Tuesday, July 05, 2011

review HBR

Salam

Ulasan yang diterima daripada Airina. Termasuk HBR ini, sudah 4 buah novel saya telah diulas oleh empunya diri. Terima kasih tidak terhingga kepada beliau. Menggenangkan ini, saya rasa bersyukur sangat kerana Airina terdetik mahu membeli JKP semasa menunggu hujan teduh sedangkan ketika itu, beliau tidak terlintas langsung mahu memilikinya. Bertitik tolak pada itulah, di saat JKP dikhatamkan, beliau terus sudi membaca hampir kesemua hasil karya saya...TQVM...


Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan [Blurb Novel]


Meneliti bait-bait blurb novel membuatkan aku tersengih sendiri. Dalam maksud tu kih5 :P

HBR bermula dengan plot yang mendebarkan. Membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang sebenarnya berlaku? Siapa si pelaku itu? Hero atau musuh? Kemunculan watak Arisa Nur Adalia [Ari] mula meneutralkan perasaan itu. Tetapi tak kekal lama, plot seterusnya sudah berjaya membuatkan jantungku berlari ke sana ke mari. Mujur saja aku tak semput kih5 :P

ASP Ziyad Sidqi [Sid], sememangnya seorang anggota polis yang komited pada tugasnya. Dan kerana tugasnya, dia kini bersama Inspektor Fauzan berganding bahu dalam menyelesaikan pembunuhan kejam yang didalangi oleh Angel. Dalam menyelesaikan misinya dia bertemu Ari; satu-satunya mangsa Angel yang masih selamat. Namun apa yang lebih membimbangkan adalah Ari itu merupakan isterinya yang 'lari' itu. Tiada apa yang lebih menakutkan, melihat sang isteri hampir putus nyawa di hadapannya.

Ari memang bernasib baik. Umurnya masih panjang. Mungkin kerana ada lagi perkara yang tak beres antara dia dan suaminya, maka tiap perselisihan faham itu perlu dijernihkan. Kepayahan Ziyad dalam meyakinkan Ari untuk memaafkannya membuatkan aku melihat Ziyad itu sebagai suami yang benar-benar sabar. Bukan semua insan bisa bertahan seperti Ziyad. Mana untuk mencari Angel, dan melindungi buah hatinya yang terang-terang menolak kehadirannya di sisi.

Kisah Angel dan bagaimana dia menjadi begitu kejam terselit di setiap bab. Lebih mudah begitu dan ia tidak langsung menganggu pembacaanku. Cuma bila saja kisahnya ada di tiap bab, aku sudah dapat meneka siapa Angel itu dan itu menyebabkan rasa surprise itu hilang sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun olahan cerita itu tetap membuatkan aku terus terpaku hingga ke halaman terakhir :D

Kisah Sid & Ari memang menarik namun ia tak sehebat kisah JKP. Perasaan jatuh cinta pada Rif & Afi lebih hebat berbanding Sid & Ari. Alahai! Nampaknya Kapten Rif dan isteri masih menang dari pelbagai segi hik3 lalala5 :P Mujur ada juga kisah mereka di hujung-hujung cerita. Bukan mereka saja, kesemua pasangan dalam novel terdahulu pun ada.

Sekalung tahniah buat Kak Dhiya atas kehadiran novel kelimanya. Nama penulis di bahagian kulit novel sudah dibesarkan, pastinya menandakan DZ kini menjadi sebahagian daripada keluarga penulis prolifik Alaf 21. Betulkan tekaan saya? :D

Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita. [Blurb Novel]

Ps: Makin tak sabar menanti Jimmy's Story. Ala, abang Afi dalam JKP :))

2 comments:

StalkerMRN said...

nnti ade cite pasal jimmy ker?

dhiya zafira said...

InsyaALLAH ada

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...