Friday, July 01, 2011

kantoi

Salam...


Semalam semasa tengah tengok Grey's Anatomy season 6, saya sengaja update profile data di fb saya. Iyalah selama ini benda itu memang tidak jadi perhatian saya lansung. Tapi semalam entah apa gatalnya saya, saya telah menukar Relationship status saya kepada engaged. Dan tiba-tiba ucapan tahniah datang bertalu-talu. Er..er..saya dah serba salah. Segan pun ada sebab kalau ikutkan sudah nak hampir 3 bulan saya menjadi tunang orang. Dan bila diupdate begitu, macam kejadian tu baru berlaku pula. Jujurnya, saya tidak berniat apa-apa semasa menukar ke status itu. dan saya sangkakan tidak ada yang akan peduli, seperti mana saya tidak pernah peduli sebarang pertukaran status yang dilakukan oleh teman-teman fb. Ya..ada yang single..ada yang it's complicatedlah..ada yang engaged / married...walau apa pun yang berubah..saya tak peduli..jujurnya. Saya memang tak ambil tahu dan tak kisah pun.heheheh...
Jadi...bayangkan macam mana merah mukanya saya ( korang mmg tak nampak), tapi saya mmg rasa malu..hahaha bila menerima ucapan tahniah dan doa dari teman-teman. Beberapa saat selepas itu, saya memang rasa menyesal..kenapalah gatal2 menukar status saya...siap ada lambang heart lagi...hahahaha..sampai kakak saya sendiri komen ingatkan saya tak nak mengaku..er..er.er.
Saya bukan tidak mahu mengaku...tapi cukuplah saya bercerita di blog ini. Sebab saya tahu, blog saya tak ramai pembaca..hahahaha..boleh begitu...malulah....sebab saya anggap perkara ini peribadi untuk saya. lainlah kalau novel baharu saya yang keluar. itu mmg saya tak malu..hehehehehe..tapi benda dah berlaku..redha sajalah ya...
Kepada yang mengucapkan tahniah, terima kasih...atas doa anda semua. doakan saya n MK yang baik2 sahaja ya...

6 comments:

Eera Shera said...

moga bahagia hgga ke jinjang pelamin..huhu..jgn lupa jemput ^_^

dhiya zafira said...

Eera...
fyi..eera antara orang yang wajib datang tau..heheheh

dieya said...

itulah bahayanya fb, tukar satu benda, semorang tau.
anyway, congrats! pasni tayang muka encik MK ye ;-)

dhiya zafira said...

Dieya...

itulahkan..dah serik dah lepas ni keep low profile ajelah..hehhehehe..thanks ya.

Hezzy Azra... said...

Dhiya, aku pun 'like' status tu sambil bertanya di dalam hati... "awat skrg ni baru mengaku? ingatkn tak nak ngaku??" hahahaa... gurau jer babe! Apa2 pun tahniah...

airina said...

Congrats kak~~ Saja komen kat sini sedangkan saya boleh komen kat post lain kan? hehe2

Dah selesai menghadam HBR. Thanks sebab buat cerita action-kamen begitu. Love that! Tapi Kapten Rif masih pujaan hati :P

Ps: Saya tak sempat nak send review. Akak ambil kat blog saya je la ek hehe2 Kalau tak boleh copy, akak tekan Ctrl C then paste dekat mana2 Ms.Word :D *saya-yang-malas*

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback šŸ”™  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...