Thursday, August 30, 2012

~TERTULIS BUAT KITA~



Harga 
SM : RM22.00
SS : RM25

Di Langkawi mereka bertemu. Istilah cinta pandang pertama ternyata bukan untuk dia. Bagi Auni Sofina, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Jimmy dalam diam mengatur strategi. Jiwa keras Auni wajib ditakluki.
Dia ada misi menjalankan operasi bahaya. Namun tidak disangka dia terlibat dalam operasi Cinta. Lalu bagaimana seharusnya berlaku? Mereka tidak dibenarkan jatuh cinta. Tetapi ternyata ci
nta melebihi segala-galanya. Inilah jadinya bila emosi merajai akal, bila rasa percaya hilang dalam kekaburan. Antara Auni dan Jimmy, laluan berombak penuh dusta dan airmata pun bermula.
Jimmy ~ Panjangkanlah jodoh antara aku dengan dia, Ya ALLAH. Maafkan aku kerana tidak tahu. Jangan aku dihukum kerana melakukan perkara yang benar. Jangan pisahkah aku dengan dia. Ambillah apa sahaja, asalkan bukan dia.
Auni ~ Syurga Auni terletak di kaki abang. Tapi Auni menempah tiket ke neraka dengan apa yang telah Auni lakukan. Andai ada secebis kasih, maafkanlah isteri abang yang berdosa ini.
Memang benar, cinta itu satu pertempuran. Satu perjuangan. Dan cinta itu wujud dalam sebuah tindakan yang agung iaitu memaafkan.





BLURP DI COVER NOVEL

AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta dengan lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya.

“Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?”

JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina.

“Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”




Salam...

Alhamdulillah..saya persembahkan cover novel berbaharu saya untuk tatapan anda semua. InsyaALLAH akan berada di pasaran bulan oktober. Namun saya akan ke Alaf minggu depan..mudah-mudahan saya dapat mengambil stok  TBK lebih awal...ohhhh..tak sabarnya nak pegang buah hati baharu saya ni..Jangan lupa dapatkan di pasaran...kalau nak order dengan saya pun boleh...beli jangan tak beli ya....

6 comments:

KakChik said...

Assalamualaikum Dhiya,

Salam Aidilfitri,maaf zahir batin..

Tahniah utk Tertulis Buat Kita..

Kakchik nak order TBK dan Jiwa Kacau dr Dhiya..mao TT ye dear..

Nnt Dhiya emel kakchik ye..aimieafifah@gmail.com.

Waiting for your reply..:)

dhiya zafira said...

Wkumsalam kakchik..

okeh saja..nanti saya emel ya

Seorg wanita... said...

Wah...ternampak tajuk posting ni pun dah rasa berdebar..tak sabar nak tau perkembangan TBK, cerita yg dinanti sudah tiba nampaknya...

Salam Aidilfitri buat Dhiya.. tahniah TBK sudah keluar...!!!

Akan didapatkan sbg koleksi peribadi tapi bukan dalam masa terdekat..:-(

btw, congrates Dhiya.. keep on writing this kind of story!!!

Fahanan ad-Din said...

Assalamualaikum kak Dhiya..
tahniah!!! dah ada buah hati baru. dah lama saya tunggu. akhirnya ada jugak. Cover TBK memang terbaiklah kak Dhiya. skali lagi: tahniah ^__^

Anonymous said...

Assalamualaikum

Dhiya. Nak beli TBK. mcm na ya.email saya di zawatilamali@yahoo.com.my

ainlerni said...

assalamualaikum...
sangat puas hati dgn TBK...buat saya hanyut dgn novel ala2 thriller ni...sbb dah boring baca novel kisah cinta paksa dan bercinta slps kahwin...now i'm so excited to find Jauh Kau Pergi..harap ia tidak menghampakan saya...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...