian abangnya. Jimmy ditembak dalam jarak dekat. Tapi Jimmy terselamat. Mereka berdua sangat menderita dan lebih menyakitkan adalah bila Auni keguguran. Masing-masing membawa haluan masing-masing kerana prasangka dan kecewa. Akhirnya, Jimmy bangkit dari kemelut deritanya dan pergi kepada Auni bila dapat tahu Auni telah kembali. Dia bawa Auni ke kuburan Jeffri dan mereka berjanji untuk hidup bersama kembali.
Cerita yang berat dengan rasa bersalah dan dendam tapi diselang-selikan dengan rasa kasih-sayang antara keluarga.
Harap penulis dapat bangkit dari masa hitamnya dan teruskan perjuangannya dalam dunia penulisan. Amin! ( er..er..er...er.)
2 comments:
assalam..akak nie sinopsis untuk novel baru akak ke? yang tertulis buat kita..
Me!syeera,
ini bukan sinopsis asal..ini ulasan daripada pembaca yang membaca TBK ni...tapi boleh jugalah kalau nak rujuk pada ulasan dia ni..hehehe
Post a Comment